Terlanjur...

3 replies [Last post]

 satu soalan diajukan kepada baitulmuslim.com:

Assalamualaikum.

Di sini, saya ingin mengajukan soalan berkaitan dengan pasangan yang telah terlanjur.

Seorang sahabt telah datang kepada saya, dan mengadu kan nasib beliau. Sad Malangnya, sahabat saya, perempuan A, telah terlanjur dengan kekasih nya. Dan dia telah pun bertaubat dari melakukan perbuatan tersebut. Mudah-mudahan Allah Maha Pengampun, menerima taubatnya.

Namun begitu, sekarang, lelaki itu telah memutuskan hubungan dengan perempuan A, dan ber'couple' pula dengan perempuan B.

Soalan saya, adakah boleh perempuan A, menuntut lelaki tersebut, untuk mengahwini nya? (perempuan A tidak mengandung) Dan apakah hukum berkahwinan, selepas berzina?

Harap pihak baitulmuslim dapat menjawab persoalan ini. Sekian terima kasih. 
Wassalam Smile

sesiapa yang ada pandangan sila ajukan di sini.

1.memastikan setiap muslim berkeluarga
2. memastikan keluarga muslim baik dari semua aspek

naim_mahmood
naim_mahmood's picture
User offline. Last seen 4 weeks 1 day ago. Offline
Joined: 01/17/2010
Posts:

di kuliyah.net ade ceramah tajuk anak zina oleh ustaz mohd irwan.

menceritakan perihal wanita yg mengandung anak zina - memang dimintak kawen dengan lelaki tersebut.

tapi kalau takde anak zina. pada saya kenape nak berkahwin dengan lelaki yg penzina yang tak bertoubat.

penzina lelaki yang telah bertaubat lebih baik.

SiNaR QaSeH
SiNaR QaSeH's picture
User offline. Last seen 6 days 37 min ago. Offline
Joined: 03/06/2010
Posts:
Groups: None

Salam.,

ana  pernah juga terbaca, pada pendapat ana..

seseorang yang telah melakukan dosa penzinaan ini, perlulah dia bertaubat (dengan taubat nasuha) taubat tidak akan mengulangi dan menyesal yang bersungguh diatas perlakuan yang telah dilakukannya itu. 

ana tak ingat dalam surah mana didalam AL-Quraan (ana rujuk semula nanti) ada menyatakan bahawa, orang yang berzina tidak dinikahkan ia melainkan dengan seorang penzina juga melainkan dia benar2 sedar dan melakukan taubat nasuha., Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Penyayang.. dimana, jika dia dah sedar dan tingal perbuatan yang dilaknat ALLAH itu, maka dia berhak untuk dinikahkan dengan orang yang baik2. makanya, dia perlu untuk menjadi yang terbaik untuk memperoleh yang terbaik juga.

daripada kes diatas ni, apa kepentingan bagi wanita itu untuk mengambil lelaki itu kembali menjadi pasangan dan teman hidupnya setelah dirinya BENAR-BENAR BERTAUBAT. SESUNGGUHNYA taubat yang sebenar2 itu adalah TAUBAT NASUHA (tidak mengulangi kembali kesilapan dan dosa masa lampau). InsyaALLAH akan ada yang terbaik buat diri beliau., jangan ambil keputusan yang singkat untuk menjalankan/ mendirikan rumah tangga.

ALLAH itu Maha Pencinta dan Maha Tinggi, akan ada jodoh yang ditetapkan diluh mahfuz untuk diri setiap mereka. Terserah pada hambaNYA untuk mencari dan memilih pasangan yang baik2. mengapa perlu lihat kembali kepada masa lampau. ADAKAH PIHAK LELAKI itu juga telah insaf?? adakah beliau tlah taubat.. atau masih dengan dirinya yang tak pernah ingat  (sedar akan dosa yang dilakukan). Mengikut apa yang admin nyatakan, lelaki itu jalinkan hubungan dengan gadis B pula.  Jadi untuk apa wanita tersebut memilih lelaki sebegini untuk dijadikan pasangan hidup. memang keterlanjuran pernah dilakukan, tetapi once dah berubah kepada yang terbaik, lupakanlah semua yang hitam dan silam itu.  Mulakan dengan yang baru.

Most important nasihat ana kepada wanita tersebut, perbaiki diri dahulu. pelajari ilmu agama, dekatkan diri kepadaNYA, mengambil penyelesaian yang terbaik bukan mudah dan memilih lelaki tersebut untuk menebus dosa lama bukan pengakhirannya, oleh itu.. carilah kedamaian dan ketenangan bersamaNYA terlebih dahulu, CINTA dan sandarkan sepenuh penggantungan hidup kepadaNYA., pasti DIA akan memberi yang terbaik buat diri hambaNYA yang telah bertaubat.

Berkenaan hukum, ana boleh katakan lebih baik untuk mencari yang baik., fikirkan bagaiman pasangan yang dikehendaki untuk sama2 melayari bahtera perkahwinan sehingga ke SYURGA.  fikirkan juga masa depan anak2 yang bakal lahir nanti.  jika kuat juga nak menjalinkan ikatan sah dengan lelaki itu, seharusnya pihak lelaki itu juga perlu bertaubat dengan taubat yang nasuha, ini penting.  Jangan abaikan soal ini.  Mana mungkin seorang yang baik, yang telah insaf, yang telah bertaubat.. menginginkan dan menerima seorang yang berperibadi tidak baik, sedangkan mereka tahu keburukannya. Nak mencari pasangan dan memilihnya WAJIB untuk melihat semua itu. MELAINKAN perkahwinan yang berjalan itu tanpa SIASAT dan ditipu. ini pun silap juga, kerana sebelum berkahwin perlu kepada taaruf kan??? lihat indahnya ISLAM., sebelum , selepas..semuanya ada guide yang siap diberi..

Fikirkanlah mana yang terbaik untuk umat yang bakal memimpin generasi masa hadapan.Smile

Wallahua'alam.

sarah_2010
sarah_2010's picture
User offline. Last seen 22 weeks 5 days ago. Offline
Joined: 02/17/2010
Posts:
Groups: None

Aslm,

saya rasa kalau lelaki tu tak bertaubat dan sekarang pulak ada hubungan dgn perempuan B, kenapa nak tuntut dia bertanggungjawab...sorry to say...diaorang berzina kan...so perempuan A pun ada kesalahan juga, kenapa nak salahkan lelaki tu sahaja....kenapa biar lelaki buat macamtu dan harapkan dia tanggungjawab...kalau dia tak ada akhlak, mesti tak ada tanggungjawab juga....kalau dah bertaubat carilah lelaki yang baik...mungkin perempuan A sakit hati kat lelaki tu tapi kalau dia khawin dgn lelaki yang 'player' mcmtu, bila dah khawin, tak mustahil dia berzina dengan perempuan lain pulak....jadi biarlah dia dengan perempuan B tu, biar dia binasakan diri sendiri...buat apa dengan lelaki buruk akhlak, tak boleh jadi suami yang baik pun...jangan ikut hawa nafsu.......cari je orang lain yang akhlak elok....lelaki baik tak akan ajak buat benda tak elok..