Bina kumpulan sendiri

terdapat 2 jenis kumpulan yang sahabat boleh bina:

1. KUMPULAN CARI JODOH

jika sahabat adalah penggerak baitulmuslim di universiti atau orang yang ingin membina kumpulan cari jodoh bagi kawasan, organisasi, tempat kerja dan sebagainya, sahabat boleh melakukannya di baitulmuslim.com dan perkhidmatan ini adalah percuma. sebagai contoh jika sahabat adalah ajk baitulmuslim di universiti dan ingin membina sistem cari jodoh antara universiti, sahabat boleh melakukannya di baitulmuslim.com. caranya ialah:

- daftar sebagai ahli baitulmuslim.com

- emailkan kepada info@baitulmuslim.com dan nyatakan hasrat untuk membina kumpulan cari jodoh.

- kami akan sediakan tapak kumpulan maya untuk sahabat membina kumpulan dan menaiktaraf sahabat sebagai admin bagi kumpulan itu.

- sahabat boleh mula mengajak ahli kumpulan/organisasi/kawasan sahabat untuk menyertai kumpulan cari jodoh yang sahabat uruskan.

kumpulan ini boleh dipilih sama ada sebagai umum atau persendirian. sahabat boleh memilih apa sahaja nama dan kami tidak kesah sahabat daripada universiti mana atau dari organisasi mana atau dari kawasan mana. yang penting bagi kami ialah urusan cari jodoh dapat dipermudahkan.

2. KUMPULAN PERBINCANGAN

sahabat boleh membina kumpulan perbincangan persendirian yang menggunakan forum persendirian, artikel dikalangan kumpulan sahaja dan lain-lain kemudahan. contoh orang yang boleh membina kumpulan perbincangan sendiri ialah kumpulan muslimah, kumpulan poligami, kumpulan peguam syariah, kumpulan kaum ibu atau kaum bapa, dan lain-lain lagi kumpulan yang boleh difikirkan. caranya ialah sama dengan membina kumpulan cari jodoh.

persoalan atau pendapat boleh diajukan di ruangan comment di bawah.

 

 

Comments

sasmamajid1's picture

salam..

saya masih xfaham cara utk gunakan ne virsion utk masuk dlm website baitulmuslim..kalo dulu boleh tgk calon2 yg ada...tp skang xtau mcna nk cr...harap dpt membantu..sekian trima kasih...

admin's picture

sebenarnya soalan ini sudah dijawab di FAQs. sila baca FAQs dan sila detailkan bahagian mana yang tidak difahami.

secara ringkasnya :

daftar > join kumpulan > isi borang calon > hantar message pada bahagian bawah profile ahli...

tlg nyatakan bahagian mana yang tidak difahami?

1.memastikan setiap muslim berkeluarga
2. memastikan keluarga muslim baik dari semua aspek