Saya sudah menyertai program cari jodoh tapi masih belum berjaya, mengapa?
baitulmuslim.com hanyalah medium bagi program cari jodoh. kesudahannya ketentuan jodoh adalah di tangan Allah. kita hanya berusaha dan Allah akan menentukan. persoalannya sekarang adakah usaha kita melalui baitulmuslim.com cukup? adakah kita perlu hanya sekadar mengisi borang dan akhirnya jodoh akan datang bergolek? untuk memastikan sahabat sudah melakukan usaha semaksima mungkin melalui baitulmuslim.com beberapa perkara perlu dipersoal:
- sudahkah sahabat berhubung dengan orang yang sahabat minat melalui butang 'Kirim Salam' atau Private Messaging?
- sudahkah sahabat mengisi borang dengan baik? adakah kriteria yang sahabat letakkan agak sukar untuk dipenuhi oleh orang yang menyertai program cari jodoh? adakah gambar yang sahabat masukkan tidak jelas, terlalu kecil untuk dilihat?
- Adakah anda aktif di baitulmuslim.com? Senarai calon di susun mengikut siapa yang paling akhir menggunakan baitulmuslim.com. Bermakna jika anda selalu aktif, anda akan sentiasa berada pada tempat teratas dalam senarai cari jodoh.
- sudahkah sahabat menggunakan cara perkhidmatan cari jodoh yang lain atau pada laman web lain? kami tidak mahu sahabat hanya bergantung dengan baitulmuslim.com.
- sudahkah sahabat meminta ahli keluarga dan orang terdekat untuk mencarikan jodoh untuk sahabat?
jika semua ini masih belum dilakukan bermakna sahabat masih belum betul-betul berusaha untuk mencari jodoh.
MENGAPA SAYA TIDAK MENDAPAT JAWAPAN BALAS KIRIM SALAM?
Fungsi butang 'Kirim Salam' adalah sama seperti fungsi 'poke' dalam facebook. Tujuannya adalah untuk memudahkan pihak anda mencari siapakah yang berminat untuk berkomunikasi. Anda boleh menulis mesej secara manual tetapi itu akan memenatkan.
Perlu diingat di dalam sistem cari jodoh baitulmuslim.com, terdapat beribu orang yang menggunakan fungsi 'Kirim Salam'. Ini bermakna mungkin ada orang yang mendapat berpuluh malah beratus 'Kirim Salam'. Adalah agak mustahil untuk membalas semua 'Kirim Salam' yang diberikan. Jadi jangan berputus asa menggunakan fungsi kirim salam. Jika anda tidak mendapat balasan dari 'Kirim Salam' yang dibuat, ia tidak bermakna sistem tidak berfungsi tetapi lebih kepada calon-calon yang tidak membalas 'kirim salam' anda. Baitulmuslim.com cuma menyediakan sistem. Sama ada calon-calon di dalam laman web ini ingin berkomunikasi dengan anda, itu adalah pilihan masing-masing.
JANGAN PUTUS ASA
orang yang gagal adalah orang yang cepat berputus asa. Di dalam dunia ini tiada perkara yang mudah. mungkin ada di kalangan sahabat baitulmuslim.com mendapat jodohnya hanya setelah beberapa hari menyertai program cari jodoh tapi bagi kebanyakkan kita, ia akan memakan masa yang lama. Sabar dan bertawakkal adalah jalan yang terbaik dalam apa sahaja usaha termasuk mencari jodoh.
Jangan baru beberapa bulan menyertai program cari jodoh dan tidak menampakkan hasil, kita sudah mula berputus asa. Kita bukan artis yang tidak memerlukan usaha untuk dikenali. Sistem cari jodoh ini adalah secara online yang tidak memerlukan anda secara fisikal ke sana ke sini. Bersedia untuk gagal dan rendahkan kehendak (expectation). Kebanyakkan orang yang cepat kecewa adalah orang yang terlalu tinggi harapannya. Teruskan usaha dan banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t. Jangan jadikan baitulmuslim.com satu-satunya cara untuk mencari jodoh. Kami tiada masalah anda menggunakan cara lain untuk mencari jodoh selagi mana cara itu mengikut syariat. Yang penting bagi kami ialah anda mendapat jodoh.

