E-book Baitulmuslim

di dalam e-book ini dimasukkan beberapa artikel penting berkaitan baitulmuslim. sahabat masih boleh memberikan pendapat pada ruangan ini.

masalah baitulmuslim (rumahtangga Islam) adalah satu bidang yang kurang ditekankan oleh pendakwah dan masyarakat sedangkan ianya adalah satu bidang yang sangat penting. keruntuhan kekeluargaan Islam dari segi kurangnya pendidikan anak-anak, keruntuhan akhlak, gejala zina dan berdua-duaan berleluasa, pemakaian dan aurat tidak dijaga, kewangan keluarga diabaikan dan lain-lain akan menyebabkan runtuhnya masyarakat Islam itu sendiri.

kita banyak berbincang berkenaan politik Islam, berbincang tentang kewangan islam, berbincang tentang ibadah dalam Islam tetapi perbincangan tentang masalah kekeluargaan diabaikan. ini adalah satu hal yang malang bagi ummat Islam.

 

Sejarah Kerosakan Akhlak

selepas kedatangan Islam ke nusantara sekitar abad ke 12, kebanyakkan adab jahiliyyah telah dihapuskan. ini termasuklah pergaulan tanpa perkahwinan dan cara berpakaian jahiliyyah. lama-kelamaan budaya Islam ini telah meresap kepada masyarakat Islam nusantara dan dikekalkan beratus tahun lamanya. sultan dan ulama-ulama di nusantara telah meneruskan undang-undang Islam. ini terbukti melalui penemuan batu bersurat di kuala berang, terengganu yang merupakan bukti terawal kedatangan Islam ke Malaysia. walaupun batu bersurat itu adalah batu bersurat abat ke 14 (1300++), tapi dipercayai kedatangan Islam sudahpun bertapak 200 tahun sebelumnya.
antara kandungan batu bersurat itu adalah hukuman hudud yang melibatkan hukuman terhadap pelaku zina.

walaupun berlaku penaklukan portugis terhadap melaka pada tahun 1511, penaklukan itu hanyalah melibatkan kawasan sekecil melaka dan bukannya keseluruhan semenanjung tanah melayu.

akhirnya setelah kekalahan kerajaan Islam Bengali pada perang Palashi (1775), maka bermulalah penguasaan british terhadap kawasan-kawasan di nusantara. maka mulalah british menakluki Perak, Pulau Pinang, Terengganu, pahang sepertimana kita tahu penentangan pejuang Islam seperti tok gajah, mat Said dan tokku paloh terhadap kerajaan british.

British mula mengurangkan kuasa Islam dan dan menghadkan kuasa sultan kepada Agama Islam (yang dimaksudkan ialah Ibadah Islam) dan adat istiadat sahaja dan pemerintahan lain dikekalkan kepada British. Kebijaksanaan british berbanding penakluk lain ialah mereka mendidik orang-orang tempatan untuk mengikut jejak langkah (millah) mereka sebelum mereka selesa untuk meninggalkan satu-satu kawasan yang dijajah.

inilah yang telah diperkatakan oleh Lord Cromer semasa memerintah Mesir. "kita boleh memerdekakan negara-negara Islam tetapi kita tidak akan sekali-kali mebenarkan mereka menubuhkan pemerintahan Islam"

sebelum memberikan kemerdekaan kepada satu-satu negara Islam, british memastikan bahawa perundangan mesti mengikut cara mereka dan undang-undang Islam dihadkan kepada perkara perkahwinan, faraid dan ibadah sahaja.mereka juga memastikan pendidikan negara mengikut cara mereka termasuk sukatan sejarah dan yang terakhir mereka memastikan orang yang memerintah mestilah anak didik yang mengikut cara mereka. kemerdekaan yang diberikan bukanlah kemerdekaan sepenuhnya.

akhirnya umat islam yang dahulunya dilindungi dan dikawal oleh undang-undang Islam dari segenap segi kini telah terlepas dari ikatan itu. segala langkah pencegahan kerosakan moral dilakukan hanya oleh individu-individu atau kumpulan-kumpulan kecil. walaupn ada operasi pencegahan kerosakan akhlak yang dilakukan oleh badan-badan kerajaan, ia hanya dilakukan dalam ruang lengkup yang sangat kecil. pergaulan bebas di universiti, konsert-konsert dan di tempat-tempat awam hanya dibiarkan sahaja bahkan mendapat lindungan dari pihak berkuasa. sekarang kita mula melihat wanita-wanita bertudung mula memasuki program realiti TV, menari, bermain gitar dan bernyanyi dan ini telah banyak mempengaruhi wanita-wanita Islam yang lain.

sistem co-education (percampuran lelaki perempuan dalam pendidikan) yang diperkenalkan oleh penjajah adalah satu bom jangka yang akhirnya meletup dengan kerosakan akhlak pemuda-pemudi islam sama ada di sekolah menengah dan di universiti. hatta kolej-kolej dan univeriti yang ada perkataan 'islam' pun dengan tidak mereka sedari mengamalkan co-edocation.  sedangkan sistem pendidikan Islam tidak membenarkan percampuran dalam pendidikan. akhirnya universiti bukan lagi tempat untuk belajar ilmu pengetahuan tetapi menjadi tempat perbelajaran kerosakan akhlak. pemuda pemudi Islam yang baik akhlaknya di kampung apabila datang ke universiti mula terpengaruh dan banyak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. akhirnya kita melahirkan guru, jurutera, doktor, arkitek dan profession lain tetapi tidak bermoral.

era globalisasi yang berkembang dengan terciptanya siaran televisyen dan seterusnya internet telah membawa masuk pelbagai budaya luar kepada masyarakat Islam. kerana setiap hari mereka melihat cara berpakaian dan bergaul yang ditonjolkan dalam televisyen, masyarakat Islam mula terpengaruh dan mengikut budaya asing satu langkah demi satu langkah. saya bersetuju dengan kata-kata syed qutb dalam bukunya ma'alim fittariq yang berkata "perubahan budaya Islam kepada budaya jahiliyyah sudah mengambil proses yang lama. kita sangat faham bahawa untuk kembali kepada islam juga ia akan memakan masa yang lama juga".

organisasi Islam yang leka

yang paling menyedihkan ialah organisasi-organisasi Islam hanya membiarkan evolusi (perubahan secara perlahan) ini berlaku.  mereka hanyut dalam memfokuskan sesetengah isu dan mengabaikan masalah kerosakan akhlak. ada organisasi Islam yang hanya memfokuskan permasalah politik sahaja. ada organisasi Islam yang memfokuskan permasalahan kebajikan dan pendidikan sahaja. ada kumpulan Islam yang hanya memfokuskan kepada permasalahan bid'ah sahaja. kita belum nampak satupun organisasi Islam yang betul-betul lantang bersuara tentang masalah kerosakan akhlak. walaupun ada beberapa usaha yang dibuat untuk membenteras kerosakan akhlak, ia hanyalah usaha yang kecil dan bersifat tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja dan bukan usaha serius dan berterusan yang dilakukan di seluruh negara sepertmana mereka memfokuskan permasalah politik, bid'ah dan kebajikan.

persatuan wanita Islam juga lesu dalam permasalahan ini. sebenarnya golongan yang paling layak untuk memperjuangkan permasalahan kerosakan akhlak dengan serius adalah pertubuhan wanita Islam. malangnya kebanyakkan pertubuhan wanita Islam lesu dan hanya mengikut di belakang pertubuhan pemuda Islam. apa yang persatuan pemuda buat, maka mereka akan membantunya dari belakang. ini adalah salah. memang pertubuhan wanita Islam perlu menolong rakan kaum pemuda Islam dalam isu-isu kenegaraan tetapi fokusnya bukan di situ. sepatutnya pertubuhan wanita Islam adalah golongan yang paling lantang dalam menentang kerosakan akhlak dan bukannya terpengaruh dengan gerakan feminisme yang lebih memfokuskan kepada memperjuangkan hak sama rata ala barat dan pengharaman poligami. ini adalah suasana yang memalukan bila pertubuhan wanita islam terpengaruh dengan gerakan feminisme ala barat. mereka berusrah dan bermesyuarat agung tetapi kerosakan pemudi-pemudi Islam dibenteras dengan sekadarnya sahaja.  
 

Kehidupan di syurga kebebasan seks

Dikatakan islam adalah agama fitrah. Fitrah bermaksud mengikut undang-undang alam. Salah satu undang-undang alam ialah kepuasan seks. Tetapi islam nampaknya menghalang kepuasan seks dengan mengharamkan seks tanpa batasan. Adalah islam benar-benar agama fitrah?

Mengapa kita tidak hidup di dunia penuh kebebasan seks. Barat sudah menikmatinya. Bahkan ianya sudah menular ke negara timur. Seks tanpa sempadan. Kita boleh lakukan seks dengan siapa sahaja yang kita mahu, bila masa dan di mana saja. Perempuan boleh menunjukkan bentuk badan mereka dalam apa bentuk sekalipun, hatta seutas benang sahaja di badan tanpa cegahan undang-undang. Sungguh 'bebas'. Bukankah ini syurga namanya? Bukankah ini kepuasan nafsu yang kita mahukan? Bukankah ini tujuan kita diciptakan? Untuk kepuasan seks.

Sebenarnya kebebasan yang sama bukan sekadar diperoleh oleh barat, bahkan barat masih baru menikmatinya. Masyarakat jahiliah arab dan kaum purba lain sudah lama menikmati syurga seks, mengawan tanpa batas. Buktinya? Buktinya ialah sudah dicatatkan jenis-jenis cara hubungan seks jahiliyah sebelum Islam dalam pelbagai buku. Ianya tidak jauh beza dengan 'syurga' seks sekarang. Dan dalam satu hadith seorang pemuda yang pernah hidup di zaman jahiliyah datang berjumpa dengan Rasulullah dan ingin kebebasan untuk mengawan seperti mana di zaman jahiliyah dulu. Kebebasan untuk mengawan? Bukankah itu budaya yang baru dipromosikan oleh barat kepada orang Islam melalui filem-filem yang ditayangkan? Bukan. Ianya adalah budaya jahiliyah sebelum kedatangan cahaya Islam yg hanya diperkenalkan kembali oleh barat 'bertamadun'.

Apa jawapan Rasulullah kepada anak muda ini? Rasulullah memakinya? Memukulnya? Tidak. Mengapa tidak? Kerana seks bebas sudah menjadi budaya kaum jahiliah arab. Bukan macam kita anak muda Islam yang baru tersengeh-sengeh berkenalan dengan budaya mengawan secara bebas ini. Seks bebas adalah budaya turun temurun kaum jahiliah arab padang pasir. Bukan sekadar itu, ia adalah kenikmatan yang besar bagi lelaki. Kenikmatan untuk mengawan dengan mana-mana perempuan yang dikehendaki tanpa sebarang tanggung jawab. Bukankah ini bayangan syurga? Ini syurga bagi lelaki. Syurga terbesar. Kerana itu permintaan anak muda itu adalah sungguh logik dan betul.

Tapi apa jawpan Rasulullah? Lihat kebijaksanaan Rasulullah dgn menjawab 'adakah kamu suka org luar mengawan dgn ibumu? Dgn adik perempuanmu?'. Pemuda yg gila seks ini menjawab 'tidak' (sila lihat matan hadith yang sebenar dibawah artikel ini). kita mahu bertanya mengapa tidak? Jika saya ada bersama pemuda jahiliyah itu saya ingin bertanya apakah logik yg bermain di dalam kepalanya ketika memberikan jawpan itu?

Jawapannya mudah - seks sangat berkait rapat dengan maruah. Walaupun ianya kenikmatan, ia diselaputi oleh maruah.

Perempuan yang boleh membuka kangkangnya kepada pelbagai lelaki adalah murah dan tiada maruah. Fakta ini dipersetujui oleh semua bangsa di dunia ini sekalipun bangsa itu sendiri membudayakan seks bebas. Mereka meluluskan undang-undang untuk seks bebas tetapi 'undang-undang' jiwa memberontak tidak membenarkannya. Walaupun masyarakat barat sudah beberapa generasi melakukan budaya 'mengawan secara bebas' ditambah ianya dibenarkan oleh undang-undang dan dijaja ke seluruh dunia melalui filem dan drama yang mereka hasilkan, mereka masih benci kepada gelaran 'pig' (lelaki bernafsu babi) dan masih benci dengan kekasih yang menduakan mereka. Jika seks bebas inilah budaya orang bertamadun dan suatu hal yang mengikut fitrah, mengapa masih wujud kebencian bila kekasih melakukan seks dengan orang lain? jawapannya ialah kerana jiwa itu fitrah dan fitrah itu mahukan kebaikan. Lelaki jahiliyah ini tahu perkara ini walaupun dia cuma duduk di padang pasir.

Seks bebas memang syurga dunia. Tapi harganya ialah kerosakan masyarat, maruah diri berharga 3-10 ringgit, perempuan diniagakan, kekecewaan, tertekan, ditipu, perbalahan, bunuh diri dan sebagainya. Kalau benarlah seks bebas adalah syurga dunia, mengapa ianya dipakejkan bersama neraka dunia? Jika ianya benar syurga dunia - syurga bagi siapa? Jika benar ianya syurga bagi barat, mengapa stress, bunuh diri dan perkahwinan-perceraian bagaikan masuk dan keluar dr pasaraya dalam kehidupan harian mereka?

Sekali lagi, adakah islam agama fitrah? Jawpannya ialah ya, Islam adalah agama fitrah. Islam memang hendak kita memuaskan nafsu seks kita. Kerana itu rasulullah tidak mengaku ummat sesiapa yg mahu membujang. Tetapi cara yang islam mahukan ialah memuaskan nafsu seks kita dgn cara yg bertamadun - cara manusia, bukan cara lembu. Sebab cara lembu tiada akad. Cara yang menjaga kepentingan semua pihak. Cara yang memuaskan hati semua orang. Cara yang telah dibuktikan betul dan bagus di sepanjang sejarah peradaban manusia bermula dari zaman nabi adam - cara perkahwinan.

 


Sesungguhnya seorang pemuda telah mendatangi An-Nabiy SallaLlahu `alayhi wasallam dan dia berkata "Ya RasuluLlah, izinkanlah bagiku untuk berzina". Maka orang ramai pun memarahinya dan mereka berkata ?? ?? Maka baginda berkata "Aku ingin mendekatinya", maka baginda pun mendekatinya dengan dekatDia berkata "Maka dia pun duduk".


Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada ibumu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada ibu-ibu mereka".

Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada anak perempuan mu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada anak-anak perempuan mereka".

Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada saudara perempuan mu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada saudara-saudara perempuan mereka".

Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada makcik (sebelah bapa) kamu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada makcik- makcik (sebelah bapa) mereka".

Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada makcik (sebelah ibu) kamu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada makcik- makcik (sebelah ibu) mereka".

Maka dia (perawi hadis) berkata: Lalu baginda meletakkan tangannya ke atasnya (pemuda itu) dan baginda berkata "Ya Allah ampunkanlah dosa-dosanya dan bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya. Maka tidak berlakulah selepas itu (pemuda itu tidak berzina) pemuda itu berubah kepada sesuatu.

 

 

Permulaan kerosakan akhlak

apa yang berlaku sebelum tahun 80an adalah berbeza dengan selepasnya.sebelum itu Tv hanyalah terhad kepada siaran tempatan sahaja.walaupun ada siaran yang mempengaruhi akhlak, ianya tidak dicapai oleh semua penduduk. tetapi apa yang berlaku selepas tahun 80an adalah berbeza. selepas cd dan dvd mula diperkenalkan, filem filem luar yang merosakkan akhlak atau setidak-tidaknya yang menunjukkan pergaulan bebas mula melimpah dan tersebar luas. setelah komunikasi satelite bertambah canggih, tv swasta pula memainkan peranan menyebarkan filem, drama dan video klip musik yang menonjolkan kerosakan akhlak. ditambah pula dengan siaran realiti tv yang mempamerkan pendedahan aurat dan pergaulan bebas termasuk dikalangan golongan yang memakai tudung.

kemajuan internet dan perubahan kelajuan internet daripada sistem dail up kepada sistem jalur lebar telah memindahkan banyak budaya asing kepada umat Islam. itu sebabnya perubahan kerosakan akhlak masyarakat Islam lebih cepat berlaku selepas tahun 80an berbanding sebelumnya yang mana teknologi maklumat belum berada di tahap yang tinggi.  Sistem pertahanan akhlak negara sememangnya sudah lemah dari dulu lagi. Ia adalah retak menunggu belah. Atau bangunan usang menungggu runtuh. Sistem mencampurkan lelaki dan perempuan dlm sistem pendidikan adalah pemangkin kerosakan akhlak. begitu juga pergaulan bebas lelaki perempuan di tempat kerja.

kelonggaran terhadap hukuman zina

Kelonggaran sistem undang2 islam dlm menghukum penzina juga yang hanya dibayar denda menolong kepada kerosakan akhlak umat islam. allah maha mengetahui tentang hukum yang paling sesuai bagi penzina. Hanya sebat 100 kali dan rejam smpai mati yg boleh memadamkan nafsu penzina. Denda rm 3,000 jika dibanding dengan nikmat berzina adalah tidak setimpal. pemakaian 'berpakaian tetapi telanjang' yg diamalkan oleh wanita islam hanya dibiarkan sahaja oleh gerakan islam, pemerintah dan juga jabatan islam yg berkuasa. Saya tidak menyalahkan teknologi yang berubah kepada yg lebih canggih. Yg malangnya ialah telah mengalirkan budaya asing yg telah merubah akhlak umat islam secara cepat dan menyeluruh. Sekarang bukan setakat org di bandar yg rosak akhlaknya, masyarakat luar bandar juga menghadapi masalah yg sama. Dlm masa yg sama gerakan islam bagaikan tidak sedar perubahan mendadak yg berlaku kepada umat islam ini. Mereka masih leka memperjuangkan hal lain sedangkan masalah akhlak dijadikan perjuangan nombor 2.

maruah wanita islam yang menjunam

Wanita islam mula timbul perasaan dengki melihat wanita belum islam menunjukkan betis, menonjolkan punggung dan buah dada. Mereka ingin menunjukkan kepada dunia bahawa wanita islam juga 'boleh'. Wanita islam 'boleh' memakai seluar jeans ketat sambil menunjukkan bentuk punggung. Wanita islam juga boleh memakai t-shirt ketat saiz budak-budak sambil menonjolkan bentuk buah dada. Sungguh memilukan. Nilai islam yang dipertahankan sejak kedatangan islam seribu tahun dahulu telah luntur baru beberape puluh tahun kebelakangan ini. Bukannya sebab diacukan senjata oleh penjajah, tetapi selendang dan baju labuh terlucut dengan kerelaan hati yang dipengaruhi budaya tidak islam. Wanita islam yang dulu tinggi maruahnya, kini maruahnya telah dijual sedozen sepuluh ringgit.

Wanita islam yang dahulu dilihat sebagai teman hidup kini telah dilihat sebagai objek pemuas nafsu. Lelaki mungkin boleh disalahkan tetapi tidak boleh disalahkan 100 %. Wanita islam juga menyumbang kepada imej ini. Nilai mereka yang semakin murah seperti barangan yang dilambak di pasar malam. boleh disentuk, dibelek dan di cuba sebelum dibeli. Dan setelah dicuba tetapi tidak berkenan, boleh ditinggalkan dan dicuba yang lain pula. Akhirnya maruah wanita muslim menjadi sama seperti wanita barat. jika seorang lelaki memandang saudari dalam keadaan 'berpakaian tetapi telanjang', adakah dia memandang dengan pandangan hormat kepada saudari sebagai seorang insan atau pandangan bernafsu? sebelum kita mahu orang lain menghormati kita, adakah kita menghormati diri kita sendiri?

mesej jika berpakaian tetapi telanjang

Rasulullah pernah bersabda dan membuat ramalan apa yang akan berlaku di akhir zaman :

Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

Jika saudari berseluar ketat sampai nampak bentuk punggung dan berbaju sendat hingga nampak bentuk buah dada, apakah mesej tidak langsung saudari sampaikan kepada lelaki?

Bagi lelaki tidak kira bangsa apa atau negara mana mesej yang cuba disampaikan ialah wanita itu 'gersang'. kerana hanya wanita 'gersang' sahaja yang akan menunjukkan bentuk tubuhnya di khalayak ramai. Ini mesej global yg difahami oleh semua lelaki. Tanyalah mana-mana lelaki, mereka akan memberi jawapan yang sama kecuali lelaki yang tidak menjawab dengan jujur atau mungkin kurang kelakiannya.

Dan semua lelaki faham bahawa mereka perlu menyirami tanah yang gersang supaya tanah itu subuh dan menumbuhkan pepohon nan rendang. ini adalah keinginan yang diletakkan ke dalam jiwa kaum adam sejak dulu lagi. Rasa tanggungjawab untuk mnyirami tanah yg gersang tidak bermaksud mahu memiliki tanah itu. Selepas disirami, mereka (lelaki yang tidak bertanggungjawb) akan mencari tanah gersang lain pula untuk disirami. Tanah yang disirami dan pohon yang tumbuh sesudahnya bukanlah tanggungjawab mereka kerana tidak ada perjanjian jualbeli sebelum proses penyiraman dan pembajaan dilakukan.

Sahabat mungkin berkata perumpamaan yang saya berikan ini tidak sesuai. Tapi perumpamaan ni adalah terbaik dan paling bersopan kerana al-Quran juga dalam membicarakan topik seks sebegini, Allah s.w.t. juga menggunakan tanah sebagai perumpamaan.

"Isteri-istei kamu adalah seperti kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)
 

kehancuran akhlak bermula dari pakaian

 untuk memahamkan saudara/i, saya perlu untuk menjelaskannya secara berperingkat dan saya akan cuba ringkaskan penerangan ini. lelaki memang diciptakan untuk tertarik kepada wanita. itu sudah naluri yang telah dimasukkan ke dalam jiwa lelaki. ini dinyatakan sendiri oleh Allah ta'ala melalui firmanNya yang bermaksud:

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia (lelaki) kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (Ali-Imran: 14)
 
Allah s.w.t senaraikan di sini:
 
1. wanita
2. anak-anak
3. harta
4. kuda-kuda (kenderaan, kereta besar, motorsikal berkuasa besar)
5. dan lain-lain
 
tetapi yang paling hadapan adalah wanita. oleh kerana wanita adalah tarikan yang sangat besar, hinggakan Rasulullah berkata akan dianugerahkan perlindungan di akhirat kepada lelaki yang menolak pujukan wanita. ini melalui hadith:
 
"Tujuh golongan orang yang akan dinaungi oleh Allah yang pada hari itu tidak ada naungan selain naungan-Nya: ... seorang laki-laki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang punya kedudukan dan kecantikan, lalu ia berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah". (HR. Bukhari dan Muslim).
 
menolak ajakan wanita bukan satu yang mudah bagi lelaki. kenikmatannya di situ. kerana itulah mana-mana lelaki yang lulus ujian ini, dimasukkan dalam 7 golongan yang dinaungi Allah di hari akhirat.
 
ajakan wanita
 
terdapat 2 jenis ajakan dari wanita. secara langsung dan secara tidak langsung. kedua-duanya bahaya.
 
secara langsung ialah dengan wanita itu menyatakan keinginannya sama ada ajak jalan-jalan, keluar makan ataupun berzina. 
 
ajakan secara tidak langsung ialah melalui PAKAIAN. dalam dunia lelaki, wanita berpakaian sopan bermaksud tidak mahu didekati untuk bermain-main. wanita yang berpakaian sopan mungkin juga mahu didekati, tetapi dengan cara yang betul dan tujuan yang betul melalui perantaraan dan tujuannya ialah mendirikan keluarga. ini sesuai dengan firman Allah:
 
 

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( surah al-Ahzab: 59)

 
 

ayat ini dengan jelas menyatakan pakaian sopan sebagai signal tidak mahu diganggu dan dipermainkan seperti wanita murahan. 
 
dalam  dunia lelaki, berpakaian seksi/jalang bermaksud wanita itu mahu didekati dengan cara yang MUDAH.  berpakaian seksi bagi manusia samalah seperti pheromon bagi haiwan betina.
 
apa itu PHEROMONE
 
secara ringkasnya pheromone ialah cecair berbau yang dikeluarkan oleh binatang atau serangga benita apabila dia sudah bersedia untuk mengawan. pheromone boleh dihidu dari jarak berbatu-batu oleh haiwan/serangga jantan. Hal ini menyebabkan ramai haiwan jantan bunuh-membunuh untuk mendapatkan haiwan betina yang mengeluarkan pheromone itu. pheromone boleh menyebabkan haiwan jantan menjadi stress dan kacau bila tidak dapat mengawan. 
 
dalam dunia manusia lain sedikit kisahnya. disebabkan manusia tidak ada pheromone seperti haiwan/serangga, manusia perempuan menggunakan bentuk badan untuk menarik manusia lelaki untuk mendekati mereka. dalam dunia manusia lelaki, mendedahkan tubuh seperti menampakkan  bentuk buah dada, menampakkan bentuk punggung dan pinggul biasanya hanya membawa satu maksud: manusia perempuan itu mengajak secara kiasan supaya mendekatinya. manusia lelaki yang terangsang nafsunya dengan pemakaian seksi akan menjadikannya stress dan serba tidak kena jika tidak dapat dilepaskan nafsunya melalui hubungan seks. 
 
persoalannya ialah adakah kita mahu gunakan cara yang hampir sama sepertimana yang dilakukan oleh haiwan atau serangga untuk mendapatkan pasangan ataupun kita mahu gunakan cara manusia bertamadun? 
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.
cara cari pasangan manusia bertamadun adalah melalui perantaraan keluarga/teman atau melalui sistem yang melindungi wanita tanpa menggadaikan maruah diri dengan ditayangkan bentuk badan ke sana ke mari bagaikan orang yang terdesak. bentuk tubuh kita nampak hampir keseluruhan seperti haiwan yang tidak berpakian sedangkan haiwan tidak mampu untuk memakai pakaian. kalau manusia yang dianugerahkan Allah dengan pakaian bermula dari zaman nabi adam lagi berpakain tetapi nampak bentuk tubuh sepertimana haiwan yang tiada pakaian, jatuh maruah kita sebagai seorang manusia. 
 
sebab kita dikenali sebagai manusia dan yang lainnya bernama haiwan walaupun memiliki karekteristik yang sama (berdarah panas, omnivor, beranak) adalah kerana kita adalah makhluk yang berakal dan berdisiplin. tetapi bila kita mula melakukan seks bebas seperti babi (bukan cakap kasar, memang ini kriteria babi), mula menunjukkan bentuk badan seperti badak sumbu atau singa laut, kaum wanita diperaga bersama kereta seperti barang komoditi, maka hilanglah nilai kita sebagai manusia. 
 
kesimpulan
 
dari perbincangan ini fahamlah kita semua bahawa gejala buruk seperti zina, pembuangan bayi dan percampuran lelaki dan perempuan bermula dari satu perkara : PAKAIAN SEKSI. tidak perlu pening kepala untuk mengadakan forum atau perbincangan di peringkat universiti untuk mencari punca gejala zina dan buang anak, kerana jawapannya sudah dinyatakan di sini; ia bermula dengan BERPAKAIAN SEKSI. cuba tangani masalah pakaian mendedahkan tubuh dan insyaAllah gejala buruk yang lain akan dapat dikurangkan dengan banyak. 
 
"Takutlah (hati-hatilah) kalian dengan dunia dan takutlah kalian terhadap fitnah wanita, karena sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa Bani Israil (kaum yahudi) adalah fitnah wanita" (HR Muslim)
 
 

Cinta sejati tidak wujud

"aku akan bertemu dengan cinta sejatiku", "siapakah yang ditakdirkan untukku?", "adakah si dia cinta sejatiku?",  "dia sudah pergi, tiada lagi cinta sejatiku di dunia ini", " hanya dia yang ditakdirkan untukku".

kita biasa mendengar pernyataan ini sama ada di dalam filem cinta hindustan, filem cinta melayu atau dalam kehidupan sebenar. kalau di dalam filem, kita akan melihat hero dan heroin akan menempuh pelbagai rintangan untuk memastikan cinta mereka bersatu, lautan badai sanggup direnangi, sanggup jatuh miskin demi cinta sejati, sanggup membelakangkan keluarga, lari dari rumah dan sebagainya kerana cinta sejati. malangnya hal ini tidak hanya terjadi dalam filem sahaja. di kehidupan sebenar, ramai juga anak muda yang terpengaruh dengan doktrin 'cinta sejati'. bagi mereka, tanpa cinta sejati ini, hidup tidak akan bahagia. hidup tidak berguna lagi. ada yang sanggup bercerai kerana 'cinta sejati'. maka insan tadi sentiasa berkhayal dan mencari-cari siapakah cinta sejatinya bagi mengejar mimpi yang indah.

sahabat sekalian,

ada satu berita yang mendukacitakan ingin saya sampaikan di sini. cinta sejati tidak wujud!. ia hanyalah satu khayalan yang diulik dan didodoi di setiap masa dan sepanjang zaman. doktrin yang dipromosikan melalui nyanyian dan filem. seperti mana tidak ada superhero yang boleh terbang atau raksasa yang merosakkan bandar, begitu juga dengan cinta sejati.

kita tidak pernah diciptakan khusus hanya seorang insan sahaja. tidak pernah ada ayat al-Quran atau hadith yang memberitahu kita bahawa cinta kita hanya untuk seorang insan sahaja. cinta kita adalah berfaktor, bersebab dan boleh dipupuk.

kerosakan daripada doktrin ini

kepercayaan ini telah banyak membawa kerosakan dalam masyarakat:

maka ramailah yang kecundang dalam mencari cinta sejati yang tidak kunjung datang. konsep 'cinta sejati' tidak datang dari budaya Islam. asal usulnya tidak jelas tetapi ia mula disemai dalam masayarat apabila wujud perniagaan novel, nyanyian bermotifkan cinta dan filem filem yang datangnya dari negara-negara yang mengamalkan pergaulan bebas.

selanjutnya dalam tajuk ini:

 

persoalan tentang cinta sejati

soalan untuk yang mempercayai cinta sejati

di sini disenaraikan beberapa contoh soalan kepda orang yang mempercayai cinta sejati:

cuba bayangkan wajah seseorang yang dirasakan sebagai cinta sejati sebelum menjawab soalan ini.

1. kalau dia tiba-tiba jatuh miskin dan merempat meminta sedekah, adakah masih ada cinta sejati?
2. jika dia tiba2 kemalangan dan lumpuh, buta dan tidak siuman, adakah masih ada cinta sejati?
3. jika dia murtad dan menjadi seorang pengikut kuat agama lain, adakah masih ada cinta sejati?
4. jika dia menjadi seorang suka berzina dengan orang lain, adakah masih ada cinta sejati?
5. jika sahabat baru mendapat tahu yang dia berjantina sebaliknya, masihkah wujud cinta sejati?

jika jawapan bagi soalan2 ini ialah tidak, maka ini membuktikan cinta sejati kepada pasangan tidak wujud. yang wujud ialah cinta bersebab.

jika semua soalan ini mempunyai jawapan YA, bagi saya sahabat adalah seorang yang gila.

pengalaman saya bertanyakn soalan ini.

semasa saya masih di sekolah menengah berasrama penuh, saya ada bertanyakan seorang kawan saya berkenaan perkara ini. saya masih ingat waktu itu adalah malam hujung minggu dan kelas-kelas sekolah asrama biasa diguanakan untuk dating.apabila dia balik dari berjumpa dengan makwenya, saya tanyakan soalan.

"hee Man (nama gelaran untuknya), kalau awek engkau lepas ni berlanggar dan lumpuh, engkau akan cinta kat dia lagi ke?"

dia menjawab "tidak".

saya bertanya lagi "jika dia kemalanagan dan mukanya penuh dengan parut, engkau akan menyintai dia lagi ke?"

dia menjawab "tidak".

saya bersyukur kerana Man menjawab soalan saya dengan jujur. ini bermakna cintanya kepada aweknya adalah cinta bersebab.

 

cinta sejati hanyalah kepada Allah

sebenarnya sejak dari mula kejadian lagi kita sudah diberikan satu fitrah. fitrah untuk mengenal dan mencintai pencipta kita. kita mungkin tidak perasan akan fitrah ini kerana sejak dari awal lagi kita sudah diajar untuk mengenal pencipta, mengetahui sifat-sifatnya, cinta dan beriman kepadaNya. sahabat tidak melalui suasana yang dilalui oleh nabi ibrahim yang mana sejak kecil dia tidak pernah dikenalkan kepada penciptanya.

kisah nabi ibrahim ini dinyatakan dalam al-Quran....

al-an'am

[75]
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
[76]
Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".
[77]
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
[78]
Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
[79]
"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".
[80]
Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?
[81]
"Dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?"
[82]
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

 

kesimpulan dari kisah ini ialah cinta sejati kita kepada Allah adalah suatu yang telah dimasukkan ke dalam hati kita sejak awal lagi. sedangkan cinta kita kepada manusia bergantung kepada tempat yang kita dipertemukan dan kriteria yang kita inginkan. cinta sejati bermaksud satu kecintaan yang tidak akan berubah walau apapun yang berlaku. dan cinta ini nampaknya hanya dapat dicapai dengan Allah. sedangkan manusia, walau betapa sayangpun kita kepadanya, jika dia melakukan apa yang kita benci, pasti cinta kita kepadanya akan luntur.

kecintaan sejaati kita kepada Allah adalah kerana Allah adalah pencipta yang tidak pernah berubah dari segala sifatnya. tidak seperti manusia yang mana kita menyintainya apabila dia kaya dan kurang menyintai apabila dia miskin. ataua menyintainya apabiula dia cantik dan dan kurang menyintainya apabila dia tidak cantik. atau menyintainya apabila dia berakhlak baik dan membencinya apabila dia menjadi seorang yang jahat dan berhati busuk. Allah tidak pernah berubah dari sifat-sifatNya yang maha Kaya, maha Mulia, Maha Bijaksana dan lain-lain lagi.

juga segala perkara malang yang menimpa kita adalah datangnya dari kita dan segala kebaikan yang kita perolehi adalah nikmat dariNya.*

cinta kepada pasangan adalah cinta bersebab

saya sudah masukkan beberapa persoalan yang boleh diajukan untuk membuktikan bahawa cinta kita bukan cinta sejati tetapi sebenarnya ialah cinta bersebab. atas sebab-sebab inilah yang menyebabkan kita menyukai pasangan kita dan juga inilah faktor yang menyebabkan kecintaan kita kepada pasangan kita hilang. perlu saya nyatakan di sini bahawa menyintai seseorang atas sebab sebab tertentu adalah tidak salah bahkan merupakan perkara umum yang dilakukan tetapi cuba dinafikan. bahkan rasulullah juga sendiri memberitahu bahawa cinta kita adalah cinta BERSEBAB melalui hadith baginda:

"Wanita dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan karena agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung" Al-Hafidz Abi Abdillah Muhammad bin Yazid al-Qazwini bin Majah, Sunan Ibn Ma>jah, Juz I (Beirut: Da>r al-Ih}ya>’ at-Tura>s\ al-’Arabi>, 1395 H), hlm. 597.

di sini rasulullah menyenaraikan sebab-sebab yang membawa kepada pemilihan pasangan. rasulullah tidak menafikan kriteria yang digunakan untuk memilih pasangan. cuma nasihat rasulullah agar agama dijadikan sebab utama dalam memilih pasangan kerana ia pasti akan membawa kebahagiaan.

satu hadith rasulullah "jangan mengahwini wanita kerana rupa paras yang cantik, mungkin rupa paras itu membawa kehancuran. jangan mengahwini wanita itu kerana hartanya kerana harta itu membawa kepada kezaliman. tetapi kahwinilah wanita itu kerana agamanya. seorang wanita hitam yang menghayati agamanya adalah lebih baik". (ibnu majah).

hatta imam ghazali sendiri menetapkan beberapa kriteria seseorang wanita itu dikahwini:*

kesimpulan penting bagi cinta sejati

jangan silap faham. saya bukan berkata jangan mencintai manusia. menyintai dan menyukai manusia yang lain adalah hal yang disuruh. yang dilarang di sini ialah menyintai seseorang dengan membabi buta dan terlalu terpengaruh dengan perasaan. hingga merasakan kebahagian itu hanyalah denga  si dia. ini mengingkari hadith:

“Tiga hal yang barang siapa dalam dirinya terdapat tiga hal ini, dia pasti menemukan manisnya Iman: (1) Kalau Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya, (2) Kalau dia mencintai seseorang, tidaklah dicintainya melainkan kerana Allah, (3) Dan kalau dia benci kembali kepada kekufuran seperti kebenciannya jika dicampakkan ke dalam api”. Hadits riwayat Bukhari dan Muslim

Dari Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak beriman sebelum aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya dan manusia seluruhnya”.
Hadits riwayat Bukhari dan Muslim

Barangsiapa memberi karena Allah, menolak karena Allah, mencintai karena Allah, membenci karena Allah, dan menikah karena Allah, maka sempurnalah imannya. (HR. Abu Dawud)

menyintai manusia secara keterlaluan melebihi cinta kepada Allah juga mengingkari tauhid uluhiyyah. saya akan jelaskan secara ringkas tentang iktikad ini. orang melayu menafsirkan ILAH sebagai tuhan. apabila kita menyebut la ILAH illallah maka kita tafsirkan sebagai tiada TUHAN melainkan Allah. ini adalah penafsiran yang betul. walaubagaimanapun ILAH membawa maksud yang luas. antara maksud ILAH ialah:

  • tumpuan pengibadatan
  • pemberi rezeki
  • sumber perundangan
  • tempat kecintaan

jadi bila disebut la ilahaillallah itu juga bermaksud:

  • tiada tumpuan pengibadatan melainkan Allah
  • tiada pemberi rezeki melainkan Allah
  • tiada sumber perundangan melainkan Allah
  • tiada tempat kecintaan melainkan Allah

kecintaan kepada yang lain hanyalah kerana Allah. kita menyintai ibu bapa kita kerana Allah. kita menyintai pasangan kita adalah kerana Allah. jika pasangan kita tidak mengikut suruha Allah maka kita tidak akan menyintainya. ini berlawanan dengan konsep cinta sejati yang meletakkan cinta kepada kekasih sebagai tempat yang paling atas. kalau kita biasa mendengar lirik lagu atau skrip filem hindustan, kita akan dapat melihat bagaimana konsep cinta agung kepada kekasih itu diagung-agungkan hingga ke tahao yang tidak masuk akal.

konsep cinta sejati menyebabkan kita bercinta sebelum berkahwin

mitos cinta sejati ini telah mendatangkan masalah yang tidak disedari oleh ramai orang. sebelum kita dijajah dan kemasukkan budaya asing secara berleluasa melalui filem atau drama, pencarian pasangan bagi masyarakat Islam adalah berbeza. anak-anak dara tidak bebas keluar mengikut jantan spertimana sekarang sampai jam 2-3 pagi masih lagi kelihatan di restoran-restoran.

pencarian jodoh pada ketika itu diuruskan oleh pihak keluarga sama ada si ayah atau si ibu. jodoh yang diatur membawa kepada kebahagiaan hingga ke anak cucu. yang peliknya di zaman ini di mana pasangan memiliki kebebasan mencari jodoh masing-masing, kadar perceraian dan masalah rumah tangga berada pada tahap yang membimbangkan.

mitos cinta sejati ini telah membawa kepada budaya melakukan percubaan atau membeli belah cinta. adakah dia cinta sejatiku? maka berlakulah pertukaran pasangan untuk tujuan 'merasa' cinta atau lebih dari itu. bertukar pasangan semudah monyet melompat dari satu dahan ke dahan yang lain. maka dalam proses ini ramailah yang kecundang di pintu cinta, yang dara kehilangan daranya, anak haram dibunuh dan dilempar ke dalam longkang (lebih teruk dari arab jahiliyyah), perempuan hilang benteng pertahanan terakhir iaitu malunya, maruah jatuh  nilai seperti barangan komoditi. yang paling terjejas dalam proses mencari cinta ialah kaum hawa sedangkan kaum adam memperolehi nikmatnya.

bahaya membandingkan cinta

jika kita tidak pernah makan kuih keria, maka kuih keria yang pertama kita makan ialah kuih keria yang paling sedap. jadi bila disebut kuih keria, maka kita menjadikan rasa kuih keria yang baru sekali kita makan itu sebagai standard kuih keria. tetapi setelah kita memakan banyak kuih keria dari bermacam tempat, kita akan mula mengatakan "kuih keria ini sedap dan yang itu tidak sedap".

perumpamaan yang sama adalah untuk cinta. bagi yang tidak pernah bercinta, cinta pertamanya itulah cinta. bila disebut cinta, itulah rasanya. tetapi jika seseorang itu terlalu banyak bercinta, maka dia mula membandingkan cinta. dibandingkan cintanya denga pasangannya dan cintanya dengan orang lain. maka mulalah dia boleh mengatakan cinta ini menyeronokkan dan dan cinta yang satu lagi hambar.

itulah sebabnya cinta yang permulaan mahal harganya. mungkin sukar buat masa sekarang tetapi itulah yang terbaik dan itulah pentingnya mencari pasangan beragama yang tidak banyak pengalaman bercinta. jika sahabat sudah berkahwin dan pasangan sahabat ada banyak pengalaman bercinta, bersangka baik dan lupakan hal yang lalu, itulah yang terbaik.

terdapat satu hadith dari rasulullah:

diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.

itu sebabnya rasulullah pernah menegur sahabatnya yang mengahwini janda.

hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim: Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : “Anak dara atau janda?”. Jawabku : “Janda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”. Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka” Baginda bersabda : “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik.

orang yang terlalu banyak bercinta akan kurang riangnya dalam bercinta. jika dilihat pada hadith ini, cuba bayangkan berapa ramai anak-anak muda yang sudah menjadi janda jiwanya atau duda jiwanya tetapi masih belum berkahwin. sebab itu tidak pelik bila kita berjumpa dengan orang belum berkahwin tapi dia tiada malu dan sudah 'kalis' dengan orang lawan jantina. dia belum berkahwin, tetapi sudah duda atau janda jiwanya.

 

Kecantikan bukanlah segala-galanya

kajian pernah dibuat ke atas ramai respondent tentang apakah kriteria yang dilihat oleh lelaki dan perempuan dalam memilih pasangan. majoriti lelaki memilih kecantikan sebagai kriteria pertama dan majoriti wanita memilih kewangan/harta sebagai kriteria utama. kajian ini adalah kajian di amerika dan saya andaikan inilah kriteria yang diambil oleh kebanyakkan org di dunia.

di sini saya ingin fokuskan kepada kecantikan. kecantikan memang satu kebahagiaan bagi lelaki. semakin cantik seseoranag itu, semakin dia mendekati nilai kewanitaan dari segi kaca mata kasar. keinginan lelaki kepada kecantikan bukan satu perkara baru. ia adalah nafsu yang sudah bertapak sejak zaman pembunuhan qabil terhadap habil lagi kerana dengki melihat saudaranya mendapat pasangan yang cantik.

saya teringat satu filem bersiri dr house memilih dr cameron sebagai pembantunya.  dr cameron merasa tercabar kerana dr house memilihnya untuk berkerja dengannya kerana kecantikannya dan bukan kerana kepandaiannya. bila ditanya oleh dr cameron, dr house menjawab "saya memilih awak sebab memilih awak adalah seperti meletakkan patung hiasan di ruang legar".

sepertimana tidak wujudnya cinta sejati, begitulah juga tidak wujudnya kecantikan sejati. saya maksudkan dengan kecantikan sejati ialah kecantikan yang apabila diperolehi, kita puas dengannya dan tidak akan ada yang lebih cantik dari itu. 'kecantikan sejati' tidak wujud. gelaran wanita tercantik di dunia adalah satu tahyol. sesiapa yang menburu kecantikan sejati samalah seperti mengejar fatamorgana. sungguh kasihan, dia merasakan dengan mendapat wanita yang lebih cantik akan memuaskan hatinya tetapi sebaliknya dia akan menjadi seperti seorang yang sentiasa lapar walaupun makan apa sahaja. jiwa tidak tenteram dan sentiasa tercari-cari kecantikan yang boleh memuaskan hati buat selama-lamanya. melompat dari satu wanita ke wanita yang  lain mencari-cari kepuasan diri yang tak kunjung tiba.

realitinya kecantikan wanita tidak akan berkesudahan. setiap hari kita akan sentiasa berjumpa dengan wanita cantik yang berlainan dan nafsu akan sentiasa tertarik. persoalannya dimanakah sudahnya pencarian ini? seperti kawan saya pernah berkata "ibu-ibu melahirkan perempuan cantik setiap hari, dimanakah sudahnya?".

jika inilah kriteria utama yang dijadikan kayu ukur untk memilih pasangan, ia akan mendatangkan masalah kepada kita atas beberapa faktor:

1. perempuan yang terlalu cantik akan menarik terlalu ramai lelaki. ia dari satu segi akan menyusahkan kita sebagai pasangan hidupnya. seperti kata pepatah "barangsiapa yang berkahwin dengan wanita cantik, maka sebenarnya dia berkahwin dengan masalah".

2. sebenarnya kecantikan bukanlah segala-galanya yang menjamin kebahagiaan. kecantikan tanpa agama adalah tanggungan dosa. kecantikan tanpa akhlak adalah neraka. kecantikan tanpa ilmu adalah kemunduran.

sebab itulah rasulullah pernah bersabda "wanita yang berkulit hitam dan koyak telinganya adalah lebih afdhal dikahwini jika dia beragama".

saya tidak sekali-kali menafikan kecantikan sebagai salah satu dari faktor kebahagiaan.ia adalah satu faktor yang tidak boleh dinafikan. menurut imam ghazali, kecantikan diletakkan dalam keutamaan ke 3 selepas agama dan akhlak.

jangan ditolak faktor kecantikan dalam memilih pasangan. itu adalah orang yang cuba menafikan fitrah. sesiapa yang cuba menafikan fitrah, dia akan mengundang masalah dalam hidupnya. cuma pada pendapat saya berpada-padalah dalam memilih kecantikan sebagai faktor memilih pasangan. jangan cuba mendidik diri kita untuk terlampau dalam memilih kecantikan, kelak akan menyusahkan diri sendiri.

Persaingan menunjukkan kecantikkan

malangnya zaman yang kita lalui sekarang adalah zaman yang penuh dengan fitnah. di zaman ini, setiap wanita yang tidak menjaga agama cuba menunjukkan kecantikan masing-masing. kalau boleh hendak sahaja ditunjukkan segala-galanya kepada lelaki. dan itulah yang telah berlaku. buka setakat muka, bahkan bentuk badan cuba ditunjukkan seluas-luasnya kepda lelaki. bentuk badan diperagakan kepada lelaki dengan berpakaian ketat walaupun memakai tudung. jika diwaktu dahulu, pakaian ketat hanyalah dipakai oleh pelakon dan penyanyi, sekarang pakian ketat dipakai oleh hampir kesemua wanita islam tanpa segan silu. di zaman ini, yang berpakaian seperti telanjang itulah yang dikatakan mengikut peradaban zaman dan muslimah yang menutup aurat itulah yang dikatakan ketinggalan zaman.

maka benarlah ramalan rasulullah tentang akhir zaman

"Dua golongan di antara penghuni neraka yang belum aku lihat keduanya: suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang-orang; perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang cenderung dan mencenderungkan orang lain, rambut mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka ini tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium aroma surga. Sesungguhnya aroma surga itu boleh dicium sejauh perjalanan demikian dan demikian. "

(HR Muslim)

Imam Muslim meriwayatkannya dari Zuhair bin Harb, dari Jarir, dari Suhail dari bapaknya (yakni Abu Shalih), dari Abu Hurairah. Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Shah

apakah sesi takruf dan bagaimana untuk dilakukan?

pengenalan sesi ta'ruf

sesi ta'ruf adalah sesi suai kenal. selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berjumpa, penta'ruf akan menetapkan satu tempat dan masa yang sesuai dan mereka bertemu di sini. biasanya adalah tempat yang selesa untuk berbincang seperti masjid, kelas, tempat makan yang sunyi dan sebagainya. pihak muslimah mestilah ditemani oleh seorang sahabat atau mahramnya.

sesi takruf bukan sesi 'wajib jadi'. Ia cuma satu sesi suai kenal. ianya bergantung kepada kedua belah pihak sama ada meneruskan perhubungan atau menamatkan perbincangan pada sesi takruf sahaja.


bagaimana mengajak ke sesi takruf?

berhubung melalui medium yang disediakan oleh baitulmuslim.com. apabila kedua pihak sudah bersetuju untuk bertakruf, sila isi borang takruf. selepas pembayaran untuk sesi takruf dibuat, pihak baitulmuslim.com akan melantik pentakruf untuk menguruskan sesi takruf tersebut.

di dalam sesi ta'ruf ini. kedua-dua pihak akan menceritakan dengan panjang lebar tentang diri mereka. jika terdapat apa-apa sahaja soalan akan ditanya dan dijawab dalam sesi ta'ruf ini tidak kiralah sama ada soalan itu sulit atau tidak.

boleh juga diberikan soalan sulit itu kepada penta'ruf sebelum sesi ta'ruf, ini bagaikan penta'ruf yang bertanyakan soalan. sebab sememangnya penta'ruf sendiri akan bertanyakan beberapa soalan yang telah ditetapkan oleh baitulmuslim.com semasa sesi ta'ruf. soalan yang telah ditetapkan ini akan membolehkan setiap pihak mengenali pihak yang lain dengan lebih mendalam.

Dua jenis sesi takruf

dua jenis ini adalah:

kedua-dua pilihan ini boleh dinyatakan semasa mengisi borang

selepas sesi ta'ruf

selepas masing-masing sudah berpuas hati, mereka kembali ke tempat masing-masing dan akan diberikan tempoh yang dipersetujui semasa sesi ta'ruf untuk memberikan jawapan. jika semasa sesi ta'ruf dipersetujui masa 4 minggu, maka selepas 4 minggu penta'ruf akan menghubungi kedua-dua pihak untuk mendapat jawapan. jangan sekadar jangka masa, TARIKH keputusan juga mesti ditetapkan. ini bagi memudahkan kita memahami bilakah waktu sebenar keputusan akan diberikan.

sahabat juga mungkin memerlukan masa sebulan untuk memberikan keputusan jika sahabat merasakan perlukan maklumat yang lebih banyak atau perlu berbincangn dengan orang terdekat.

jika keputusan sudah ada lebih awal, hubungi penta'ruf dan penta'ruf akan hubungi pihak satu lagi. bergantung kepada pihak satu lagi sama ada mahu terus memberikan keputusan atau masih berpegang kepada masa yang telah ditetapkan. jika lanjutan masa diperlukan,hal yang sama perlu diberitahu kepada penta''ruf.

jika sudah bersetuju

jika kedua-dua pihak bersetuju, maklumat perhubungan akan diberikan kepada mereka dan mereka hendaklah meneruskan perhubungan dengan cara yang diajar oleh Islam hinggalah mereka berkahwin. selepas sesi ta'ruf inilah masa untuk mereka lebih kenal dengan perantaraabn keluarga dan bukan dengan cara yang diamalkan oleh ramai orang muda sekarang.

jika tidak bersetuju

masing-masing akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa. kita tidak akan takut untuk menolak untuk meneruskan perhubungan kerana dari awal sesi takruf lagi sudah dimaklumkan bahawa ini adalah sesi suai kenal.

kelebihan sesi takruf

sebenarnya sesi takruf adalah satu program untuk pembinaan keluarga Islam. ini kerana kita boleh mengenal lebih mendalam lagi berkenaan seseorang itu sebelum kita membuat apa-apa keputusan untuk berkahwin ataupun tidak. sesi takruf adalah alternatif kepada anak muda untuk mencari pasangan secara yang dibenarkan Islam.

sebelum ini ramai gadis yang terjebak ke lembah maksiat semata-mata kerana mahu mencari pasangan hidup. jika dahulu urusan pencarian jodoh diurusakan oleh ahli keluarga, sekarang budayanya sudah berbeza. ibu bapa sedah melepaskan urusan pencarian jodoh kepada anak-anak mereka dan inilah yang menyebabkan maksiat berlaku secara berleluasa. anak-anak gadis ramai yang dipermain dalam masa mencari pasangan. ramai lelaki yang mengambil kesempatan yang terbuka luas ini untuk mengambil kesempatan ke atas keinginan wanita-wanita mencari pasangan hidup.

keburukan budaya 'pakwe-makwe'

banyak keburukan budaya yang menular sekarang. walaupun pada zahirnya nampak ianya menyeronokkan, tapi sebenarnya pelbagai masalah yang timbul dari budaya 'pakwe-makwe' yang diamalkan oleh anak muda muslim sekarang:

1. ia memakan masa yang lama untuk mengenal satu sama lain. agak payah untuk melihat keburukan pasangan tanpa ikatan kita kerana dalam alam percintaan semuanya indah belaka dan segala keburukan disembunyikan. kita juga malu untuk bertanya soalan-soalan sensitif kerana bimbang melukai hati pasangan tanpa ikatan kita. akhirnya selepas berkahwin barulah kita tahu bagaimana sebenarnya perangai sebenar pasangan tanpa ikatan kita.

2. dalam proses ini ramai anak gadis yang hilang maruahnya semata-mata kerana hendak mencari calon suami sedangkan pasangan tanpa ikatannya belum tentu ingin menjadikannya sebagai isteri. maka banyaklah jiwa yang merana sampai tahap berlakulah gejala anak haram, pergaduhan keluarga dan ada yang membunuh diri kerana tekanan perasaan.

3. masyarakat mula menerima budaya berlaku curang. maksud saya ialah jika  jika dia dengan mudah boleh berpasangan tanpa ikatan dengan kita, dia juga dengan mudah boleh berpasangan tanpa ikatan dengan orang lain. jika dia berpasangan dengan kita hanya melalui jalan perkahwinan, dia juga akan terpaksa melalui jalan perkahwinan untuk menjalinkan ikatan dengan orang lain. formulanya di sini ialah "jika dia boleh buat sesuatu dengan kita, dia juga boleh buat sesuatu dengan orang lain". budaya bercinta tanpa ikatan ini akan menyebabkan hilanglah perasaan percaya kepada pasangan. orang yang sudah berkahwin juga mula berjinak-jinak mencari pasangan diluar pernikahan yang lain kerana ianya mula menjadi budaya. Islam mengharamkan percampuran lelaki dan perempuan secara berleluasa kerana budaya ini akan merosakkan masyarakat itu sendiri.

kelebihan sesi takruf

sebagai alternatif kepada budaya pakwe-makwe, sesi takruf adalah jauh lebih baik.

1. kita akan dapat mengenal orang yang kita minati dengan lebih mendalam dan cepat. ini kerana dalam sesi takruf, masing-masing akan memperkenalkan diri secara sangat mendalam. ditambah pula dengan bantuan pentakruf yang menyediakan soalan-soalan yang akan membolehkan kita tahu orang itu dengan lebih dekat dengan lebih cepat. contoh-contoh soalan yang akan ditanya oleh pentakruf kepada kedua-dua belah pihak ialah:

a. bagaimana dengan solat?
b. berapa pendapatan?
c. bagaimana keadaan keluarga?
d. bagaimana dengan masalah kesihatan diri?

dan sangat banyak lagi soalan-soalan yang tidak dinyatakan di sini. dengan soalan-soalan yang panjang lebar akan membolehkan kita mengenal si dia dengan sangat mendalam hanya dalam masa 1-2 jam sahaja sedangkan orang yang  bercinta tanpa ikatan memakan masa bertahun-tahun untuk mengetahui hanya sedikit dari apa yang boleh diketahui melalui sesi takruf.

2. maruah kaum wanita akan terjaga kerana tiada pergaulan bebas berlaku. bahkan dalam sesi takruf kita menggalakkan calon wanita membawa teman bersama untuk datang pada sesi takruf.

3. tidak perlu habiskan masa, tenaga dan kehabisan beratus atau beribu ringgit untuk bercinta/bertakruf tanpa ikatan. banyak berlaku hanya kerana ingin mengenal hati body pasangan tanpa ikatan, kita kehabisan banyak wang untuk belanja makan, belanja tengok wayang, hadiah hari jadi, bayar bil telefon dan lain-lain.

peringatan:

1. sahabat boleh menggunakan perkhidmatan sesi takruf sama ada dengan pasangan dalam laman web baitulmuslim.com ataupun pasangan di luar baitulmuslim.com.

2. program cari jodoh di baitulmuslim.com adalah percuma. perkhidmatan berbayar hanyalah kepada beberapa perkhidmatan tanbahan seperti sesi takruf dan program wakil baitulmuslim kerana ianya menggunakan masa dan tenaga orang lain.
 

poligami

perbincangan tentang poligami adalah satu perbincangan yang agak sensitif bagi ramai orang  yang mengikut tanpa ilmu. bila disebut 'orang ramai' kita semua tahu apa yang al-Quran sebut tentang orang ramai . firman Allah "janganlah kamu mengikut orang ramai, pasti mereka akan menyesatkan kamu". halalnya poligami disebut jelas di dalam al-Quran dan terdiri dari ayat muhkamat (mudah difahami)

"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."

an-nisa ayat 3

saya selalu bertanya kepada ramai orang mengapa ayat ini disusun sedemikian rupa dan bukannya "berkahwinlah seorang sahaja dan jika kamu rasa boleh berlaku adil maka kahwinlah 2,3, ataupun 4". kita semua tahu apa yang didahulukan adalah lebih utama dari apa yang dikemudiankan. ayat al-quran di atas bukan sahaja ayat yang menghalalkan poligami bahkan adalah ayat yang menggalakkan poligami.

saya pernah membaca satu majalah wanita yang mana seorang pensyarah dan ahli motivasi berkata bahawa 'poligami adalah halal tetapi tidak digalakkan sepertimana perceraian'. saya meminta ahli motivasi terbabit bertaubat kerana telah menerangkan hal yang salah tentang hukum poligami. jangan kerana kita membenci sesuatu, kita memberika hukum yang salah dan mengelirukan orang ramai. ayat 'hala tapi dibenci' adalah ditujukan kepada perceraian.

Dari Umar, ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Sesuatu yang halal tapi dibenci Allah adalah perceraian" [H.R. Abu Daud dan Hakim]
 

mengqiaskan perceraian dengan berpoligami adalah satu hal yang batil da berdosa besar dan mengajak dan mengelirukan orang ramai tentang perkara yang dihalalkan oleh Allah juga termasukkan dalam hal kerosakan akidah.

"Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabikat berdusta." an-nahl:105

Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka. surah Muhammad: 8-9
 

itulah sebabnya rasulullah dan para sahabat berpoligami. yang menakjubkan dengan poligami rasulullah adalah poligami yang bersebab. dan semua maklum rasulullah berpoligami setelah kewafatan isteri tersayang, saiditina khadijah r.a.

rasulullah mengahwini safiyyah, seorang bangsawan berbangsa yahudi selepas perang khaibar adalah untuk mendekatkan jurang antara Islam dengan yahudi. Zainab dinikahi rasulullah adalah untuk menghapuskan hukum anak angkat adalah sama dengan anak sendiri. rasulullah mengahwini juwairiyah adalah untuk merapatkan Islam dengan kaumnya bani musyaliq. rasulullah mengahwini saudah yang telah sangat lanjut usianya kerana dia telah kehilangan suami di waktu peperangan.

amalan yang sama dilakukan oleh para sahabat. ramai sahabat yang mengahwini para balu yang suami mereka mati dalam peperangan memperjuangkan Islam. ini untuk memastikan setiap wanita ada keluarga dan tempat berlindung.

saya tertarik dengan penjelasan Dr Yusuf Qardhawi tentang poligami. dalam bukunya, Dr Yusuf Qardhawi berkata apa yang dihalalkan oleh Allah adalah sesuatu yang bermanfaat bagi manusia.Allah tidak akan menghalalkan sesuatu yang memudharatkan manusia. ini selari dengan firman Allah:

"ada kalanya kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik bagi kamu dan ada kalanya kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk bagi kamu"

keperluan masa kini

poligami adalah lebih releven sekarang lebih dari zaman-zaman sebelum ini. sebelum saya pergi lebih lanjut, ingin dinyatakan di sini bahawa Islam adalah satu cara hidup yang mahukan setiap manusia hidup berpasangan. ini adalah kerana beberapa faktor iaitu:

1. setiap pasangan melindungi satu dengan yang lain seperti firman Allah

"kamu menjadi selimut kepada mereka dan mereka menjadi selimut kepada kamu" kita semua mengetahui bahawa wanita yang tidak berkeluarga lebih mudah diganggu daripda wanita yang berkeluarga.

2. tempat kasih sayang

kita mahu ada orang yang dekat dengan kita setiap masa. orang yang kita boleh luahkan perasaan dan masalah sama ada dengan pasangan atau anak-anak. firman Allah "kami menciptakan kamu pasangan dikalangan kamu sendiri supaya kamu berkasih sayang dengan mereka....."

3. pembinaan keluarga

islam sangat menggalakkan pembinaan keluarga yang HALAL melalui perkahwinan. ini selari dengan sabda Rasulullah " aku berbangga melihat ummatku yang ramai...."

sabda Rasulullah " wanita yang terbaik ialah yang paling ramai anaknya....."

atau

".... sesiapa yang membenci sunnahku sesungguhnya dia bukan dari ummatku"

4. bantuan hari tua

hari tua adalah hari yang menyusahkan. di waktu itu kisihatan kita mula merosot dan kita dilanda dengan pelbagai jenis penyakit. alangkah baiknya jika kita memiliki anak-anak yang boleh menolong kita di waktu tua kita jika kita berkeluarga.

saya masih teringat di satu bulan ramadhan ayah saya memberitahu saya ada seorang perempuan tua di kampung tempat tinggal saya yang tinggal seorang diri keranan tidak pernah berkahwin sedangkan orang lain bergembira berbuka puasa beramai-ramai bersama anak-anak dan cucu-cucu mereka.

banyak lagi yang boleh disenaraikan tetapi cukuplah untuk setakat ini bagi membolehkan saudara faham betapa pentingnya memiliki sebuah keluarga. malangnya kita tidak berada di dunia yang IDEAL. saya berikan gambaran dunia yang IDEAL.

###################

di dunia ideal, setiap orang berkeluarga. setiap orang memiliki anak-anak. tidak ada walaupun seorang lelaki atau wanita yang tidak bekeluarga. setiap orang di hari tua memiliki keluarga masing-masing dan tiada orang yang tinggal seorang diri

###################

kita berada di dunia REALITI. di dunia realiti ada orang yang berpeluang berkeluarga dan ada orang yang tidak dapat berkahwin kerana tiada orang yang mahu menjadikannya sebagai teman hidup atau beberapa faktor. antara faktor terbesar yang membawa kepada masalah ini ialah nisbah lelaki dan perempuan yang tidak sama seperti hadith Rasulullah "di akhir zaman, nisah lelaki dan perempuan ialah 1-50".

nisbah 1-50 tidak boleh hanya dilihat dari angka nismah lelaki dan perempuan. banyak faktor lain yang perlu diambil kira apabila kita ingin menilai adalah nisbah lelaki dan perempuan adalah sama. faktor-faktor yang dinyatakan dibawah juga perlu diambil kira.

faktor 1: ramai lelaki yang terlibat dengan jenayah dan dadah yang menyebabkan mereka tidak boleh dimasukkan ke dalam statistik lelaki yang boleh dikahwini. kebanyyakan daripada  mereka ialah lelaki Islam. memasukkan golongan ini ke dalam statistik lelaki yang boleh dikahwini adalah tidak tepat.

faktor 2: semakin ramai wanita yang berpendidikan tinggi dan pendapatan tinggi

saya gabungkan pendidikan dan pendapatan kerana ianya saling berkait rapat. jumlah pelajar wanita di pusat pendidikan tinggi ialah 70% daripada keseluruhan pelajar. dari sini kita boleh lihat bagaimana masa depan akan terbentuk. semakin ramai wanita berpendidikan tinggi maka semakin ramailah wanita yang berpendapatan tinggi. entah mengapa wanita di zaman dahulu hingga sekarang lebih menyukai lelaki yang lebih pandai dan lebih kaya dari mereka. ini mungkin perasaan yang telah ada pada diri wanita secara fitrah supaya kebajikannya dan anak-anak akan terjamin. bagaimanakah wanita-wanita berpendidikan tinggi ini dapat mencari lelaki yang lebih berpendapatan tinggi dari mereka jika jumlah lelaki yang masuk ke pusat pendidikan tinggi adalah kurang. sesetengah wanita berpendapatan tinggi lebih suka berkongsi suami yang berpendidikan tinggi daripada berkahwin dengan lelaki yang miskin.

faktor 3:  semakin ramai lelaki yang rosak akhlaknya

semakin ramai lelaki sekarang yang rosak ahlaknya. ramai yang kurang agama, tidak sembahyang, tidak puasa dan ramai pula yang telah hilang terunanya di waktu muda. ini kerana faktor-faktor yang telah dibincangkan sebelum ini.
buku ini ditulis untuk orang yang menjaga agama dan keturunannya. orang yang tidak meletakkan Islam sebagai cara hidup tidak membaca buku ini. jika sahabat ingin memcari lelaki yang beragama, jumlahnya tentulah agak berkurangan kerana faktor yang disebutkan tadi

 

perhatian: penulis artikel ini menghormati pendirian orang yang tidak mahu berpoligami tetapi yakin bahawa poligami adalah halal di sisi Islam dan mendatangkan kebaikan kepada manusia. ia tidak bertujuan mempengaruhi apa-apa keputusan dalam program cari jodoh.

usaha menyekat poligami

peranan gerakan pembebasan wanita

gerakan pembebasan wanita (GPW) adalah golongan yang sangat kuat menentang poligami selain daripada media barat. mereka yang tidak menutup aurat dengan beraninya bercakap tentang hal-hal Islam. mereka biasanya disokong oleh sesetengah ahli politik yang menyebabkan penyebaran propaganda mereka menjadi lebih mudah dan berkesan ditambahkan pula penulis-penulis mereka dibenarkan untuk menulis artikel-artikel di akhbar-akhbar yang terkenal.

pernah juga mereka melancarkan kempen supaya seorang suami hanya dibolehkan mempunyai seorang isteri sahaja semata-mata untuk mengharamkan poligami. di beberapa negara sekular, ada undang-undang yang cuma membolehkan seseorang itu berkahwin lagi hanya jika isterinya mandul atau berpenyakit sedangkan islam tidak pernah meletakkan syarat seseorang itu berpoligami. ini adalah taktik untuk menyukarkan lagi poligami.

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, ‘Ini halal dan ini haram,’ untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung.” (QS. An-Nahl [16]: 116)

“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”
(QS. Al-Baqarah [2]: 185)

sebenarnya pengharaman atau undang-undang untuk menyukarkan lagi poligami hanya mendatangkan keburukan kepada kita dan masyarakat seperti mana yang telah berlaku kepada negara barat. sedangkan Allah tidak menghalalkan sesuatu perkara itu melainkan untuk kebaikan manusia juga.

gerakan wanita Islam turut terpengaruh

bertambah malang lagi apabila yang terpengaruh dengan propaganda gerakan pembebasan wanita ialah organisasi muslimat yang menjalankan dakwah Islam. mereka bercakap tentang perlunya undang-undang Islam, perlunya pemerintahan Islam tetapi apabila ditanya tentang poligami, kefahaman mereka dipengaruhi oleh golongan feminisma. ada di antara muslimat yang sangat membenci poligami. ini kerana mereka terlalu banyak melakukan aktiviti dakwah dan kurang masa digunakan untuk belajar tentang fikrah islamiyah.

mereka tidak sedikitpun terfikir tentang sahabat-sahabat mereka yang masih belum bersuami walaupun usia sudah lanjut sedangkan sepatutnya ukhuwah dikalangan gerakan wanita Islam adalah lebih rapat berbanding orang awam. falsafah yang digunakan ialah "yang penting aku bersuami, orang lain apa nak dihiraukan".

ada yang lebih sibuk dengan dakwah politik tetapi pengabaikan islah yang paling utama yang patut dilakukan oleh gerakan wanita islam iatu islah keluarga. bila disebut islah keluarga, ia adalah satu pengertian yang luas. ia merangkumi segala perkara yang berkaitan dengan hal kekeluargaan seperti:

1. hal pencarian jodoh untuk kaum wanita, golongan andartu dan ibu tunggal.
2. hal pendidikan anak-anak
3. hal mencegah masalah sosial
4. hal perlindungan kaum wanita dari segi hak dan keselamatan
5. dan banyak lagi

apa yang berlaku ialah mereka hanya berteori. ceramah demi ceramah dilakukan tetapi tidak turun padang untuk bersama dengan remaja Islam yang rosak akhlaknya. saya pernah membaca satu artikel yang mana ketua gerakan wanita islam apabila bercakap tentan gejala sosial berkata mereka telah menasihatkan pihak kerajaan untuk membendung gejala sosial. ini adalah satu kenyataan yang sangat mengejutkan saya. dengan keahlian begitu ramai di seluruh negara yang hanya mampu ketua gerakan wanita islam ini katakan ialah dia telah menasihati kerajaan untuk menangani gejala sosial? tidakkah dia sedar bahawa dia sepatutnya bertanggungjawab untuk menggerakkan semua ahli di seluruh negara untuk melancarkan kempen memerangi gejala sosial? apa yang telah berlaku?

poligami disekat, pintu zina dibiarkan

kita lihat golongan yang cuba untuk mengharamkan poligami dengan pelbagai cara bukanlah orang yang ikhlas terhadap agama bahkan merekalah yang cuna untuk memasukkan pengaruh barat ke dalam sistem perundangan Islam. dalam keadaan pintu poligami cuba ditutup dengan apa cara sekalipun, pintu zina dibuka seluas-luasnya. mereka tidak pernah walaupun sekali menyebut untuk mengetatkan undang-undang untuk membendung gejala zina. mereka tidak pernah bercakap tentang pergaulan bebas lelaki perempuan, pemakaian seksi oleh wanita Islam, pergaulan bebas di kalangan pelajar dan sebagainya.

masalah pembuangan bayi

saya masih ingat apabila heboh isu pembuangan bayi yang berlaku diseluruh negara, yang dirunsingkan ialah pembunuhan anak yang tidak berdosa dab=n bukannya gejala zina yang membawa kepada gejala buang anak. mereka cuba untuk menambah hukuman kepada orang yang membuang anak tetapi tidak pernah menyebut untuk menambah hukuman terhadap menzina. mereka runsing bayi dicampak di merata tempat tetapi tidak pernah runsing gejala zina dan yang berlaku di merata tempat.

pendidikan seks yang dirangka untuk diajar di sekolah dan universiti adalah untuk mendidikan golongan muda untuk melakukan seks(zina) dengan selamat supaya tidak berlaku pembuangan anak dan bukannya untuk mendidikan golongan muda untuk menjauhi zina.


orang bukan islam mempraktiskan poligami tanpa had

kalau Islam hanya membenarkan poligami hanya kepada 4 orang isteri sahaja, oranng bukan Islam boleh 'berpoligami' tanpa had pasangan. ini berlaku dengan cara memiliki perempuan simpanan. bukan satu rahsia bahawa orang-orang bukan Islam yang kaya memiliki perempuan simpanan yang ramai. mereka menyediakan rumah dan wang kepada perempuan-perempuan ini dengan syarat kehendak mereka dipenuhi. walaupun bila ditanya, mereka akan berkata 'saya ada seorang isteri', tetapi hakikatnya mereka memilihi isteri tidak rasmi tanpa had. sistem ini lebih buruk daripada sistem yang islam anjurkan dan inilah sistem yang masyarakat Islam mendekatinya sekarang.

kita semua tahu bahawa perempuan simpanan adalah golongan yang malang. mereka tidak memiliki hak sepertimana seorang isteri dari segi undang-undang. mereka tidak ada hak untuk menuntut harta, tidak ada hak untuk menuntut nafkah, tidak ada hak mahkamah jika lelaki itu meninggalkan dia. yang lebih memeningkan kepala lagi di barat, mereka meletakkan undang-undang bahawa hubungan seks tidak boleh disertakan dengan pemberian wang. kerana memberi wang dikira sama dengan pelacur. jadi berlakulah tragedi wanita barat dijadikan tempat pemuasan nafsu tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa menghiraukan keperluan seharian mereka. pelacur mendapat wang untuk keperluan harian, perempuan simpanan salah dari segi undang-undang untuk diberikan wang. mereka terpaksa menanggung kehidupan mereka sendiri tanpa diberi 'nafkah' oleh lelaki yang meniduri mereka.

orang bukan Islam walaupun mereka tidak boleh berpoligami, tapi wanita-wanita mereka boleh mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan boleh mempunyai anak melalui hubungan haram dengan lelaki lain. ini bermakna wanita bukan Islam walaupun tidak dibenarkan berpoligami, mereka masih boleh merasa perhubungan dengan lelaki dan boleh memiliki anak walaupun anak itu anak hasil hubungan haram.

yang malangnya dengan wanita islam ialah bukan sahaja mereka tidak berpeluang untuk berkahwin kerana poligami disekat, wanita-wanita solehah ini juga tidak boleh berhubung dengan lelaki lain dan tidak boleh memiliki anak kerana kerhubungan diluar pernikahan adalah haram. jadi di sini kita boleh lihat ialah pengharaman poligami lebih membawa akibat buruk kepada wanita Islam berbanding wanita bukan Islam.

kisah lucu di negara bukan Islam

kita semua tahu bahawa di negara bukan Islam, poligami adalah diharamkan kerana mereka berkata poligami merendahkan martabat wanita. yang hairannya ialah budaya perempuan simpanan tidak pula dikatakan sebagai merendahkan martabat wanita. satu kisah di mana seorang lelaki muslim berpoligami. dia menjalankan tanggungjawabnya dari segi nafkan dan tanggungjawab dengan baik. disebabkan poligami diharamkan, jadi dia pergi ke rumah isteri keduanya secara bersembunyi.

apabila hal ini diketahui oleh jirannya, jirannya membuat laporan polis. satu hari apabila dia pergi ke rumah isteri keduanya, dia telah diserbu oleh pihak polis kerana dituduh berpoligami. apabila disoal di rumahnya, lelaki muslim itu berkata "ini bukan isteri kedua saya, ini perempuan simpanan saya". pegawai yang melakukan serbuan itu berkata bahawa dia telah melakukan kesilapan kerana membuat serbuan dan meminta maaf kerana serbuan tersebut. lelaki muslim itu tidak diganggu lagi kerana dia memberi alasan bahawa di datang ke rumah perempuan simpanannya (mistress).

baru-baru ini ketika kempen anti islam memuncak di Perancis, seorang lelaki muslim telah ditangkap kerana mengamalkan poligami. di hadapan wartawan yang mengerumuninya, dia berkata bahawa Perancis mengharamkan poligami tetapi menghalalkan perempuan simpanan yang menjadi budaya masyarat. ini mendatangkan kemarahan masyarakat dan media Perancis kerana  menghebahkan budaya perempuan simpanan yang biasa dilakukan oleh golongan berada.
 

keburukan dan kebaikan poligami

ya, poligami ada mendatangkan masalah. kita lihat di media massa, poligami adalah satu hal yang sentiasa mendatangkan masalah. setiap masa kita dipaparkan melalui akhbar ataupun televisyen yang ramai pasangan berpoligami menghadapi masalah rumahtangga terutamanya dari segi perbalahan antara madu. beberapa perkara perlu dinyatakan di sini.

1. bukan poligami yang bermasalah, orang yang berpoligami yang bermasalah.
Allah tidak menghalalkan sesuatu yang memudharatkan manusia. yang disebabkan masalah yang dibuat oleh segelintir orang yang mempraktikkan poligami, maka kita secara borong mengatakan bahawa poligami membawa masalah. setiap hari kita mendengar orang mati disebabkan oleh kemalangan ketika menaiki kereta, saya tidak pernah mendengar orang menuduh kemalangan itu disebabkan oleh kereta yang dinaiki. sama dengan poligami. saban hari masalah yang kita baca di dada akhbar tentang poligami adalah datangnya dari orang yang mengamalkan poligami dan bukannya poligami itu sendiri. ramai orang yang mengamalkan poligami berada dalam keada bahagia tetapi tidak diwar-warkan oleh media massa.

2. media massa didalangi golongan anti poligami.
media massa banyak dipengaruhi oleh golongan feminisme dan liberal yang sudah lama tidak senang dengan sistem perkahwinan Islam. mereka sentiasa berkiblatkan barat dan ingin kita mempraktikkan cara hidup barat yang mana poligami tidak wujud. perkara yang kita lupa ialah walaupun poligami diharamkan dibarat, pintu zina dan amalan perempuan simpanan adalah perkara biasa di sana. kita menyusahkan poligami dan membuka pintu zina seluas-luasnya.

"Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik." surah at-taubah : 67

sesiapa yang menyatakan dalam poligami, semuanya indah adalah orang yang tidak berpijak di bumi yang nyata. ramai orang yang ingin berpoligami hanya memiliki satu tujuan untuk berpoligami iaitu untuk memenuhi nafsu kejantanannya. walaupun faktor ini tidak boleh diketepikan 100%, ianya juga tidak boleh dijadikan satu-satunya sebab seseorang itu berpoligami.

malangnya sesetengah kita yang sudah berkahwin terlalu terpesona apabila melihat seseorang wanita menyebabkan kita mengambil keputusan singkat untuk berpoligami sebelum melihat kepada beberapa faktor lain yang melayakkan kita untuk berpoligami. barangsiapa yang tahu betapa besarnya tanggungjawab orang yang mempraktiskan poligami, kemungkinan lunturlah nafsu dan keinginannya untuk berpoligami.

tanggungjawab apabila berpoligami

tanggungjawab setelah berpoligami adalah sangat besar. jika kita sudah merasa sukar untuk menguruskan satu keluarga, bayangkan kesukarannya dikali 2 apabila berkahwin seorang lain. di sini saya akan senaraikan beberapa sahaja tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang lelaki apabila berpoligami supaya kita berfikir panjang untuk perpoligami:

1. nafkah perlu diberikan kepada 2 keluarga dan bukannya satu jika berkahwin dua. sesiapa yang berpendapatan rendah wajib berfikir 10 kali sebelum menggatal untuk berpoligami. saya pernah berjumpa dengan seorang yang telah berpoligami tetapi memiliki masalah kewangan yang sangat rumit. tambah merumitkan keadaan apabila kedua-dua isterinya bergantung harap kepada pendapat suami mereka sahaja. dia terpaksa berhutang sana sini, kereta ditarik, dan terpaksa lompat dari satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain. sebaliknya saya juga ada berjumpa seorang lelaki yang sangat kaya raya tetapi terhalang untuk berpoligami kerana tentangan keluarga. dunia sudah terbalik.

pastikan anda seorang yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh sebelum walaupun hanya untuk berangan-angan untuk berpoligami. walaupun saya akan bercakap tentang kahwin misyar (tempat tinggal dan nafkah diuruskan oleh isteri) sebagai sebagai penyelesaian tentang hal ini, kahwin misyar tidak sepatutnya dijadikan jalan penyelesaian terakhir untuk berpoligami. ia hanya akan merendahkan martabat seorang suami. ia sepatutnya hanya digunakan apabila keperluan mendesak dan bukannya sebagai satu jalan pintas untuk berpoligami.

2. tanggungjawab keluarga dari segi pendidikan, keselamatan dan kasih sayang perlu diberikan secara penuh dan adil. tanggungjawab ini bukan sahaja untuk isteri-isteri tetapi juga kepada anak-anak hasil dari perkahwinan dengan isteri-isteri tersebut. biasanya bila berpoligami, jumlah anak yang diperolehi juga berganda. bayangkan saudara menjadi suami dan ayah yang menguruskan dua keluarga besar.

giliran bermalam juga perlu adil. dan ini adalah hal yang agak menyukarkan. bayangkan kita setiap masa perlu memikirkan untuk tidur di rumah yang mana. ini berlangsung selagi perkahwinan itu wujud. walaupun dibenarkan kita untuk singgah di rumah setiap isteri pada setiap hari, tempat tidur mestilah dilakukan dengan giliran yang adil. jika setiap rumah berdekatan tidak mengapa. tapi jika kedua rumah adalah berjauhan, bagaimana? mula-mula memang merasa nikmat berpoligami kerana dapat berkahwin dengan orang yang kita minat, tetapi lama-kelamaan dengan tanggungjawab yang berganda, adakah nikmat itu berkekalan? maksud saya di sini ialah berpoligami untuk mengejar wanita cantik tidak akan berkesudahan dan akan mendatangkan masalah kepada kita di kemudian hari.


"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)

apabila kita membawa satu keluarga berjalan-jalan di hujung minggu, kita juga perlu memikirkan untuk membawa satu keluarga yang lain pergi berjalan-jalan. jika kita membelikan pakaian hari raya untuk satu keluarga, kita juga perlu memikirkan untuk membelikan pakaian raya kepada satu kelauraga lagi. jika kita balik kampung bersama satu keluarga, kita perlu memikirkan untuk balik kampung dengan keluarga yang satu lagi. kesimpulannya ialah semua perkara yang kita lakukan perlulah difikirkan untuk memastikan kedua-dua buah keluarga mendapat layanan yang sama adil.

perlu dinyatakan disini bahawa sahabat rasulullah berpendapat 2 perkara yang tidak akan dapat diberikan keadilan ialah kasih sayang dan juga nafkah batin kerana memang mustahil untuk manusia untuk membahagikan kasih sayangnya dan tenaga seksnya secara betul-betul 50-50.

"Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (an-nisa : ayat 129)

ayat ini sudah memberikan jaminan bahawa kita tidak akan dapat berlaku adil kepada isteri-isteri kita walaupun kita sangat ingin kepada keadilan.

bukan tujuan untuk menakutkan

saya tidak menyenaraikan tanggungjawab poligami ini untuk menakutkan saudara-saudari sekalian. cuma senarai yang dinyatakan di sini aalah agar saudara berfikir panjang tentang tanggungjawab yang perlu ditanggung jika berpoligami. supaya kita tidak megambil poligami sebagai hal yang ringan dan hanya untuk memuaskan hawa nafsu seks sahaja. ramai orang yang akan memadamkan hasratnya untuk berpoligami apabila dia memahami betapa besarnya tanggungjawab apabila berpoligami. tanggungjawab yang terpaksa ditanggung adalah lebih besar daripada nikmat hubungan jantina yang diperolehi.

sebab itu saya tegaskan sekali lagi bahawa poligami menguntungkan wanita lebih dari lelaki. lelaki terpaksa bertanggungjawab kepada 2 keluarga (jika 2) dari segi nafkah zahir dan batin, kasih sayang, perlindungan, hiburan, keperluan dan lain lain lagi. sedangkan wanita pula berpeluang untuk memiliki keluarga dan memiliki anak-anak dengan jalan yang halal. Itu sebabnya saya pelik bila golongan wanita menentang poligami. Sepatutnya merekalah golongan yang mempertahankan amalan poligami. Malangnya kaum wanita diselubungi sifat mementingkan diri sendiri. Yang sudah bersuami menentang poligami kerana dia sudah keluar dari masalah dan yang menjadi anak dara tua mendiamkan diri kerana malu. Bimbang diri dikatakan terlalu gersang untuk berkahwin. Akibatnya 60,000  wanita islam di Malaysia sahaja menjadi anak dara tua yang jika perkara ini berlaku di zaman rasulullah, pasti rasulullah membela golongan ini dan tidak membiarkan mereka tidak berkahwin hingga tua.

Ramai yang berfikir yg paling ideal ialah seorang suami berkahwin dgn seorang isteri tetapi perlu diingat kita tidak berada di dunia yg ideal. Kita berada di dunia praktikal/sebenar. Dan dunia sebenar tidak berlaku seperti keluarga adam dan hawa yg mana mereka melahirkan anak kembar 2 lelaki dan perempuan dan di nikahkah secara bersilang. Dunia sekarang tidak seideal itu. Kaedah usul fiqh 'hukum berdasarkan suasana' mesti digunakan dalam hal ini.  

Walaupun hukum asal poligami adalah harus, ada masanya ia sunat bahkan wajib apabila keadaan maksiat sudah berleluasa dan zina sudah menjadi budaya. org yg rosak akhlak boleh berzina dn muslimah yg menjaga agama harus menjadi dara sampai tua? Dimana kerahmatan islam? Di mana ayat 'aku diutuskan utk membawa rahmat kesekian alam' mahu diletakkan? Islam adalah rahmat. Islam adalah kemudahan. Islam tidak pernah menyukarkan ummatnya. Yg menyukarkan ummatnya ialah ummatnya sendiri bukan islam.

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." surah ar-ruum: 41

Gejala anak dara tua bukan salah islam. Bukan salah Allah dan RasulNya. Ini kesalahan kita yang jahil dan bebal tentang agama. Kesalahan kita yg terpengaruh dgn fahaman barat dan agama lain.

Saya pernah berjumpa dgn seorang wanita yang berkata "saya benci kepada poligami". Saya agak pelik dan terkejut. 2 perkara. yang pertama, membenci suatu yang dihalalkan oleh Allah termasuk dalam membenci keputusan Allah. berhati-hati dengan perkataan. saudari boleh berkata "saya tidak mahu bermadu" tetapi tolong jangan kata "saya membenci poligami". yang ke dua, bila pula masanya seorang perempuan itu boleh berpoligami? Yang dibolehkan berpoligami hanyalah lelaki. Wanita haram berpoligami atau berpoliandri (wanita memiliki banyak suami). hatta wanita yang suaminya berpoligami sekalipun, dia hanya memiliki seorang suami. dia tidak berpoligami. Saya husnuzzan yang dimaksudkannya ialah "saya tidak mahu bermadu". Ayat Allah pada surat an-nisa ayat 3 di tujukan kepada lelaki dan bukannya perempuan.

"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." an-nisa : 3

ada juga yang apabila ditanya tentang poligami terus meminta cerai kepada suaminya. ingatlah hadith rasulullah:

"Dari Sauban r.a bahawa Rasulullah saw bersabda : "Mana-mana perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa ada apa-apa keuzuran syar'ie, maka haram ke atasnya bau syurga" (Riwayat : Abu Daud)

berpoligami bukan termasukkan uzur syar'ie atau kemaksiatan bahkan ianya adalah satu hal yang suci dan halal lagi digalakkan. uzur syar'ie di sini adalah seperti suami seorang penagih dadah, kaki pukul, tidak memberikan nafkah, seorang penzina dan sebagainya. si isteri itu mungkin boleh bercerai dengan suaminya disebabkan poligami, tapi adakah dia memperoleh kembali keizinan menghidu bau syurga selepas bercerai dengan suaminya?

Yang membezakan antara isteri yg bermadu dengan yang tidak bermadu hanyalah isteri tidak bermadu tidur dengan suaminya setiap hari dan isteri bermadu tidur dgn suaminya selang sehari (jika madu 2). Perlu diingat suami berpoligami dibolehkan mengunjungi semua isterinya setiap hari cuma tidak dibenarkan tidur bersama.

Mungkin ada org berkata ini berjumpa selang sehari ini tidak bagus kerana merenggangkan perhubungan. Tapi kalau merujuk buku 'man from mars and woman from venus' oleh pakar hubungan jantina dr john gray, jumpa suami selang sehari akan lebih merapatkan hubungan dan menghangatkan cinta dan duduk rapat setiap masa akan melemahkan cinta. sila baca bab "men are like rubber band" yang menceritakan bahawa salah satu kriteria lelaki ialah cinta mereka seperi getah gelung. bila berjauhan, cinta lelaki itu akan makin meningkat seperti getah gelung yang ditarik. tetapi apabila sudah berdekatan sangat lama, cinta kaum adam akan mula kurang 'regangannya'. buku ini adalah buku yang sangat menakjubkan tentang perbezaan dua dunia antara lelaki dan wanita. buku ini adalah antara buku terlaris di dunia.

Mengapa 30 tahun

Saya tidak cuba untuk membuat agama baru. Saya cuma memberikan pandangan yang tidak terkeluar dari batas syarak. Ingin saya ulang di sini islam tidak pernah meletakkan apa-apa syarat umur utuk berpoligami. Ini bermakna berpoligami dgn pelajar sekolah menengah adalah halal di sisi islam. Walaubagaimanapun fiqh aulawiyah mesti digunakan di sini. Di sebabkan kita berada di zaman yang ramai anak dara tua yang tidak berpeluang untuk berkahwin, di zaman jumlah wanitanya lebih banyak dari lelaki secara zahir atau simbolik (lihat perbahasan saya pada artikel sebelum ini), poligami sepatutnya digunakan utk menyelesaikan masalah ini sebelum poligami digunakan untuk kehendak individu.

saya sentiasa meletakkan umur 30 tahun dan ke atas sebagai umur di mana seorang wanita itu sepatutnya dipermudahkan untuk berpoligami tanpa sebarang halangan. agensi-agensi kerajaan dan ngo sepatutnya memastikan wanita islam pasa umur ini dipermudahkan untuk mendapat suami walaupun melalui jalan poligami. Saya berikan beberapa sebab mengapa saya secara peribadi memilih nombor 30:

1. Wanita memiliki jangka subur tertentu. Secara puratanya permulaan menopouse wanita adalah 40 tahun. Jadi setidak2nya 10 tahun diberikan masa untuk wanita itu berusaha memperolehi zuriat. Kalau saya meletakkan usia 35 tahun, maknanya hanya 5 tahun masa yg diberikan untuk mendapatkan zuriat, ini tidak adil.

2. Jika saya meletakkan usia 25 tahun atau lebih rendah, pasti ramai yg akan berkata bahawa umur ini terlalu awal utk dikira sebagai berada pada 'zon merah'.

3. Jika saya meletakkan pada usia 28 tahun, umur ini masih lagi berada di tengah-tengah di antara terlalu awal dan sudah lambat. Saya tidak mahu satu umur yang kontroversi. Jika ada org berkata umur 30 masih muda untuk berkahwin bagi wanita, org itu orang gila.

Jangan silap faham, saya tidak menyuruh sahabat berkahwin pada usia 30 tahun. Perkahwinan yg lebih awal adalah lebih afdal utk mengelakkan maksiat dan zina. Umur 30 tahun adalah umur yg perlu diberi perhatian dan usaha dari semua pihak secara bersungguh2 utk memastikan wanita tersebut berkeluarga. sebenarnya ramai wanita yang apabila berusia menjangkau 27 tapi belum nampak apa-apa tanda yang dia akan berkahwin sudah merasa cemas. kepada wanita-wanita ini saya mohon maaf kerana meletakkan usia 30 tahun sebagai usia yang harus dibantu dan bukan 27 tahun, saya tidak mahu meletakkan usia yang masih kontroversi. 

penulis artikel ini menghormati golongan yg tidak mahu bermadu semasa mencari jodoh dlm laman web ini dgn syarat mereka yakin poligami itu halal dan membawa kebaikan kepada manusia.
 

Tanggungjawab ahli baitulmuslim

di sini disenaraikan beberapa tanggungjawab yang seharusnya dilakukan oleh setiap muslim berkaitan perkara kekeluargaan:

tanggungjawab bapa

1. memastikan anak-anak mendapat pendidikan sempurna dunia dan akhirat dan bukannya pendidikan akademik sahaja

2. memastikan aliran tunai keluarga berjalan dengan baik dan menghindari pembelian barangan yang bermewah-mewah.

3. memastikan akhlak anak-anak dijaga dengan baik. pastikan anak-anak tidak bergaul lelaki-perempuan tanpa batas syarak.

4. berusaha mencarikan pasangan untuk anak-anak perempuannya dan tidak membiarkan anak-anak perempuannya berdandan dan keluar sendiri mencari pasangan

5. memastikan keluarga memiliki budaya ilmu. memastikan wujudnyan perpustakaan mini di rumah dan menggalakkan ahli keluarga membaca buku ilmiah.

6. jangan sekali-kali memanjakan anak-anak apabila mereka melakukan kesilapan. memanjakan anak-anak samalah dengan merosakkan perangai mereka.

tanggungjawab ibu

1. mendidik anak-anak dengan ilmu agama yang secukupnya

2. mendidik anak perempuannya dengan fiqh wanita, etika berpakaian, etika bergaul supaya menjadi muslimah yang solehah

3. dilarang memanjakan anak-anak hingga menyebabkan akhlak anak-anak menjadi rosak

4. menjaga anak-anaknya daripada bergaul dengan rakan-rakan yang jahat. rakan-rakan banyak mempengaruhi akhlak anak-anak.

tanggungjawab pemuda

1. cuba untuk mendapatkan pendidikan setinggi yang boleh bagi kesenangan masa akan datang.

2. melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu bagi menyara keluarga pada masa akan datang.

3. melengkapkan diri dengan ilmu agama dan ilmu kekeluargaan bagi memastikan diri dapat mentadbir keluarga dengan baik.

4. menjauhkan diri dari bergaul dan berdua-duaan dengan wanita bukan mahram.

5. mencari bakal isteri yang solehah kerana isteri yang solehah adalah harta paling berharga dan mengurangkan masalah apabila mendirikan rumahtangga.

tanggungjawab muslimah

1. menjaga pergaulan dengan bukan muhrim. pastikan pertemuan dengan bukan mahram mestilah disertai teman sudah dewasa dan pertemuan mestilah hal yang penting sahaja.

2. pemakaian mestilah mengikut syariat. longgar, tidak menunjukkan bentuk badan, tidak bersolek, tidak memakai wangian, hujung baju mestilah melepasi paras punggung, tudung mestilah melepasi dada dan perlu diingat kaki adalah aurat yang perlu ditutup.

3. menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang dengan mengamalkan membaca.

tanggungjawab penguatkuasa Islam

1.memperbanyakkan rondaan cegah maksiat ketika hari-hari seperti tahun baru, valentine dan lain-lain.

2. menubuhkan jawatankuasa cegah maksiat di setiap kampung, taman, kawasan tempat tinggal bagi memastikan penduduk setempat memainkan peranan dalam memantau gejala sosial yang berlaku di kawasan masing-masing.

3. mewujudkan Hari Kesedaran Gejala Sosial yang disambut di seluruh negara yang di dalamnya terdapat program kesedaran berpakaian halal, program kesedaran pergaulan bebas dan lain-lain lagi.

tanggungjawab pemilik atau pentadbir laman web/ blog

1. memperbanyakkan artikel kesedaran perihal perhubungan muda mudi dan kekeluargaan.

2. memaparkan link ke laman web kekeluargaan/cari jodoh Islam untuk memastikan pemuda dan pemudi mempunyai alternatif cara Islam dalam mencari pasangan hidup.

3.memperbanyakkan poster dan banner kesedaran pemakaian cara Islam dan kesedaran tentang haramnya pergaulan bebas.

4. berkerjasama dengan laman web/blog lain untuk melakukan aktiviti yang membawa ke arah memperbaiki institusi keluarga Islam. 

nikah khitbah (nikah gantung)

Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , kami menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .
 

An Nuur : Ayat 32


5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :
 

6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
 

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :



justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

oleh ustaz nasrudin hassan tantawi

 

Kahwin Misyar (nikah dengan keringanan kewajipan atas persetujuan)

Artikel asal bertajuk: Zawaj al-Misyar: Hukmuhu al-Shar’i, ditulis oleh Muhammad To’mah al-Qudhah, diterbitkan dalam www.ArabLawInfo.com

Definisi Kahwin Misyar:

Perkataan misyar berasal daripada perkataan arab sara, sira, sirah, tasayara, masar dan juga masirah. Ia bermaksud, berjalan dan perjalanan. Ia juga boleh diertikan sebagai pemergian.

Perkataan misyar sebenarnya ialah satu perkataan daripada bahasa dialek atau loghat (bahasa ammiyah) atau boleh juga disebut sebagai bahasa pasar yang digunakan di beberapa negara Teluk. Ia difahami sebagai: perjalanan dan tidak tinggal lama di sesuatu tempat (lihat: Yusuf al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar, Majallah al-Mujtama’ al-Kuwaitiyyah, bil 1301, 26/5/1977, hlm. 31, Majallah al-Syariah, bil. 392, bertarikh: 8/8/1998.

Definisi Misyar Dari Sudut Terminologi/Istilah:

Perkahwinan misyar ialah perkahwinan di mana pengantin lelaki tinggal di rumah pengantin perempuan tetapi pengantin perempuan tidak pula berpindah ke rumah pengantin lelaki. Ia selalunya berlaku ke atas isteri kedua kerana si lelaki mempunyai isteri lain (isteri pertama) yang tinggal di rumah si lelaki dan menerima nafkah daripada lelaki tersebut. (lihat: al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar)

Ia juga disebut sebagai pergi kepada si isteri tetapi tidak tinggal lama (ibid.)

Terdapat juga pandangan bahawa perkahwinan misyar ialah perkahwinan yang dibina dengan akad yang sah antara kedua-dua lelaki dan perempuan dengan adanya persepakatan tentang hubungan kelamin tanpa hidup sebumbung untuk tempoh yang berpanjangan.(Akhbar al-Dustur, 10/10/1998, tanpa nama penulis artikel)

Menurut Ahmad al-Tamimi, misyar ialah perkahwinan seorang lelaki dengan seorang perempuan dengan akad yang sah menurut syarak dan memenuhi rukun-rukunnya, tetapi pasangannya bertolak ansur dari segi tempat tinggal dan nafkah. (lihat: Usamah Umar al-Ashqar, Mustajiddat Fiqhiyyah fi Qadhaya al-Zawaj dan al-Talaq, hlm. 163)

Menurut Ibn Mani’, ianya ialah perkahwinan yang memenuhi semua syarat dan rukunnya, tetapi kedua-dua pasangan redha-meredhai dan bersetuju bahawa si isteri tidak mempunyai hak berkelamin (iaitu hak pembahagian giliran bermalam). Sebaliknya, ia bergantung kepada si suami, jika dia mahu menziarahi isterinya pada bila-bila masa atau waktu. (ibid.)

Sebagai kesimpulan:

Perkahwinan misyar dibina berasaskan tolak ansur antara kedua-dua suami isteri mengenai tempat tinggal, nafkah, pembahagian giliran bermalam antara isteri-isteri dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam perkahwinan ini, si isteri tetap memerlukan seorang suami untuk menyayanginya, melindunginya, memberikan perhatian dan kasih sayang dan dia tidak memerlukan harta dan rumah kerana telahpun memilikinya.

Oleh itu, perkahwinan misyar ialah: Akad perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang dihalalkan oleh syarak untuk berkahwinan dengan wujudnya tolak ansur si isteri daripada beberapa hak tertentu.

dari blog drhasanah.com

Tambahan:

1. salah satu dalil yang digunakan oleh ulama sunni untuk membenarkan kahwin misyar ialah hadith dari Imam bukhari:

“ Sawdah telah memberikan giliran beliau kepada Aisyah dan Rasulullah telah bermalam bersama Aisyah dengan giliran beliau dari Sawdah ”.

Ini bermaksud isteri boleh memberikan kebenaran kepada suaminya untuk tidak berlaku adil (sekali lagi, dengan kebenaran) dari segi tanggung jawab. Ini termasuklah tanggungjawab nafkah, giliran bermalam dan lain-lain (sekali lagi diulang - dengan kebenaran).

Kahwin Misyar bukan kahwin mut'ah (kahwin kontrak). kahwin mut'ah diharamkan oleh ulama sunni dan dibenarkan oleh kumpulan syiah.

2. Kahwin misyar tidak semestinya untuk orang berpoligami. Kahwin misyar juga boleh untuk orang yang berkahwin dengan satu pasangan sahaja yang mana si suami tidak dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik dari segi tinggal bersama, nafkah, tanggungan dan sebagainya.

3. kahwin misyar tanpa sebarang keuzuran hanyalah akan merendahkan martabat seorang lelaki. Eloknya bila keadaan sudah menjadi baik, maka bertukarlah kepada suami yang bertanggungjawab seperti biasa.

4. kita sangat yakin bahawa seorang suami yang dapat memberikan nafkah dengan sempurna dan boleh memberikan tanggungjawap tentang giliran (bagi yang berpoligami) dan tinggal bersama adalah yang terbaik. Walau bagaimanapun di dunia yang sebenar, ramai orang yang memiliki kekurangan. Islam masih mahu pintu perkahwinan dibuka walaupun terdapat masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Ini untuk memastikan setiap muslim berpeluang untuk mendirikan keluarga.