siapakah pentakruf dan bagaimana hendak menjadi pentakruf?

siapakah pentakruf?

pentakruf adalah orang tengah ketika perjumpaan antara calon baitulmuslim.com secara bersemuka. pentakruf akan dipilih berdasarkan kawasan tempat tinggal dan kriteria lain.

pentakruf akan diberikan wang saguhati sebagai tanda penghargaan kerana menguruskan sesi takruf. ini kerana pentakruf akan menggunakan masa, menguruskan tempat dan menghubungi calon baitulmuslim untuk urusan sesi takruf.

bagaimana menyertai kumpulan pentakruf?

selepas mendaftar, sila ke 'menu Akaun Saya' dan isikan borang 'profile pentakruf'.

selepas borang 'profile pentakruf' diisi, sila ke 'menu baitulmuslim > sertai kumpulan penggerak'. di ruangan kumpulan pentakruf, klik pada 'request membership'.

jika bersesuaian sahabat akan diluluskan dan jika tidak bersesuaian sahabat akan menerima email memberitahu permohonan tidak diluluskan atau permohonan ditangguh hingga ke suatu masa lain.