fbpx‘Baitul muslim’ bukan ‘baitul mal’. Satu kekeliruan yang perlu dijelaskan.

‘Baitul muslim’ bukan ‘baitul mal’. Satu kekeliruan yang perlu dijelaskan.

‘Baitul muslim’ bukan ‘baitul mal’. Satu kekeliruan yang perlu dijelaskan.

Baitul muslim adalah satu perkataan yang mungkin agak asing bagi sesetengah orang. Bahkan ada segelintir pihak yang menganggap baitul muslim dan baitul mal adalah dua perkara yang sama...

Dikarang oleh 21976 | Perkahwinan
Kongsi artikel ini: 

Baitul muslim adalah satu perkataan yang mungkin agak asing bagi sesetengah orang. Bahkan ada segelintir pihak yang menganggap baitul muslim dan baitul mal adalah dua perkara yang sama. Pada artikel kali ini, kami akan berkongsikan dengan pembaca mengenai maksud di sebalik perkataan baitul muslim.

Baitul mal berasal daripada perkataan arab (bayt Al mal) yang bermaksud ‘rumah harta’. Dalam sejarah Islam, baitul mal merupakan institusi kewangan yang bertanggungjawab mentadbir cukai. Baitul mal berfungsi sebagai perbendaharaan khalifah dan sultan yang mengurus kewangan peribadi dan perbelanjaan kerajaan. Ia juga mengurus pengagihan zakat untuk rakyat awam. Pakar ekonomi Islam moden menganggap rangka institusi baitul mal sebagai sesuai kepada masyarakat Islam sekarang.

Sedangkan, baitul muslim pula berasal daripada perkataan arab (bayt Al muslim) yang bermaksud rumah orang islam atau secara lebih tepat lagi adalah ‘keluarga muslim’. Ia adalah merujuk kepada istilah untuk menyatakan keluarga itu adalah keluarga muslim. Di negara Arab, istilah ini adalah satu istilah yang biasa digunakan oleh mereka bagi menggambarkan keluarga muslim. Bagaimanapun, di Malaysia, ia masih menjadi satu istilah yang agak asing. Hanya mereka yang biasa mengikuti usrah di universiti ataupun kelas-kelas agama sahaja yang mungkin tahu menggunakan istilah ini. 

Baitul muslim ialah keluarga muslim.

Baitul muslim ataupun keluarga muslim adalah antara elemen perubahan yang ingin dipersembahkan kepada masyarakat. Menyedarkan kembali masyarakat kepada definisi keluarga yang sebenarnya menurut Islam yang selama ini mungkin sudah agak tersasar hasil pengaruh-pengaruh luar  dan pelbagai faktor yang lain.

Islam yang syumul amat menitik beratkan soal kelangsungan hidup kekeluargaan. Merubah pemikiran sempit masyarakat terhadap peranan sebuah keluarga kepada yang sepatutnya. Seorang muslim yang sebenarnya bukan semata-mata mengamalkan Islam untuk dirinya sendiri tetapi juga untuk keluarganya. Muslim yang baik adalah muslim yang ingin membawa perubahan ke arah kebaikan menuju redha Allah bersama keluarga tanpa meninggalkan keluarganya. Bersama-sama menuju syurga Allah!

Sunnah berkahwin.

Kehidupan makhluk Allah yang berpasang-pasangan di alam semesta ini perlu kita insafi sebagai salah satu tanda keagungan Allah SWT. Perhatikanlah kepada alam haiwan, tumbuhan dan manusia, semuanya berpasang-pasangan untuk terus melangsungkan kewujudan mereka di alam ini.

“Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah”.

(Surah Az- Zariyaat : 49)

Sistem perkahwinan bukanlah semata-mata menyahut keperluan naluri bahkan ia adalah sunnah kauniah yang lebih halus dan luas. Sebagaimana cas positif dan negatif dalam alam elektrik hanya akan dapat kita rasai rahsia kewujudannya apabila kedua-duanya ditemukan.

Sesungguhnya keluarga adalah salah satu nikmat besar daripada nikmat-nikmat Allah di dunia ini. Kejayaan seorang muslim dilihat kepada kejayaan keluarga muslim yang di bawah tanggungjawabnya dan kecemerlangan sebuah keluarga diukur melalui individu-individu yang berada di bawah naungannya.

Matlamat yang sama untuk islam.

Bagi mencapai baitul muslim yang sebenar kedua-dua suami dan isteri harus mempunyai matlamat yang sama untuk Islam. Matlamat peribadi boleh sahaja berbeza-beza dan boleh diselesaikan melalui perbincangan. Tetapi matlamat yang ‘tidak dapat tidak’ adalah memberi sumbangan kepada Islam.

Kita jangan ingat hendak memberi sumbangan kepada Islam itu hanya dengan suami menjadi penceramah, atau isteri menjadi guru agama. Menyumbang kepada Islam sangat luas konteksnya. Apa yang kita tidak mahu adalah, berkahwin dan hidup sendiri-sendiri. Dapat anak, cari harta dan hidup senang lenang. Masa, idea, tenaga hatta wang ringgit, sedikitpun tidak disalurkan kepada perjuangan Islam. Jika begitu keadaannya, indahkah baitul muslim tersebut? Apakah itu keindahan baitul muslim yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w?

Maka binalah baitul muslim dengan menetapkan matlamat; kami mesti menjadikan rumahtangga ini suatu bonus kepada Islam. Duduk semeja dan bincangkan, apakah yang boleh disumbangkan kepada Islam dengan terbinanya baitul muslim ini? Boleh jadi kemampuan berbeza-beza, bakat berbeza-beza, kelebihan berbeza-beza. Tidak mengapa, yang penting kita proaktif dan tidak pasif.

Penutup.

Setiap orang mahukan rumahtangga yang paling bermakna buat mereka. Dan saya berpendapat, rumahtangga yang bermakna haruslah dibina dengan perkara-perkara yang bermakna. Bermakna pada kita dan bermakna pada agama.

Sesungguhnya baitul muslim yang terindah adalah baitul muslim yang wujud di dalamnya keseimbangan antara percintaan dan perjuangan. Bukanlah baitul muslim yang terbina dengan kasih sayang dua insan sehingga melupakan amanah dari Tuhan!

 

Jom bina #baitulmuslim (keluarga muslim) yang bahagia

 

 

Kongsi artikel ini: