pelbagaikan cara cari jodoh
berat untuk kami nyatakan hal ini tapi ianya perlu untuk kebaikan sahabat semua. jangan bergantung 100% kepada baitulmuslim.com untuk mencari jodoh. walaupun kami lakukan sedaya upaya yang boleh, usaha dari pihak sahabat sendiri mestilah berterusan. walaupun kami sangat gembira jika sahabat dapat bertemu jodoh melalui baitulmuslim.com, tapi kami juga tidak mahu sahabat semua membiarkan usaha lain dan medium lain hanya semata kerana menunggu ta'ruf berlaku melalui baitulmuslim.com.
kami tumpang gembira jika sahabat bertemu pasangan di luar baitulmuslim.com. cuma harapan kami agar sahabat semua menghindari berdua-duaan di tempat sunyi atau tempat awam, menjaga akhlak dan maruah dan apa sahaja hubungan yang tidak baik sebelum berkahwin.
kebimbangan kami
memang banyak medium yang tidak begitu mengambil kesah tentang perhubungan sebelum berkahwin. kami ada kebimbangan jika sahabat menggunakan medium yang lain, maka pasangan yang diperolehi juga tidak begitu menekankan masalah perhubungan mengikut Islam. jadi bagi menjaga hati pasangan, maka sahabat ikutkan sahaja kehendak mereka yang ingin berdua-duaan sebelum berkahwin dan lain-lain. ada orang yang kehilangan dara sebelum berkahwin semata-mata kerana takut pasangannya tidak menyukainya lagi. jangan jadi begini.
kami juga bimbang sahabat bertemu dengan pasangan yang hanya mencari kesempatan dan bukannya berhajat menjadikan sahabat sebagai pasangan hidup. sebab itulah medium yang Islamik agak penting dalam hal ini. ia sebagai 'tapisan'.
beritahu pasangan
jadi nasihat kami, gunakan medium yang lain untuk mencari pasangan. tapi terangkan kepada mereka bahawa sahabat mahukan perhubungan mengikut cara Islam sebelum berkahwin dan cuba jangan mengikut kehendak mereka. jika mereka tidak suka perhubungan cara Islam, yakinlah bahawa mereka bukan orang yang layak untuk sahabat.
satu cadangan
ada satu cadangan yang mungkin dilihat sebagai mengambil kesempatan atas artikel ini tapi kami rasakan ianya baik. dapatkan pasangan dari medium lain, tapi pastikan mereka berta'ruf dengan baitulmuslim.com. kami berikan diskaun untuk orang yang ingin berta'ruf tetapi pasangannya bukan daripada calon baitulmuslim.com. di dalam ta'ruf baitulmuslim.com, kami ada sediakan ta'ruf yang membolehkan sahabat mengenal pasangan yang baru kenal dengan lebih baik. orang yang menyertai ta'ruf juga diberi syarat supaya bergaul dengan cara Islam dan tidak berdua-duaan. mungkin hal ini boleh membantu pasangan sahabat untuk memahami bagaimanakah perhubungan sebelum berkahwin yang sahabat mahukan.
sila komen jika perlu.
- admin's blog
- Login or register to post comments
- 121 reads
