Aktiviti Baitulmuslim

Baitulmuslim.com telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan kami telah dijemput oleh beberapa stesen televisyen dan akhbar tempatan untuk berkongsi mengenai perkhidmatan yang kami sediakan.

Pada Julai 2020, stesen terkemuka di Malaysia iaitu TV3 telah menjemput kami bagi pengisian slot ‘Syariah Meja Bulat’ berkaitan cari jodoh online yang dikendali oleh Ally Iskandar. Kami juga berkesempatan untuk menceritakan tentang konsep perkhidmatan kami dan juga diberi peluang untuk memaparkan kisah calon yang sudah bertemu jodoh di website kami.

 

Selain itu, pada tahun 2018 Baitulmuslim juga telah menjayakan satu forum bersama penceramah terkenal iaitu PU Azman dan Ustazah Fatimah Syarha yang berlangsung di PKNS Biz, Shah Alam.

Kami juga telah mengadakan program secara live di media sosial kami dengan menjemput beberapa penceramah dan pakar motivasi. Ianya berkaitan soal jawab jodoh dan program secara live itu kebiasaannya berlangsung selama 1 jam 30 minit. Antara program yang sudah dijalankan adalah seperti di bawah:

22 Sept 2019 - Program Live bersama Ustaz Zul Pandan

15 Dis 2019 - Program Live bersama Puan Nurul Adni

21 Okt 2020 - Program Live bersama Aiman Azlan

12 Mac 2021 - Program Live bersama Imam Muda Hassan

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada Januari 2017, kami telah dijemput oleh stesen televisyen Al Hijrah bagi program ‘Assalamualaikum’. Dalam program ini, wakil dari baitulmuslim.com telah berkongsi mengenai perkhidmatan cari jodoh online kepada para penonton.

Pada Oktober 2016, kami telah diberi peluang untuk muncul dalam stesen televisyen terkemuka, iaitu TV3 bagi program  ‘Nona’. Program ini juga turut menemu bual calon Baitulmuslim.com yang telah bertemu jodoh melalui platform yang disediakan oleh kami.

Pada 21 Mac 2016, akhbar Utusan Malaysia telah menyiarkan tentang konsep perkhidmatan kami dan turut menceritakan mengenai kisah calon daripada baitulmuslim.com yang telah bertemu jodoh di website kami.

Pada tahun 2015, kami telah diberi peluang oleh stesen televisyen TV9 bagi slot ‘Safiyya’ untuk mendalami tentang konsep yang dijalankan oleh baitulmuslim.com dan mereka juga turut memaparkan mengenai kisah calon yang telah bertemu jodoh di website kami.

Video pengenalan berkaitan dengan BaitulMuslim.com