apakah sesi takruf dan bagaimana untuk dilakukan?
ramai yang masih tidak memahami sesi ta'ruf. jika sahabat berada di universiti dan selalu berhubung dengan perkumpulan di universiti, sahabat mungkin akan mendapat gambaran apa itu sesi ta'ruf kerana mereka selalu melakukannya untuk carian jodoh.
pengenalan sesi ta'ruf
sesi ta'ruf adalah sesi suai kenal. selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berjumpa, penta'ruf akan menetapkan satu tempat dan masa yang sesuai dan mereka bertemu di sini. biasanya adalah tempat yang selesa untuk berbincang seperti masjid, kelas, tempat makan yang sunyi dan sebagainya. pihak muslimah mestilah ditemani oleh seorang sahabat atau mahramnya.
bagaimana mengajak ke sesi takruf?
berhubung melalui medium yang disediakan oleh baitulmuslim.com. apabila kedua pihak sudah bersetuju untuk bertakruf, sila isi borang takruf. selepas pembayaran untuk sesi takruf dibuat, pihak baitulmuslim.com akan melantik pentakruf untuk menguruskan sesi takruf tersebut.
di dalam sesi ta'ruf ini. kedua-dua pihak akan menceritakan dengan panjang lebar tentang diri mereka. jika terdapat apa-apa sahaja soalan akan ditanya dan dijawab dalam sesi ta'ruf ini tidak kiralah sama ada soalan itu sulit atau tidak.
boleh juga diberikan soalan sulit itu kepada penta'ruf sebelum sesi ta'ruf, ini bagaikan penta'ruf yang bertanyakan soalan. sebab sememangnya penta'ruf sendiri akan bertanyakan beberapa soalan yang telah ditetapkan oleh baitulmuslim.com semasa sesi ta'ruf. soalan yang telah ditetapkan ini akan membolehkan setiap pihak mengenali pihak yang lain dengan lebih mendalam.
selepas sesi ta'ruf
selepas masing-masing sudah berpuas hati, mereka kembali ke tempat masing-masing dan akan diberikan tempoh yang dipersetujui semasa sesi ta'ruf untuk memberikan jawapan. jika semasa sesi ta'ruf dipersetujui masa 4 minggu, maka selepas 4 minggu penta'ruf akan menghubungi kedua-dua pihak untuk mendapat jawapan. jangan sekadar jangka masa, TARIKH keputusan juga mesti ditetapkan. ini bagi memudahkan kita memahami bilakah waktu sebenar keputusan akan diberikan.
sahabat juga mungkin memerlukan masa sebulan untuk memberikan keputusan jika sahabat merasakan perlukan maklumat yang lebih banyak atau perlu berbincangn dengan orang terdekat.
jika keputusan sudah ada lebih awal, hubungi penta'ruf dan penta'ruf akan hubungi pihak satu lagi. bergantung kepada pihak satu lagi sama ada mahu terus memberikan keputusan atau masih berpegang kepada masa yang telah ditetapkan. jika lanjutan masa diperlukan,hal yang sama perlu diberitahu kepada penta''ruf.
jika sudah bersetuju
jika kedua-dua pihak bersetuju, maklumat perhubungan akan diberikan kepada mereka dan mereka hendaklah meneruskan perhubungan dengan cara yang diajar oleh Islam hinggalah mereka berkahwin. selepas sesi ta'ruf inilah masa untuk mereka lebih kenal tapi bukan dengan cara yang diamalkan oleh ramai orang muda sekarang. mereka tidak boleh bertemu melainkan muslimah itu ditemati rakan, tidak boleh menelefon dengan tujuan untuk bersembang atau bergayut melainkan jika ada hal-hal mustahak.
mengenal dengan lebih dekat
inilah masanya mereka memberitahu keluarga mereka dan mendapatkan persetujuan keluarga untuk berkahwin. keluarga mereka pula bolehlah mula melakukan risikan. risikan disini bukan hanya bermaksud merisik keluarga untuk bertunang. merisik adalah perbuatan yang luas maknanya. merisik juga boleh bermaksud kita bertanya kawan atau jiran orang yang kita ingin kahwini bagaimanakah akhlaknya dan ciri-ciri lain. itulah cara kita mengenalinya dengan lebih lanjut.
bukannya cara mengenal yang dilakukan muda-mudi sekarang; berdua-duaan, bersentuhan dan berbual mesra dalam telefon sebelum berkahwin. perlu diingat, dengan mengenal cara begini, orang yang ingin kita kenal itu 'pijak semutpun tak mati'. bahaya dating ialah kita dikaburi oleh kemesraannya hingga kita lupa untuk menilai kualiti sebenar yang kita inginkan dari seorang pasangan; agama, akhlak, pemakaian, dan ciri-ciri lain.
jangan serahkan apa-apa maklumat perhubungan semasa sesi ta'ruf. ini memastikan supaya sahabat tidak diganggu semasa berfikir untuk memberikan keputusan dan jika keputusannya ialah 'tidak', sahabat tidak akan diganggu juga selepas itu.
sesi ta'ruf susulan
tujuannya ialah supaya jika masih banyak persoalan dan penerangan yang perlu dibuat, maka sesi ta'ruf kali kedua dan seterusnya akan dapat membantu untuk membuat keputusan yang lebih baik.
sesi ta'ruf susulan sebenarnya banyak dilakukan oleh pihak-pihak yang biasa melakukan sesi ta'ruf. perlu diingat, memilih pasangan adalah satu keputusan penting. jadi sesi ta'ruf susulan sangatlah membantu. tambahan pula kebanyakkan pasangan yang berta'ruf melalui baitulmuslim.com masih belum mengenali satu dengan yang lain dengan mendalam.
Peringatan:
program cari jodoh baitulmuslim.com ada PERCUMA. semua perkhidmatan berbayar dalam laman web ini adalah perkhidmatan tambahan. sahabat boleh memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan tambahan ini.
sila nyatakan cadangan jika perlu.
- admin's blog
- Login or register to post comments
- 144 reads

Comments
ummuaiman
salam,adakah tmpt bertaaruf tu pihak bm yg tentukan?bagaimana kalau masing2 tinggal di tmpt jauh?utara-selatan?pentaaruf pulak bukan di kawasan berhampiran,
Wednesday 29 April 2009, 02:26
admin
terima kasih atas soalan. kami masih dalam proses mencari penta'ruf bagi setiap negeri. ketika posting ini, penta'ruf masih belum terdapat di setiap negeri. jadi ta'ruf mungkin boleh diaturkan pada negeri yang terdekat. jika utara dan selatan, mungkin negeri tengah adalah sesuai.
walaubagaimanap un, jika penta'ruf ada di kedua-dua negeri, negeri yang menjadi tempat tinggal muslimat akan diberikan keutamaan untuk membuat ta'ruf.
Wednesday 29 April 2009, 03:57
ummuaiman
bagaimana cara pihak bm menghubungi calon? melalui email atau phone call?
Thursday 30 April 2009, 17:49
admin
biasanya melalui email. jika kali pertama tidak berjawab, kami akan emailkan buat kali ke dua.
mungkin sms atau call boleh dilakukan mengikut kesesuaian. tapi 2 kali email memang biasa dibuat.
Thursday 30 April 2009, 18:00
admin
selepas ini kami akan hantar 2 email dan 1 sms. jika tiada juga jawapan, anggaplah orang yang diajak ta'ruf tidak berminat
Tuesday 05 May 2009, 01:47
zuraidah muda
bila agaknya nk dpt jodoh
Monday 20 July 2009, 19:35
fidah
ada setengah pihak mengganggap taaruf ni serius, apakah peranan para pentaaruf agar taaruf yang pertama sampai kejinjang perkahwinan... kerana ada sesetengah pihak terasa terianaya dan seperti dipermainkan perasaannya selepas sesi taaruf...
Thursday 13 August 2009, 04:33
admin
kita sudah memperingatkan bahawa sesi ta'ruf adalah sesi perkenalan sahaja. kita peringatkan dalam email yang kita hantar masa proses mengajak ta'ruf dan juga dalam website baitulmuslim.com. kami tidak boleh menghalang sesiapa yang ingin menganggap serius sesi ta'ruf sebab perasaan hati tidak dapat dibaca. tapi sekali lagi kami ingin beritahu di sini, sesi ta'ruf adalah sesi perkenalan sahaja. keputusan untuk meneruskan perhubungan atau tidak adalah selepas itu.
Sunday 16 August 2009, 18:52
left_hand
jual mahal manekan x jumpe jodohnye....
Tuesday 13 October 2009, 18:23
nurharizan
saya sebenarnya tak tahu camne nak bertaaruf... adakah perlu isi borang atau camne
Tuesday 01 September 2009, 03:56
admin
minta maaf. saya rasa semuanya telah diterangkan pada artikel ni secara mendalam. bahagian mana yang tak faham?
Wednesday 02 September 2009, 08:06
left_hand
apakah yg dimaksudkan dgn keputusan setelah selesai sesi takruf?
adakah ia keputusan untuk berkahwin atau lain2??
Tuesday 29 September 2009, 20:23
left_hand
ape yg dimaksudkan perantaraan keluarga..
adakah pihak BM sendiri akan menghubungi keluarga calon ke2 belah pihak?
Wednesday 30 September 2009, 20:39
admin
tak. itu cadangan kami. sebab berdua-duaan adalah haram semasa perhubungan sebelum berkahwin.
Wednesday 30 September 2009, 20:58
left_hand
Bagaimana dan sejauh mana pihak BM dpt mengenal pasti calon2 tidak keluar berdua2?
Adakah pihak BM perlu dimaklumkan terlebih dahulu jika kami ingin berjumpa atau berhubung?
Thursday 01 October 2009, 17:56
admin
bukan keputusan berkahwin. keputusan untuk meneruskan hubungan SECARA ISLAM. melalui perantaraan keluarga.
Saturday 03 October 2009, 05:22
left_hand
Bagaimana dan sejauh mana pihak BM dapat memastikan calon2 tidak keluar berdua2an?
Selain itu, adakah perlu calon memaklumkan terlebih dahulu kepada BM jika mereka ingin berhubung atau berjumpa?
Friday 02 October 2009, 20:28
admin
kami tidak pernah terfikir untuk menjengok setiap tingkah laku sahabat calon baitulmuslim. mereka sudah bersetuju dengan syarat baitulmuslim. selebihnya kita serahkan kepada Allah.
perhubungan sama ada sebelum takruf atau selepas perlu dijaga dan sepatutnya mengikut syariat. apa yang kita lihat muda-mudi lakukan sekarang adalah budaya yahudi dan kristian.
Saturday 03 October 2009, 05:19
nur_qamr
biasanya di mana tempat takruf diadakan??? di masjid ke taman bunga ke perpustakaan ke?
Tuesday 13 October 2009, 18:50
admin
biasanya di masjid. perpustakaan juga tempat yang sesuai.
Wednesday 21 October 2009, 21:40
1.memastikan setiap muslim berkeluarga
2. memastikan keluarga muslim baik dari semua aspek
Macam mana kalau salah seorang calon berada di luar negara, bolehkah taaruf dijalankan secara online?
kami belum ada teknologi untuk menguruskan takruf secara online. sila lakukan takruf sendiri dan jaga batas pergaulan.
1.memastikan setiap muslim berkeluarga
2. memastikan keluarga muslim baik dari semua aspek