bertudung tetapi berpakaian ketat

satu budaya malang yang menimpa wanita islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang. adakah ini bermakna kiamat sudah dekat? ramai pemudi islam yang berpakian hanya mengikut fesyen sedangkan ianya bertentangan dengan Islam. malang lagi apabila mereka menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat. sedangkan apa yang mereka lakukan hampir sama dengan HANYA memakai tudung. Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahwa ketika Asma' binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma' sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah saw. memalingkan muka seraya bersabda: "Wahai Asma'! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ..." (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).