fbpxBUAT SEKADAR MAMPU, JANGAN IKUT “GLAMOUR”

BUAT SEKADAR MAMPU, JANGAN IKUT “GLAMOUR”

BUAT SEKADAR MAMPU, JANGAN IKUT “GLAMOUR”

"kerana terlalu mengikut adat dan juga mengejar trend"

Dikarang oleh 91468 | Perkahwinan
Kongsi artikel ini: 
Pasangan bercinta pada zaman sekarang kebanyakannya mengimpikan perkahwinan pada usia yang muda. Ternyata pasangan masing-masing masih baru di alam pekerjaan dan menjadikan mereka sukar untuk berkahwin pada usia yang muda melainkan pasangan itu datangnya dari keluarga yang berada. Namun, masih ada di luar sana pasangan yang mempunyai masalah dalam mengumpul bajet perkahwinan, dek kerana terlalu mengikut adat dan juga mengejar trend zaman sekarang, menjadikannya bertambah sukar bagi setiap pasangan untuk menamatkan zaman bujang mereka. Kerana terlalu mengikut “trendTidak dinafikan bahawa mereka yang lebih cenderung kepada up to date adalah dari golongan wanita. Mereka lebih mengimpikan perkahwinan yang ‘glamour’ berbanding kaum lelaki. ternyata ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi, dan disebabkan itu, perkahwinan terpaksa ditangguh hari demi hari oleh kerana simpanan yang masih tidak mencukupi.Tak perlu sampai berhutangApabila pasangan bercinta sudah mempunyai niat dan perancangan untuk mendirikan rumah tangga, ternyata mereka sudah mempunyai target sendiri. Namun, perbelanjaan perkahwinan mestilah setara dengan bajet yang ada. Tak perlu lah sampai berhutang. Ada yang sanggup mengambil pinjaman bank semata-mata untuk kahwin. Malah ada yang sanggup bayar barang kemas secara ansuran. Justeru itu, elakkanlah dari berhutang, kerana kehidupan selepas kahwin lebih memerlukan perbelanjaan yang banyak tidak seperti yang anda sangkakan.Apa yang paling penting?Apa yang paling penting dalam sesebuah perkahwinan sudah tentu melakukan perkara yang wajib sahaja. Namun, perkara yang paling penting adalah mendapat keredhaan ibubapa. Percayalah, apabila hendak melakukan sesuatu perkara, sekiranya diredhai ibubapa, jalannya lebih mudah dan diberkati selama-lamanya. Oleh itu, sekiranya pasangan mendapatkan keredhaan ibubapa mereka untuk mendirikan rumah tangga, nescaya hubungan itu pasti mendapat kerberkatan dan dipermudahkan segala urusannya meskipun se‘simple’ mana pun majlis itu.
Semoga dengan entri kali ini dapat memberi pengajaran kepada anda semua.. Ingat, buat sekadar mampu sahaja! 
Kongsi artikel ini: