fbpxAPABILA BEKAS KEKASIH ANDA MENJEMPUT KE MAJLIS PERKAHWINANNYA…

APABILA BEKAS KEKASIH ANDA MENJEMPUT KE MAJLIS PERKAHWINANNYA…

APABILA BEKAS KEKASIH ANDA MENJEMPUT KE MAJLIS PERKAHWINANNYA…

"melihat pasangan yang kita cintai bernikah dengan orang lain"

Dikarang oleh 91468 | Motivasi
Kongsi artikel ini: 

Sudah menjadi viral pula mengenai cerita dimana bekas kekasih menjemput ke majlis perkahwinannya. Ada yang konon mengatakan “langsung tak berminat nak pergi”. Ada juga yang berlagak seolah-olah macam “ala tak hairan lah”. Tetapi dalam hati, siapa yang sangka?

Secara realitinya, perasaan sakit, pedih dan kecewa tidak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi apabila melihat pasangan yang kita cintai bernikah dengan orang lain. Ditambahkan lagi dengan diri kita yang masih belum menemui pengganti. Namun, apakah yang sewajarnya kita lakukan apabila menerima jemputan walimatulurus bekas kekasih itu? Mencari alasan untuk tidak hadir? Membawa diri? Hanya kerana tidak sanggup menerima realiti yang jelas lagi nyata?
Justeru itu, hadapi kenyataan ini dengan hati yang terbuka. Tunjukkan bahawa kita ini matang. Bukan bersikap kebudak-budakan. Sikit-sikit nak merajuk. Sedangkan apabila seseorang itu menerima jemputan, bukankah itu menjadi kewajipan buat mereka untuk menghadiri majlis itu?
Namun, cuba bayangkan kalau pada masa itu, kita sudah mempunyai pengganti. Mesti kita akan lebih bersemangat semasa menerima jemputan itu. Lebih-lebih lagi kalau pasangan kita jauh lebih baik dari bekas kekasih kita itu. Sebagai contoh, jika pasangan kita itu jauh lebih berjaya dari bekas kekasih kita, mesti di dalam hati “tengok laa, kekasih aku lagi berjaya dari kamu, aku boleh dapat lagi baik dari kamu”. Tanpa kita sedari, perasaan itu sebenarnya membawa kepada riak dan takbur. Sedangkan Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja kebahagiaan itu. Jangan sesekali berniat untuk mengecewakan bekas kekasih kita. Ternyata semua ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Kita sebagai manusia, hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sekiranya kita ingin menghadiri ke majlis perkahwinannya itu, tetapkan dalam hati segala niat kita. Niatkan kerana mahu menunaikan sunnah Rasulullah SAW, bukan berniat untuk menujuk-nunjuk apa yang kita peroleh bahkan mendoakan kesejahteraan si dia dan pasangan. Susah? Tak lah, semuanya akan ok kalau kita dah set niat kita :) Wallahualam. Sekadar perkongsian..  
Kongsi artikel ini: