Lebih Mengutamakan Pasangan Yg Tidak Merokok.
Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.
Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.
Ini atas beberapa alasan;
1) Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
2)Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
3)Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
4)Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
5)Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.
Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.
sukar nyer nk memujuk lelaki berhnti smoking...............
mmg pun...huhu tp kalu la ni pn xbjaya pujuk...jgn hrp la pas kawen depa nk ikut ckp kita stop rokok...huhu=p
lelaki yg smikng ler berubah...tp bergntung pade diri mreka sndiri...lagipun merokok mmebahyakan,,,,,mrk ler pk yg terbaik
Ustazah Zarahwani n Hanani tak perlu risau + bimbang coz saya nie tak merokok....hee..hee..heee...
...
tp ra,mai pmuda skg yg suke merokok.,,,,,,elok akhlak tp merokok,,,,da jtuh akhlaknyer,,,,(pade sy) xpd wanita lain..................
cik nani, dah ramai yang tak merokok skang..jgn risau..lagipun dah ada banyak ubat baru untuk menghentikan tabiat merokok...
watper la kaum adm bzirkan wet untk bli rkok ?????plik btul.,...smpan wet2 untk bina masjid kan bgus............hntiikan jer lah smking2...wanita xsuka........
watper la kaum adm bzirkan wet untk bli rkok ?????plik btul.,...smpan wet2 untk bina masjid kan bgus............hntiikan jer lah smking2...wanita xsuka........



ini post yang menarik....saya pun tak suka tabiat merokok...tapi saya tak letak tu sebagai kriteria dalam memilih pasangan setakat ini.....kalau lelaki tu ada banyak sikap positif lain, kita boleh menegur dia dan suruh dia berhenti merokok.....kalau tak silap, selangor ada warta yang menyatakan merokok adalah haram....warta lama, ramai tak tahu ia wujud kerana saya nampak kat selangor ramai juga orang merokok...hehehehe....