tudung mesti menutup dada

ramai yang memakai tudung tetapi adakah tudung yang dipakai lulus dari segi syariat ataupun memakai tudung sekadar memenuhi syarat. Allah swt tidak pernah bertujuan untuk menyusahkan manusia. tetapi manusialah yang akan menghadapi kesukaran jika mereka tidak mengikut peraturan yang telah ditunjukkan oleh Allah di dalam al-Quran.

"Wahai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang-orang mukmin. Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih muda untuk di kenal karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah maha pengampun dan penyayang. (Al-Ahzab : 59).

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya, dan hendaklan mereka MENUTUP KAIN TUDUNG KE DADANYA.."ayat al-Quran surah an-nur: 31

Comments

adi's picture

Salam

Saya sangat menyokong poster berkaitan "Baju Menutup Punggung" dan "Tudung Menutup Dada" yang disediakan di dalam laman web ini.

Saya dah download poster "Baju Menutup Punggung" dan bercadang untuk menyebarkannya (secara tak langsung mungkin juga boleh mempromosikan baitulmuslim.com).

Tapi untuk poster "Tudung Menutup Dada", saya kurang bersetuju dengan salah satu contoh pemakaian tudung yang disarankan iaitu gambar yang pertama (di bahagian atas). Walaupun tudung tersebut boleh dikatakan berada di bawah paras dada, tapi ia tidak menutup keseluruhan dada iaitu di bahagian tepi. Jika diperhatikan, hanya bahagian tengah sahaja yang ditutup, tetapi bahagian tepi masih kelihatan.

Diharap pihak yang berkenaan dapat menggunakan contoh pemakaian tudung yang lebih sempurna untuk mengelakkan salah faham wanita mengenai kawasan yang perlu dihijabkan. Tidak semestinya perlu bertudung labuh/bulat, asalkan menepati syarat-syarat yang dituntut oleh Islam.

Terima kasih atas perhatian. Wallahu a'lam.

admin's picture

terima kasih atas cadangan. tapi buat masa ini fokusnya adalah untuk menstabilkan laman web ini dalam beberapa perkara lain. harap dapat berikan poster lain yang boleh tukarkan poster ini jika boleh. mungkin kami akan memperelok poster ini tapi ianya akan memakan masa.

1.memastikan setiap muslim berkeluarga
2. memastikan keluarga muslim baik dari semua aspek