saya merasakan diri kurang beragama, bolehkah saya menyertai carian jodoh baitul muslim?

program carian jodoh baitulmuslim.com memang dikhususkan kepada muslimin dan muslimat yang menjaga agamanya. menjaga agama tidak bermaksud alim.

sahabat sudah dikira menjaga agama jika:

1.sembahyang tidak tinggal dan melakukan syariat lain yang diwajibkan.
2.menutup aurat.
3.menjaga pergaulan dengan bukan mahram.

sahabat tidak semestinya:
1. pengajian agama
2. selalu memakai kupiah atau bertudung labuh.
3. apa-apa sahaja imej orang alim.
 
walaubagaimanapun, jika sahabat memiliki ciri-ciri di atas, itu adalah bonus.

tetapi jika sahabat:

1. bertudung tetapi nampak bentuk dada dan punggung
2. selalu keluar berdua-duaan dengan bukan mahram
3. selalu menelefon dan bersembang dengan bukan mahram atas perkara yang tidak penting

adakah sahabat merasakan diri sahabat menjaga agama?

komen jika perlu.

Comments

admin's picture

satu komen untuk testing

1.memastikan setiap muslim berkeluarga
2. memastikan keluarga muslim baik dari semua aspek

intan_solehah's picture

Kehidupan kita suatu ujian. ianya terlalu singkat untuk kita isi dgn perkara lagha. namun, kita insan biasa, takkan lari dr kesilapan. asal kita sentiasa bermuhasabah dlm meniti mehnah ini. kehidupan ini, pentasnya bukan retorik, subjeknya bukan khayalan, pelakunya bukan utopia...

hidup ini suatu perjuangan...

umie82's picture

bagaimana pula sekiranya kite ber sms dgn yg bukan mahram? adakah perkare tersebut dikire tidak menjaga batasan pergaulan?

admin's picture

silakan jika ada orang lain ingin menjawab.

1.memastikan setiap muslim berkeluarga
2. memastikan keluarga muslim baik dari semua aspek