Privasi

Akta Perlindungan Data Peribadi

 

Per: Garis Panduan Perlindungan Data Peribadi : Maklumat Peribadi - Notis dan Keizinan

 

Bagi mengelakkan keraguan, termasuk kesemua pekerja dan wakil-wakilnya (“selepas ini dirujuk sebagai "Kami") adalah komited untuk mengekalkan kerahsiaan, keselamatan dan integriti data peribadi yang diberikan oleh anda. Garis Panduan ini bertujuan untuk menonjolkan tatacara kami menguruskan data peribadi dan pilihan yang ada kepada anda untuk mengakses atau menghadkan akses kami kepada data peribadi anda.

 

Jenis-jenis data peribadi yang dikumpul dan diproses

 

Apabila kami memberikan perkhidmatan kepada anda, kami mungkin mengumpulkan data peribadi berikut: -

 

- Nama

- Jantina

- Alamat

- Status Perkahwinan

- Bangsa

- Pekerjaan

- Nombor telefon

- Mel Elektronik

 

Untuk membolehkan anda menikmati manfaat sepenuhnya daripada perkhidmatan kami, kami mungkin memerlukan anda untuk menyediakan kami dengan data di atas.

 

Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan data peribadi anda atau untuk menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan data peribadi anda, namun sekiranya anda menolak untuk memberikan data peribadi anda atau menarik balik kebenaran anda untuk kami membuat pemprosesan data peribadi anda, kami berkemungkinan tidak akan dapat memberikan atau melaksanakan program dan perkhidmatan kami dengan berkesan.

 

Bagaimana kami menggunakan data peribadi anda

 

Kami mengumpul data peribadi bagi maksud yang berikut:

 

- menilai keperluan anda bagi perkhidmatan yang diperlukan;

- memenuhi obligasi kontrak kami kepada anda;

- untuk memberikan jawapan kepada pertanyaan yang dibuat;

- bagi tujuan penyelidikan termasuk data sejarah dan bagi tujuan perangkaan statistik;

- mengesahkan kesahihan data yang disimpan oleh kami yang berkaitan kepada anda dari semasa ke semasa;

- untuk membolehkan kami memantau, mengkaji semula dan memperbaiki produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan;

- untuk penilaian dan analisis pasaran, pelanggan, produk dan perkhidmatan kami, termasuk meminta pendapat anda mengenai produk dan perkhidmatan kami dan menjalankan kaji selidik pelanggan;

- menyediakan ruang berkomunikasi biasa (termasuk edaran bahan-bahan pemasaran khusus yang berkaitan dengan perkhidmatan kami);

- penyiasatan untuk sebarang aduan, transaksi mencurigakan dan bagi tujuan penyelidikan untuk perkhidmatan atau penambahbaikan produk kami;

- bertindak balas kepada pertanyaan anda atau permintaan akses data dan memudahkan operasi harian kami;

- mematuhi keperluan undang-undang atau peraturan;

- untuk tujuan penyimpanan rekod dan kemaskini rekod;

- untuk menguruskan risiko; dan bagi apa-apa maksud lain yang anda telah persetujui.

 

Data peribadi yang dikumpul akan disimpan oleh kami untuk jangka masa yang dibenarkan / dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia, yang mungkin berlanjutan ke tempoh selepas tamatnya hubungan kontrak anda dengan kami.

 

Keselamatan

 

Kami mengekalkan keselamatan data peribadi seperti berikut:

 

Sistem kawalan keselamatan yang mencukupi dengan gabungan kawalan akses fizikal dan elektronik, SSL socket, teknologi firewall dan lain-lain langkah-langkah keselamatan yang munasabah yang diambil untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda;

Akses kepada data peribadi anda dengan kami adalah ketat atas dasar keperluan;

Memastikan pembekal kami, ejen atau kontraktor mematuhi dan mengamalkan standard keselamatan yang sama.

Hak-hak dan pilihan

 

Kami mengalu-alukan maklum balas / pertanyaan. Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau akses permintaan atau pembetulan data peribadi, sila hubungi kami di : -

 

E-mail: info@baitulmuslim.com

 

Kami berhak untuk menolak permintaan proses yang menjejaskan keselamatan dan privasi data peribadi orang lain, juga permintaan yang tidak praktikal atau tidak dibuat dengan suci hati.

 

Di mana anda memilih untuk menghadkan hak kami untuk memproses data peribadi, had batasan itu tidak termasuk pemprosesan mandatori data peribadi.