baitulmuslim di institusi perguruan

No replies

seorang sahabat menghantar email:

Saya ada mendengar tentang baitul muslim nie dan saya mahu baitul muslim nie wujud di Institut Pendidikan Guru.. Bagaimana saya boleh dapatkan maklumat lanjut ?

jawapan:

inilah antara sebab terbesar kami berpindah sistem kepada yang terbaru dalam versi ke 3. walaupun ianya memenatkan dan lebih kompleks dari yang sebelumnya, versi kali ini menawarkan beberapa kelebihan yang tidak terdapat pada versi sebelumnya.

kami memang menggalakkan sesiapa sahaja membina kumpulan baitulmuslim sendiri. ini bermakna jika sahabat berada di universiti/maktab, sahabat boleh memohon untuk membina kumpulan baitulmuslim sendiri dalam laman web ini. ini bermakna sahabat boleh meminta orang yang berminat untuk mencari jodoh menyertai kumpulan cari jodoh yang diuruskan oleh sahabat sendiri.

sahabat boleh memilih sama ada mahu menjadikan kumpulan cari jodoh sahabat sebagai "umum", atau "disertai dengan kelulusan" atau "disertai dengan ajakan sahaja". sahabat boleh memilih sama ada sahabat mahu kumpulan cari jodoh sahabat dapat dilihat oleh mengunjung laman web ini atau tidak dapat dilihat atau "private".

sila nyatakan sebarang persoalan di sini dan saya bersedia menjawabnya.

1.memastikan setiap muslim berkeluarga
2. memastikan keluarga muslim baik dari semua aspek