apakah terma/perjanjian bagi calon cari jodoh?
1. saya mengakui bahawa semua maklumat yang saya nyatakan disini adalah benar dan tidak ada sebarang pemalsuan yang dibuat. saya sanggup menerima tindakan undang-undang jika maklumat yang saya berikan adalah tidak betul.
2.saya bersetuju bahawa pihak baitulmuslim.com tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah yang dihadapi ketika menyertai carian jodoh dan selepasnya. semua masalah adalah atas tanggungjawab saya sendiri.
3. saya berjanji TIDAK AKAN memberitahu atau menunjukkan kepada sesiapa sekalipun apa-apa maklumat atau gambar yang saya perolehi daripada program cari jodoh baitulmuslim.com. saya mengaku semua maklumat disini adalah sulit dan persendirian.
4. saya bersumpah bahawa tujuan saya mengisi borang ini adalah untuk mencari jodoh dan bukannya main-main atau hanya sekadar kerana hendak melihat gambar yang dipamerkan.
5. saya akan mengisi borang keluar calon dengan segera jika saya sudah bertemu pasangan hidup.
6. saya tidak akan berdua-duaan (dating) tanpa ditemani mahram, bercinta melalui telefon atau apa-apa perhubungan yang dilarang di dalam Islam hinggalah saya berkahwin dengan pasangan saya.
7. saya bersetuju untuk meletakkan maklumat saya sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
- admin's blog
- Login or register to post comments
- 337 reads
