Mengapa perlu sesi takruf?

ada orang yang beranggapan bahawa mereka hanya perlu takruf (berkenalan) sesama sendiri tanpa perlu bantuan luar. mereka merasakan sudah cukup dengan melihat borang yang di isi oleh calon dan perhubungan melalui private messaging yang disediakan oleh baitulmuslim.com.

kepada mereka ini ada beberapa nasihat ingin diberikan:

1. hanya melihat borang yang dihantar oleh calon dan berkenalan melalui private messaging yang disediakan oleh baitulmuslim.com adalah jauh daripada mencukupi untuk berkenalan dengan seseorang yang mungkin kita ingin jadikan sebagai teman hidup.

2. kadang-kadang terlebih berkenalan secara terus (sama ada menggunakan private messaging atau cara lain) tanpa orang perantaraan ada bahayanya. perhubungan kita itu akan lebih bersifat emosi berbanding fakta. kerana terlalu lama berhubung akan menyebabkan timbul perasaan kesian atau harapan yang menyebabkan kita mungkin membuat keputusan berdasarkan emosi dan bukannya berdasarkan ciri yang terbaik untuk kita. kita mula membuat keputusan untuk menjaga hati orang lain dan bukannya membuat keputusan atas apa yang terbaik untuk kita.

Apakah penyelesaiannya?

kami mencadangkan 3 peringkat takruf (perkenalan)

1. berkenalan melalui borang calon dan private messaging

Ini hanyalah untuk perkenalan peringkat awal. Kita bermula dengan melihat kriteria asas yang ada pada seseorang calon melalui borang calon dan terus bertanya dan mengajak ke sesi takruf (peringkat ke 2)

PERINGATAN: jangan terlalu lama melakukan perkenalan di peringkat ini kerana bimbang kita akan mula terpengaruh, timbul perasaan kesian dan cuba hendak menjaga hati orang lain kerana perkenalan yang terlalu panjang di sini. Seelok-eloknya sekejap sahaja perkenalan di peringkat ini dan jika sesuai terus ke peringkat ke 2 dengan mengisi borang sesi takruf.

2. berkenalan melalui sesi takruf (PENTING)

perkenalan melalui sesi takruf adalah penting. sesi takruf ialah sesi di mana kita berjumpa di antara calon lelaki, calon wanita (datang bersama teman) dan pentakruf di satu tempat yang selesa seperti masjid dll. Di sini calon lelaki dan wanita akan menceritakan tentang diri masing-masing secara mendalam. calon digalakkan untuk bertanya tentang apa sahaja soalan yang sesuai.

pentakruf akan membantu dengan bertanyakan pelbagai soalan tambahan yang sudah kita sediakan untuk membantu kedua-dua calon untuk mengenal satu sama lain dengan lebih mendalam. Soalan-soalan yang disediakan oleh pentakrud ada yang berbentuk umum dan ada yang berbentuk peribadi.

kedua calon akan diminta untuk menetapkan tarikh untuk memberikan keputusan sama ada hendak meneruskan perhubungan ke peringkat keluarga atau tidak meneruskan perhubungan. Pihak keluarga boleh dilibatkan untuk membuat keputusan ini jika perlu.

Pentakruf akan menghubungi kedua calon pada tarikh yang telah ditetapkan. jika tidak bersetuju perhubungan akan tamat di situ sahaja dan jika bersetuju calon akan meneruskan perhubungan ke peringkat keluarga.

KELEBIHAN SESI TAKRUF: kelebihan sesi takruf berbanding dengan perkenalan yang dilakukan sediri ialah pentakruf akan menolong kita untuk mengenali calon dengan sangat mendalam. terdapat banyak perkara yang kita mungkin malu/segan untuk bertanya akan ditanyakan oleh pihak pentakruf. bahkan calon boleh menghubungi pentakruf untuk meminta ditanyakan beberapa perkara penting walaupun kemungkinan perkara itu sudahpun masuk dalam senarai soalan-soalan yang pentakruf akan tanyakan.

sesi takruf yang hanya memakan masa antara satu hingga dua jam ini menyebabkan kita mengenali calon baitulmuslim lebih cepat sedangkan dengan berkenalan sendiri mungkin akan memakan masa bertahun untuk mendapat maklumat yang sama dalam masa kita juga perlu melaburkan banyak masa, wang dan fikiran untuk berkenalan sendiri. Berkenalan sendiri juga mendekatkan kita dengan jurang maksiat.


3. berkenalan melalui pihak keluarga

jika sesi takruf berjaya, maka calon baitulmuslim diminta untuk berkenalan di melalui perhubungan keluarga. Ini tidak bermaksud sudah boleh keluar bersama dan bermesra kerana kedua-duanya belum berkahwin. Ini bermakna perkenalan yang lebih erat antara kedua pihak keluarga sydag mula boleh dilakukan untuk memberikan keputusan terakhir sama ada akan ke gerbang perkahwinan ataupun tidak.

jika anda melakukan ketiga-tiga perkara ini, insyaallah takruf anda boleh dikira sebagai lengkap dan mengikut jalan yang selamat.

Kesimpulan dari semua ini ialah:

1. jangan terlalu terpengaruh dengan borang yang dihantar. selidiki lebih mendalam.


2. Jangan terlalu lama berhubung melalui Private Messaging kerana bimbang kita akan menyebabkan orang mula memberikan harapan dan kita mula timbul perasaan kasihan. Ini akan menyebabkan keputusan kita akan berdasarkan emosi tanpa pertimbangan akal.


3. Gunakan sesi takruf (isi borang sesi takruf) kerana sesi takruf akan menyebabkan kita akan mengenal pasangan calon baitulmuslim dengan lebih mendalam tanpa perlu melakukan maksiat seperti keluar berdua-duan untuk mengenali hati body.

*Jika anda menemui bakal pasangan anda diluar baitulmuslim.com, anda juga boleh menggunakan khidmat sesi takruf baitulmuslim.com, sila isi borang sesi takruf.

sebarang maklumat lanjut sila rujuk ruangan Soalan Selalu Ditanya.