perbankan internet

No replies
ayubalqishah
ayubalqishah's picture
User offline. Last seen 5 days 5 hours ago. Offline
Joined: 01/17/2010
Posts:

Sejak akhir akhir ini saya melihat tektik penipuan semakin berleluasa di internet dimana ia mensasarkan pengguna perbankan internet seperti Maybank , Cimb , Ambank , Public Bank dan lain-lain. Keadaan ini cukup membimbangkan jika tidak ditangani dengan segera.

Nampaknya si penyangak ini semakin terdesak untuk dapatkan wang dengan cara mudah iaitu menipu orang ramai untuk dapatkan maklumat peribadi perbankan internet dengan mengumpan laman web tiruan yang seakan-akan sama dengan laman web bank tempatan.

Saya ingin jelaska disini anda semua harus berwaspada dengan email yang diterima dalam inbox atau spam kerana mereka menghantar email yang mengatakan bahawa akaun perbankan internet anda ada masalah dan anda harus memasukkan semula login dan password ke dalam laman web tiruan yang digunakan untuk menangkap username dan password anda. Jadi disinilah trik yang mereka buat untuk memancing mangsa yang kurang pengetahuan berkenaan internet dan urusan perbankan.

Saya ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa pihak bank tidak akan sama sekali akan memberikan email berkenaan urusan bank ke dalam akaun email peribadi anda ( mesti ingat tu ), kebiasaannya bank akan memaklumkan apa-apa berita atau perkembangan kepada anda melalui email yang ada dalam akaun perbankan anda kalau anda perasan laa.

Jadi untuk menyelesaikan masalah dari ditipu oleh penyangak ini harus ingat tadi bank tidak akan memberikan apa-apa maklumat berkaitan urusan bank ke dalam email peribadi anda dan kalau anda lihat ada email dari pihak bank kononnya maka itu bukanlah sebenarnya email dari pihak bank sebaliknya mereka yang ingin mengambil wang anda dengan mudah dan cepat.

Diharap anda semua mendapat maklumat lanjut dari pihak bank sekiranya anda menerima email yang mengatakan akaun anda tidak aktif dan sebagainya. Rujuk pihak bank terlebih dahulu jangan mudah percaya khabar angin yang entah dari siapa yang hantar email tu