Keselamatan anda keutamaan kami

Sahabat baitulmuslim.com sekalian,

Baitulmuslim.com diwujudkan atas tujuan untuk memastikan berlaku perkenalan diantara muslimin dan muslimat yang mengikut cara Islam. Tapi kami faham yang kelonggaran perlu diberikan untuk memudahkan sahabat-sahabat semua berkenalan.

Walaubagaimanapun, adalah satu harapan besar kami supaya sahabat-sahabat semua berhati-hati di internet. Kami tidak mahu baitulmuslim.com yang fungsinya sebagai medium cari jodoh Islam akhirnya bertukar menjadi sebaliknya bagi pihak sahabat semua. Kita telah banyak mendengar cerita-cerita pelik di akhbar tentang golongan yang mengambil kesempatan di internet. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah yang saudara/i hadapi di baitulmuslim.com.

Jangan berikan maklumat perhubungan anda kepada orang lain seperti email, no telefon alamat, akaun FB dan sebagainya melainkan sahabat benar-benar yakin. Semua maklumat perhubungan yang dimasukkan ke dalam borang cari jodoh baitulmuslim.com hanyalah untuk kegunakan pihak pengurusan. Sahabat boleh berhubung dengan medium Private Messaging dengan selamat tanpa maklumat perhubungan sahabat diketahui oleh pihak lain melainkan sahabat sendiri yang memberikannya. (masih ada banyak cara lain untuk orang lain mengetahui maklumat perhubungan sahabat di internet jika sahabat sendiri meletakkannya di website, blog, social media dan sebagainya)

Kami tidak menerima sebarang laporan tentang golongan yang cuba mengambil kesempatan di baitulmuslim.com buat masa ini  dan kami doakan tiada laporan yang diterima. Peringatan ini adalah sebagai proses berjaga-jaga bukan hanya di baitulmuslim.com tetapi juga semua medium internet dan website yang ada sekarang. Ini kerana saudara/saudari sendirilah yang bertanggungjawapan atas keselamatan diri.

Berhati-hati jika diajak berjumpa. Seeloknya jangan berjumpa jika hanya sekadar hendak berkenalan.  Sahabat sudah boleh berkenalan di internet, berjumpa untuk peringkat akhir keputusan berkahwin.  Anda wajib ditemani mahram. Kami sekali lagi sangat menggalakkan sahabat semua menggunakan Sesi Takruf yang baitulmuslim.com sediakan untuk memastikan perkenalan berjalan dengan berkesan dan lebih menjaga maruah. (Sesi Takruf bukan perjumpaan 'wajib jadi'. Ia adalah perjumpaan terakhir sebelum memberikan keputusan untuk meneruskan perhubungan ataupun tidak).

Artikel ini tidak bertujuan untuk menakutkan saudara dan saudari. Kebanyakkan orang yang menyertai baitulmuslim.com adalah orang yang boleh dipercayai. Cuma kita hendak menghindari dari sebarang masalah pada masa akan datang. Sebarang masalah yang ditimbulkan oleh peserta cari jodoh baitulmuslim.com sila laporkan kepada info@baitulmuslim.com supaya tindakan boleh diambil.