soalan penting

Mengapa perlu sesi takruf?

ada orang yang beranggapan bahawa mereka hanya perlu takruf (berkenalan) sesama sendiri tanpa perlu bantuan luar. mereka merasakan sudah cukup dengan melihat borang yang di isi oleh calon dan perhubungan melalui private messaging yang disediakan oleh baitulmuslim.com.

kepada mereka ini ada beberapa nasihat ingin diberikan:

1. hanya melihat borang yang dihantar oleh calon dan berkenalan melalui private messaging yang disediakan oleh baitulmuslim.com adalah jauh daripada mencukupi untuk berkenalan dengan seseorang yang mungkin kita ingin jadikan sebagai teman hidup.

apakah terma/perjanjian bagi calon cari jodoh?

1. saya mengakui bahawa semua maklumat yang saya nyatakan disini adalah benar dan tidak ada sebarang pemalsuan yang dibuat. saya sanggup menerima tindakan undang-undang jika maklumat yang saya berikan adalah tidak betul.

2.saya bersetuju bahawa pihak baitulmuslim.com tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah yang dihadapi ketika menyertai carian jodoh dan selepasnya. semua masalah adalah atas tanggungjawab saya sendiri.

3. saya berjanji TIDAK AKAN memberitahu atau menunjukkan kepada sesiapa sekalipun apa-apa maklumat atau gambar yang saya perolehi daripada program cari jodoh baitulmuslim.com. saya mengaku semua maklumat disini adalah sulit dan persendirian.

4. saya bersumpah bahawa tujuan saya mengisi borang ini adalah untuk mencari jodoh dan bukannya main-main atau hanya sekadar kerana hendak melihat gambar yang dipamerkan. 
 

Bagaimana cara menyertai program cari jodoh

 

RINGKASAN PROGRAM CARI JODOH

1. daftarkan diri di baitulmuslim.com

2. Isi Borang Calon Cari Jodoh selepas login.

3. lihat senarai calon di Menu Utama >  Calon Lelaki / Calon Wanita

4. Gunakan ruangan 'hantar mesej' atau 'kirim salam'

5. isi borang takruf jika mahu bertakruf

Syndicate content