masalah andartu
antara masalah yang dititik beratkan oleh baitulmuslim.com ialah masalah andalusia/andartu. ini adalah masalah yang benar, besar dan bukan khayalan. tetapi terlalu ramai yang takut untuk bersuara kerana malu dan bimbang difitnah orang. akibatnya nasib diri dipendam sendiri.
jumlah tidak rasmi sekarang ialah 600,000 andartu di sekeliling kita tidak termasuk janda. 600 ribu bukan jumlah yang sedikit. Jika sahabat ada statistik yang sebenar, sila kongsi bersama.
mengapa tak bincang berkenaan lelaki bujang?
Lelaki bujang bukan satu masalah yang besar. sebab kebanyakkan yang tidak berkahwin adalah kerana kehendak sendiri atau ada masalah peribadi. itu bermakna mereka memilih untuk tidak berkahwin. mereka tidak perlu kesah sangat dengan masa kerana lelaki tidak ada menopous dan tidak begitu memerlukan daya tarikan fizikal. sedangkan andartu tidak begitu. majoriti mereka tidak berkahwin adalah kerana tidak ada yang masuk melamar. orang perempuan adalah golongan yang malu untuk meminta atau menyatakan hasrat hati. sedangkan mereka perlu berkahwin awal atau ada risiko tidak memperolehi zuriat dan juga tidak dilamar kerana sudah agak berusia.
apa masalah dengan andartu?
ada banyak masalah. di sini boleh disenaraikan beberapa masalah:
1. mendatangkan fitnah walau di mana berada. para isteri tak senang meninggalkan suami di rumah jika jirannya seorang andartu dan orang lelaki tak senang duduk di rumah jika melihat andartu.
2. membawa gejala zina. antara nikmat badan terbesar yang diberikan oleh Allah kepada manusia ialah nikmat persetubuhan. jika sudah berumah tangga, nikmat ini boleh dipenuhi oleh pasangan. tetapi bagi yang tidak dapat berumahtangga dan tidak kuat pegangan iman, cara menyalur nafsu ini mungkin dengan zina.
3. tiada tempat bermanja dan meluahkan perasaan. sama ada bermanja dengan suami atau anak-anak.
4. tiada tempat berlindung dan meminta tolong. mungkin boleh minta tolong dengan adik-beradik dan rakan. tapi sampai bila adik beradik dan kawan-kawan hendak menolong kita?
5. bagaimana andartu ini apabila tua nanti. bagaimanakah kehidupan sehariannya? ada seorang nenek yang tidak berkahwin berbuka puasa seorang diri di rumahnya ketika bulan ramadhan ketika orang lain bergembira berbuka puasa di rumah masing-masing.
6. dan banyak lagi masalah-masalah lain.
sepatutnya golongan muslimat sendiri tidak kira secara organisasi atau persendirian mesti prihatin dengan permasalahan ini dan cuba carikan jalan penyelesaian bagi sahabat mereka yang menjadi andartu.
ada yang berkata "saya andartu tapi saya tidak bermasalah"
perbincangan ini untuk orang yang bermasalah jika bergelar andartu . jika saudari seorang andartu dan tidak bermasalah dengan status itu, teruskan kehidupan seperti biasa. jika saudari merasakan suatu hari nanti saudari pasti akan berjumpa lelaki bujang yang akan berkahwin dengan saudari, kami doakan agar hajat tercapai. jika saudari merasakan boleh bersendirian hingga ke akhir hayat dan tidak terjun ke kancah zina, tahniah diucapkan kerana saudari adalah seorang yang tabah.
penyelesaiannya tidak dimasukkan di sini. ini hanya artikel untuk permasalahan. jika ada dikalangan sahabat adalah andartu, emailkan kepada kami di info@baitulmuslim.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it dan beritahu kami adakah andartu itu sendiri adalah satu masalah atau tidak. email akan dipaparkan tapi maklumat pengirim email akan dirahsiakan. nyatakan apa yang terbuku dihati saudari yang selama ini malu untuk diluahkan.
- admin's blog
- Login or register to post comments
- 295 reads

Comments
admin
nyatakan cadangan untuk atasi masalah andartu di sini....
shiela
saya amat bersetuju dengan semua yang dibicarakan. Memang ketika ini kita berasa tidak mengapa kalau tidak berkahwin tetapi bagi saya mempunyai sebuah keluarga adalah suatu kehidupan terindah dan anugerah yang terbesar dalam diri seseorang yang tidak dapat diucapkan dengan perkataan. Itulah impian saya iaitu untuk mempunyai sebuah keluarga yang sempurna. Saya telah banyak berusaha untuk mencari jodoh saya tetapi Allah masih belum menemukan saya dengan jodoh saya. Mungkin sok... mungkin lusa.. saya tak tahu...tapi yg pasti saya tidak akan berhenti berusaha...kerana ketika ini hidup saya begitu sunyi...
peacewithin
bersabar saudari Shiela. Ini semua adalah rahmat dari Allah swt. Saya doakan yang terbaik buat saudari dan buat diri saya sendiri, juga buat sahabat2 semua.
admin
terima kasih kerana sudi berkongsi luahan hati. antara keprihatinan yang kami ada bila menubuhkan baitulmuslim.com adalah masalah andartu yang semakin banyak. kami harap medium laman web ini dapat membantu. tetapi sekali lagi diperingatkan jangan bergantung kepada laman web ini 100%. gunakan segala cara yang ada.
imansyauqina
salam soal jodoh ini ..berkisar dengan doa dan usaha.. jika yang hadir itu cukup agamanya , dan berkemampuan.. knp harus memilih?? teruskan menembak doa dan yakinlah jodoh andatelah ditetapkan..sabar dan berusaha .. Allah itu tidak zalim....
ATIE
Salam ana mempunyai ramai sahabat seperjuangan di kalangan muslimin, tapi sampai sekarang tiada yg sudi melamar. Muslimin lebih sanggup berebut muslimat dikalangan yg cantik dan yg kurang menarik dibiarkan tanpa dipedulikan. Ramai lagi sahabat muslimat yg masih solo. Apa yg lebih menyedihkan, mislimin lebih suka mencari wanita diluar dr sahabat seperjuangan jika tiada yg berkenan dihati. Jadi terkapar2lah sahabat muslimat tanpa kahwin dan di biarkan menjadi andartu.
Lebih memeritkan jika ada yang sibuk bertanya " kenapa lum kahwin lagi? terasa pedih hati ini bila menahan sendu dihati. Siapa yg tak mahu berkahwin, tapi diri masih belum dilamar.
Doa telah dipanjatkan, usaha telah dijalankan........serahkan segala penentuan kepada yang Maha Berkuasa
peacewithin
Salam. Memang benar bermacam masalah bila tidak berkahwin bg perempuan. Pengalaman saya ramai yang tidak berkahwin atau tidak mempunyai zuriat mengalami masalah kanser pada bahagian peranakan. hal ini disebabkan kawalan hormon . Walaupun ini semua kerja dan perancangan Allah swt namun kebenaran dapat dilihat dengan mata kasar...
abgman
askum semua, selamat berkenalan..sya org baru kat sini. Sya xleh nak bagi komen apa2 lagi.maklumlah baru lagi..tgh baca2 dulu, bagi betul2 faham. Baru boleh bagi komen :)
Tuesday 22 December 2009, 22:41
1.memastikan setiap muslim berkeluarga
2. memastikan keluarga muslim baik dari semua aspek
boleh saya tahu, berapa had umur untuk dikategorikan sebagai andartu? Adakah umur 27 sudah dikira andartu?
andartu tak ada had umur. ia hanya satu panggilan tidak rasmi. bukannya gelaran untuk merendahkan martabat. ia hanya gelaran untuk memudahkan sebutan. yang penting bukan perbincangan tentang gelaran tapi cara penyelesaian.
1.memastikan setiap muslim berkeluarga
2. memastikan keluarga muslim baik dari semua aspek
Maksudnya gelaran andartu tu subjektif. Sebab tu ramai wanita yang tak sedar yang mereka dah layak digelar andartu. Macam dalam keluarga saya, ramai jugak yang kahwin masa umur dah dekat 30 sebab kami rasa umur tu belum andartu lagi. Tapi bagi orang lain, mungkin umur macam tu dah dikira andartu.
Saya sekarang berumur 25 tahun dan belum ada perancangan untuk kahwin sebab masih banyak tanggungjawab lain, tapi kalau boleh saya taknak melepasi umur yang layak digelar andartu. Sebab tu saya nak tau umur berapa biasanya orang akan gelar kita andartu, supaya saya boleh rancang bila sepatutnya saya kahwin.
Kalau umur 27 tu dah digelar andartu, maknanya saya kena mula merancang perkahwinan dari sekarang. Kalau umur 30 baru digelar andartu, maknanya sekarang saya tak perlu fikir lagi pasal kahwin. Soalan saya, kalau saya merancang untuk kahwin 3 tahun lagi, wajar tak saya mendaftar sekarang sebagai calon baitulmusim?
berkahwin ni bukan nak kena tunggu umur tak selamat baru start nak cari jodoh. kahwin lebih awal adalah lebih bagus bagi mengelakkan maksiat, zina dan banyak masalah lain. mendaftar di baitulmuslim.com atau tidak, itu hak masing-masing. berkahwin awal atau tidak, kahwin awal lebih afdal.
1.memastikan setiap muslim berkeluarga
2. memastikan keluarga muslim baik dari semua aspek
Alhamdulillah. mlm ni dgan izin Allah Taala sy melibtkn diri dlm baitulmuslim ni.... byk coretan yg telah membangkitkan semgt bg diri ini agar trus berusaha dalam mencari siapa pemilik tulang rusuk yg telh dipinjamkn utk diriku ini...agk perit jika dlm usia 26 ke ats msh blum ade lg siapa gerangan yg bakl brtkhta di hati... InsyaAllah, semoga smua ini ade hikmah di sebaliknye... mmg lumrah kehidupan :dalm setiap kepahitan di dalamnye trsimpan seribu kemanisan.." smge kite tbh dan terus berusaha...Aminnn....