fbpx“SAYA NAK KAHWIN, TAPI TAK ADA DUIT”

“SAYA NAK KAHWIN, TAPI TAK ADA DUIT”

“SAYA NAK KAHWIN, TAPI TAK ADA DUIT”

“Bila mahu berkahwin?” maka jawapan mereka pasti “Belum bersedia”.

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi
Kongsi artikel ini: 
Saya, Nak, Kahwin, Tapi, Tak, Ada, Duit

Masalah terbesar yang dihadapi oleh masyarakat kita pada masa ini adalah masalah kewangan. Masalah kewangan merupakan halangan terbesar buat kalangan remaja yang sudah bersedia untuk bernikah dari segi mental dan fizikal tetapi menghadapi masalah dari segi kewangan pula. Kita sering lihat si A dan si B asyik keluar bersama sahaja, bila ditanyakan soalan,

“Bila mahu berkahwin?” maka jawapan mereka pasti “Belum bersedia”.

Tahukah anda persediaan apa yang menyelubungi mereka? 80% daripada masalah itu datangnya disebabkan kerana masalah kewangan. Mereka menjadi ragu-ragu sama ada adakah mereka boleh meneruskan pernikahan? Mereka mahu menghalalkan hubungan mereka supaya mereka tidak terjerumus kepada maksiat, tetapi bagaimana mahu meneruskan niat itu sekiranya mereka masih belum stabil dari segi kewangan? Duit yang ada masih cukup-cukup makan sahaja.

Kita sudah melihat beberapa ceramah daripada ustaz-ustaz mengatakan jangan menyebabkan hantaran yang mahal, pernikahan ditundakan. Sedangkan, pernikahan adalah perkara yang digalakkan dalam Islam, manakala hantaran pula cuma adat sahaja! Tetapi dek kerana masyarakat kita yang terlalu nak ikut trend, beginilah jadinya.

Sebenarnya kurniaan Allah besar ganjarannya. Allah akan memberi kemudahan kepada hamba-Nya yang miskin dengan kurnia-Nya selepas bernikah. Allah menjelaskan:

“Dan kahwinkanlah orang bujang dalam kalangan kamu dan orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Sekiranya mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya, kerana Allah maha luas rahmat-Nya, lagi maha mengetahui”. Surah An Nur, ayat 32

Para pembaca sekalian, anda perlu sedar, bayangan yang sentiasa menghantui pemikiran anda itu hanya bayangan masa hadapan, iaitu kehidupan suram, kehidupan yang penuh dengan kemiskinan dan ketakutan. Bayangan yang sering berlegar di ruang pemikiran kita adalah, takut tidak dapat memberi nafkah kepada anak dan isteri, iaitu dari segi makan, minum dan tempat tinggal. Ternyata bayangan itu adalah hasutan syaitan yang tidak mengalakkan umat manusia untuk meneruskan pernikahan.

“Syaitan menjanjikan kamu dengan kemiskinan, dan kepapaan dan menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji. Sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya. Allah maha luas limpah kurnia-Nya, lagi maha mengetahui”. Surah Al Baqarah, ayat 268

Kami di baitulmuslim amat berharap entri yang kami cuba sampaikan ini dapat menjadi panduan kepada para pembaca yang belum berkahwin.

“Taat kepada Allah dalam perkara yang diperintahkan kepada kamu, iaitu perkahwinan. Allah pasti menunaikan janji-Nya kepada kamu, iaitu kekayaan. Allah menegaskan,

“Sekiranya mereka miskin, Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya”. Hadis oleh Ibnu Abi Hatim

Semoga dengan panduan artikel kali ini dapat mempercepatkan perkahwinan saudara dan saudari sekalian. Insha Allah.

Kongsi artikel ini: