apakah silap faham dalam baitulmuslim.com?
di sini akan disenaraikan beberapa silap faham dalam baitulmuslim.com dan kami berharap sahabat sekalian dapat menjauhi silap faham ini.
baitulmuslim.com adalah laman web cari jodoh muslim
baitulmuslim bermaksud rumah muslim/ keluarga muslim. apa sahaja dari proses mencari pasangan, berkahwin, urusan rumah tangga (kewangan, hubungan suami isteri dll), pendidikan anak-anak dan pergaulan keluarga adalah perkara yang di sentuh dalam baitulmuslim.com. program carian jodoh hanyalah sebahagian daripada program yang dilakukan oleh baitulmuslim.com.
baitulmuslim.com hanya untuk orang alim sahaja.
tidak betul.cuma kami menetapkan untuk program carian jodoh, kami berharap orang yang menyertainya adalah orang yang menjaga agama. jika sahabat melakukan semua perkara fardhu termasuk solat, menutup aurat dan tidak mengamalkan pergaulan bebas, sahabat sudah dikira sebagai menjaga agamadan tidak semestinya yang berjubah atau memakai tubung labuh.
baitulmuslim.com hanya untuk sesetengah organisasi Islam sahaja
tidak betul. baitulmuslim.com adalah laman web untuk orang awam. tidak kiralah sama ada sahabat ABIM, JIM, PAS, TABLIGH, WAHABI (mengikut turutan abjad) dan lain lain lagi, sahabat dialu-alukan menyertai baitulmuslim.com. walaubagaimanapun sahabat boleh membina kumpulan gerakkerja atau kumpulan cari jodoh sendiri mengikut kumpulan yang disukai. sahabat boleh memohon untuk menjadi pengurus kepada kumpulan yang dibina sendiri.
baitulmuslim.com sama sahaja dengan facebook, friendster, dan laman web komuniti lain
tidak betul. program cari jodoh baitulmuslim.com tidak sepatutnya disalahgunakan untuk bersembang kosong dan bergurau senda. ruangan message sesama calon sepatutnya hanyalah digunakan untuk mengucapkan salam, pertanyaan dan mengajak takruf.
dia mengajak saya takruf, ini bermakna dia memang hendak kahwin dengan saya.
seperti yang dikatakan sebelum ini, sesi takruf adalah sesi perkenalan sahaja. mengajak takruf tidak bermakna bersetuju untuk berkahwin. orang yang mengajak bertakruf berhak untuk meneruskan perhubungan atau tidak dan pihak sahabat TIDAK BERHAK untuk bertanya lebih lanjut jika tidak ada jodoh. kami perlu tekankan lagi di sini kerana bimbang jika ada orang yang menganggap sesi takruf adalah serius.
memberitahu keluarga tentang sesi takruf adalah atas risiko sendiri. ini kerana ada keluarga yang berfikiran terbuka dan ada keluarga yang tidak boleh menerima keputusan yang negatif. jika ada apa-apa masalah yang timbul selepas sesi takruf sama ada masalah sediri atau melibatkan keluarga, jangan libatkan pentakruf dan calon yang bertakruf dengan sahabat. sesi takruf adalah sesi perkenalan sahaja.
saya sudah banyak habiskan masa dan wang ringgit datang ke sesi takruf, tapi keputusannya mengecewakan.
negeri bertakruf diputuskan dalam perbincangan antara sahabat dan pasangan takruf. ini melibatkan persetujuan kedua belah pihak. walau apapun keputusan sesi takruf, soal kepayahan untuk hadir ke tempat takruf tidak sepatutnya dipersoalkan.
daerah dan tempat takruf ditentukan oleh pentakruf. ini kerana kami tidak mahu menyukarkan pentakruf yang hanya bertindak sebagai orang tengah.
dia sudah bersetuju selepas sesi takruf, ini bermakna dia setuju untuk berkahwin dengan saya.
TIDAK BETUL. sudah banyak kali kami ulang, jika sahabat mendapat keputusan bahawa pasangan takruf sahabat bersetuju, ITU BERMAKNA BERSETUJU UNTUK MENERUSKAN PERHUBUNGAN MELALUI MEDIUM KELUARGA dan BUKANNYA BERSETUJU UNTUK BERKAHWIN.
berbincangan dengan keluarga adalah penting selepas sesi takruf. elok jika digunakan masa sebelum membuat keputusan (cooling off period) untuk berbincang dengan ahli keluarga. dan jika kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan perhubungan, elok kiranya masing-masing berjumpa keluarga masing-masing untuk perbincangan yang lebih lanjut. Persetujuan pihak keluarga terutamanya ayah dan ibu adalah sangat penting untuk memastikan perhubungan yang dibina berkekalan.
adalah tidak adil dan tidak bijak menjadikan sesi takruf yang hanya berlangsung dalam 2 jam sebagai kayu ukur untuk menentukan pasangan hidup. perbincangan dengan ahli keluarga adalah penting terutamanya di pihak muslimah. BERSETUJU selepas sesi takruf sebenarnya adalah:
BERSETUJU UNTUK MENERUSKAN PERHUBUNGAN MELALUI KELUARGA
dan bukannya
BERSETUJU UNTUK BERKAHWIN.

