Mengapa saya gagal upload gambar? Bagaimana mengedit dan mengecilkan gambar?
Gunakan browser lain
Antara cara terbaik untuk menyelesaikan masalah tidak dapat mengisi borang ialah dengan menukar browser lain. Contohnya jika anda sedang Internet Explorer atau Android browser bagi pengguna tablet/smartphone, bertukar kepada firefox atau chrome browser. Jika tiada, boleh download melalui website rasminya atau melalui Apps Store secara percuma. Kemudian isi borang menggunakan browser ini (forefox atau chrome).
Jika cara ini tidak berjaya, sila lihat penerangan di bawah:
mengapa saya gagal upload gambar?
ada dua sebab:
1. gambar melebihi kilobit yang dibenarkan.
2. walaupun termasuk dalam kilobit yang dibenarkan, pixel (cth 300x300pxl) terlalu besar.
pastikan walaupun gambar sudah kecil, pixelnya juga kecil.
bagaimana cara mengecilkan gambar?
ramai yang upload gambar tapi gambar yang dihantar tidaklah sesuai. ada beberapa masalah berkenaan gambar yang dihantar:
1. bahagian muka terlalu kecil berbanding keseluruhan gambar. kadang-kadang ruang muka hanya 10% daripada keseluruhan gambar. perlu diingat ruang gambar dalam profile calon baitulmuslim.com sangat kecil.
2. gambar tidak jelas atau gelap.
3. gambar mengambil posisi yang susah untuk dilihat.
apa gunanya menghantar gambar jika sukar untuk dilihat? sedangkan kebarangkalian yang lebih besar untuk diajak berta'ruf jika wajah dapat dilihat dengan jelas. sesiapa sekalipun baik lelaki atau perempuan akan ragu-ragu untuk berta'ruf jika wajah tidak dapat dilihat dengan jelas.
sekali lagi jangan bimbang, orang yang dapat melihat wajah sahabat hanyalah orang yang mengisi borang calon baitulmuslim dan menghantar gambar. mereka juga dikehendaki berjanji bahawa gambar yang dilihat hanya untuk diri sendiri dan tidak boleh ditunjukkan kepada orang lain. ini bagi menjaga privacy.
jadi pastikan gambar yang diupload ketika mengisi borang calon baitulmuslim:
1. jelas. tidak terlalu gelap atau kabur.
2. seelok-eloknya ruangan muka memenuhi gambar. setidak-tidaknya pastikan 30% ruangan gambar adalah bahagian muka. bahagian badan tidak menjadi kepentingan. sahabat boleh mengagak fizikal calon baitulmuslim dengan melihat ruangan berat, tinggi dan BMI (dengan cara membahagikan tinggi dengan berat).
3. posisi yang sesuai dan sopan. pakaian pastikan menutup aurat.
4. gambar yang dihantar mestilah sahabat seorang sahaja. jangan masukkan gambar berdua dan lain-lain.
ramai di kalangan sahabat yang tidak tahu cara mengedit gambar. di sini dinyatakan cara edit gambar menggunakan perisian PAINT yang dibekalkan bersama windows.
sila ke START> ALL PROGRAM> ACCESSORIES > PAINT.
KE FILE> OPEN. masukkan gambar yang ingin di edit.

klik pada SELECT di sebelah kiri perisian. lihat anak panah gambar di bawah. kemudian pilih bahagian yang ingin diambil. lihat gambar di bawah.

klik kanan tetikus, klik COPY. ke FILE > NEW. bila ditanya ingin save atau tidak, klik don't save. bila sudah berada pada ruangan baru, klik EDIT > PASTE. untuk memastikan hanya gambar yang dipilih sahaja yang ingin digunakan dan bukannya ruangan putih, tarik bucu kanan bawah ke hujung gambar , lihat gambar di bawah:

jika merasakan gambar masih terlalu besar, sila ke IMAGE > RESIZE/SKEW. kemudian pilih berapa peratus lagi hendak dikecilkan. lihat gambar dibawah:

CARA LAIN
cara lain yang boleh digunakan untuk mengedit gambar ialah dengan menggunakan laman web shrinkpictures.com
*kami mendapat maklumat ada sesetengah peralatan seperti iPad memiliki kesukaran untuk mengisi borang. Sila bertukar kepada PC atau laptop. untuk mengisi borang sahaja. proses seterusnya boleh menggunakan kembali peralatan berkenaan.

