Mengapa saya tidak menerima email notification bagi private messaging yang saya terima?
Masalah ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara:
1. Email mungkin sudah diterima tapi kita tidak sedar. Jadi lihat tarikh private messaging tersebut dan carikan email mengikut tarikh tersebut
2. Email notification mungkin masuk ke spam mail/junk mail. Sila lihat di sana mengikut tarikh private messaging diterima
3. Kebiasaannya kita akan mendapat email secara automatik tanpa perlu mengubah setting. Tapi jika 2 perkara di atas tidak menyelesaikan masalah, sila:
- Klik “profil saya” > “Kemaskini Profil” kemudian skrol ke bawah sekali dan klik “Kemaskini Akaun”
- Pada ruang “Private Messages” tick kotak “Receive email notification for incoming private message” dan klik “HANTAR”