fbpx“KALAU AWAK IKHLAS SAYANGKAN SAYA, MINTA IZIN MAK AYAH SAYA”

“KALAU AWAK IKHLAS SAYANGKAN SAYA, MINTA IZIN MAK AYAH SAYA”

“KALAU AWAK IKHLAS SAYANGKAN SAYA, MINTA IZIN MAK AYAH SAYA”

"ianya menjadi fitrah seorang perempuan yang mahu membicarakan soal perkahwinan walaupun ianya masih di awal usia perkenalan"

Dikarang oleh 91468 | Motivasi
Kongsi artikel ini: 

Perempuan.. Setiap perempuan mengimpikan sesuatu perhubungan itu berakhir dengan perkahwinan. Ianya menjadi fitrah seorang perempuan yang mahu membicarakan soal perkahwinan walaupun ianya masih di awal usia perkenalan. Namun, si lelaki sering sahaja berdalih dalam meneruskan perbincangan. Jangan disalah erti, mereka berdalih bukan kerana mereka tidak berminat dalam memikirkan soal perkahwinan dengan anda, cuma mereka masih memerlukan masa yang sesuai terutama dalam menyampaikan hasrat ini kepada kedua ibu bapa mereka. Yelah, bila dah berkahwin, besar tanggungjawab bagi seorang insan yang bernama lelaki.

Cuma, lelaki juga seharusnya faham apa yang dirasai oleh kaum perempuan. Cara perempuan dan lelaki berfikir amatlah berbeza. Sebab itu sebagai lelaki mahupun perempuan, mereka mesti bijak dalam mengawal emosi masing-masing, anda boleh menyampaikan hasrat yang terbuku di hati, namun jangan sehingga mengguris hati kedua-dua pihak. Namun, percayalah, setiap perbincangan ke arah perkahwinan kebiasaanya akan berlaku selisih faham, kerana si ‘dia’ sentiasa ada dalam menghasut manusia terutama apabila mereka berbincang mengenai perkara yang baik.

Bagi si lelaki, apabila anda sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, anda seharusnya bertindak segera dengan berjumpa kedua ibu bapa si perempuan, ianya lebih baik sekiranya anda segera menyampaikan niat anda untuk memperisterikan anak dara mereka, secara tak langsung, perkara baik ini dapat dipercepatkan, bahkan dapat mengelakkan dari berlakunya maksiat dan kemungkaran.

Justeru itu, wahai kaum perempuan, sampaikan hajat anda kepada si lelaki dengan, “Kalau awak ikhlas sayangkan saya, minta izin ibu ayah saya”. Dan si lelaki seharusnya memahami pengertian kata-kata itu. Namun, kalau si lelaki tidak mempunyai niat dalam menjadikan anda isteri mereka, mereka akan sering mencari pelbagai alasan apabila dilontarkan dengan pertanyaan ini. Wallahualam.

 
Kongsi artikel ini: