formula gejala sosial

ramai orang yang kebingungan tentang masalah sosial yang teruk melanda masyarakat Islam sekarang. sebenarnya penyelesaian kepada masalah ini mudah sahaja. soalnya ialah sama ada kita mahu atau tidak untuk menyelesaikan masalah ini. kebanyakkan kita hanya membiarkan sahaja perkara ini berlaku dan kemudian mempersoalkan mengapa ianya berlaku. poster ini memberikan penjelasan ringkas bagaimana gejala sosial boleh berlaku dan bagaimana untuk memastikannya supaya tidak berlaku.

sebenarnya kebanyakkan muda mudi Islam kita bukanlah jahat tetapi jahil. mereka mengikut sahaja apa budaya yang ada di hadapan mata mereka tanpa memilirkan sama ada ianya daripada Islam ataupun tidak.

 

Comments

cikgu ayu's picture

Assalamualaikum...

yer ana bersetuju..
keadaan ini ana boleh lihat di sekolah tempat ana mengajar sendiri...
pelajar-pelajar suka mencuba benda-benda yang baru..
sehingga mereka tidak dapat membezakan samada ia benar atau salah di sisi agama..

bagi mereka jika tiada siapa yang tegur mungkin ia satu perkara yang betul..
justeru marilah kita sama-sama membanteras gejala sosial ini...
agar generasi-generasi pelapis ini terhindar dari perkara-perkara sebegini...
amin...

http://ayu-pilihanku.blogspot.com

'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah'

jauhi's picture

Assalamu'alaikum,

Saya percaya tak cukup sekadar itu sahaja. Macam mana dengan vcd2 lucah, website2 lucah? Bukankah itu menyumbang kepada zina dan anak luar nikah juga? Tak semudah itu untuk hapuskan... Percampuran lelaki perempuan tak dibolehkan? Kena detailkan bagaimana, baru boleh tau boleh apply atau tak. Itu untuk gejala sosial yang berkenaan dengan gejala zina dan anak luar nikah sahaja. Bagaimana dengan gejala-gejala sosial yang lain? Rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa, dadah, rempit, ragut, rogol, pelacuran, merompak, kongsi gelap, along, buli.. huh, banyak betul masalah sosial..

cikgu ayu's picture

Alllah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri..
kita diberi akal untuk berfikir mana yang baik dan buruk..
maka kita seharusnya bertindak mengikut akal yang waras bukan nafsu semata-mata...
jika keseronokan dunia yang ingin dicari maka inilah yang kita dapat lihat sekarang..
pergaulan bebas, masalah zina dan sebagainya..
hindari diri anda dari terjebak dengan gejala yang tidak sihat yang akhirnya boleh merosakkan diri antum sendiri.

'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah'