fbpxHUBUNGAN “CINTA” YANG DIREDHAI ALLAH

HUBUNGAN “CINTA” YANG DIREDHAI ALLAH

HUBUNGAN “CINTA” YANG DIREDHAI ALLAH

"setiap yang di benarkan oleh Islam haruslah berlandaskan jalan yang betul"

Dikarang oleh 91468 | Dakwah
Kongsi artikel ini: 

Ia adalah normal bagi setiap manusia yang mempunyai keinginan untuk bercinta, bahkan Islam juga tidak melarang umat nya dalam bercinta. Setiap manusia ingin merasai perasaan kasih sayang itu dan juga ingin disayangi. Namun, setiap yang di benarkan oleh Islam haruslah berlandaskan jalan yang betul, bukan nafsu semata-mata. Jodoh hadir tanpa kita duga. Ada kalanya kita dijodohkan dengan seseorang yang sebelum ini tidak pernah dikenali. Rahsia Allah, siapa yang sangka kan?

Berbeza pula pada zaman datuk nenek kita dimana kebanyakan dari mereka menyerahkan soal jodoh kepada ibu bapa sahaja, tiada istilah bercinta atau mengurat pada zaman itu. Namun, pada zaman ini, mereka lebih gemar dalam memilih calon pasangan sendiri. Ada antara mereka yang bercinta dari zaman persekolahan lagi, ada juga yang berkenalan ketika di kampus, di tempat kerja. Malah pada zaman yang makin canggih ini, ada yang kenal menerusi Internet sahaja. Sebagai contoh, baitulmuslim.com. Selepas berkenalan, terbit lah rasa cinta antara lelaki dan perempuan, dan masing-masing memilih jalan untuk diijabkabulkan. Nampak macam senang bukan? Namun, setiap perhubungan mestilah mendapat keredhaan daripada Allah SWT. Apakah hubungan yang diredhai Allah? Sesungguhnya setiap tindakan dan perbuatan kita disaksikan oleh si Dia. Jangan pandang remeh, kerana dengan keredhaanNya, sesebuah hubungan akan diredhai. Tapi, bagaimana?Menjaga adab pergaulan

Adab pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Walaupun pasangan itu telah bertunang, adab pergaulan masih terbatas selagi mereka belum diijabkabulkan. Adab pergaulan yang bebas seperti yang kita dapat lihat pada zaman sekarang ini boleh membawa mereka ke arah kemaksiatan. Maka, jangan sesekali mengambil mudah tentang pergaulan sesama mereka yang berlainan jantina.

Menjaga aurat

Apabila keluar dari rumah, agama menyuruh kita menutup aurat, baik lelaki mahupun wanita. Ianya adalah untuk memelihara diri dari perbuatan zina. Akibat berzina amat buruk kerana melanggar hukum Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat". (Surah al-Israak ayat 32)

Solat Istikharah

Kita digalakkan mendirikan solat istikharah untuk meminta Allah memperkuatkan keputusan yang ada atau petunjuk membuat keputusan yang belum ada terutama bagi mereka yang masih lagi ragu-ragu tentang hubungan mereka. Mereka yang mengamalkan solat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan hanya untuk mendapatkan petunjuk dari Allah SWT bahkan dalam membuat keputusan yang belum pasti. Selepas itu, bertawakal kepada Allah SWT,  sesungguhnya jawapan Dia adalah sebaik-baik jawapan.

Jadi berdoalah untuk mendapatkan keberkatan Allah semata-mata terutama dalam memperoleh hubungan yang diredhai Allah dan tidak sesekali berdasar godaan nafsu dan keduniaan.
Kongsi artikel ini: