fbpxIbadah | Page 4 | BaitulMuslim.com

Ibadah

Ini adalah perkongsian artikel mengenai ibadah dalam islam

"kesalahan itu menyebabkan wanita janda yang elok peribadinya tidak di minati bahkan ada yang di keji di pandangan masyarakat"

Kategori Artikel: 
Janda, Isteri, Perempuan

Golongan yang susah ekonominya dan di susahkan pula oleh pandangan masyarakat terhadapnya.

Janda di maksudkan dengan seorang wanita yang kehilangan suami, sama ada bercerai hidup (bercerai namun bekas suami masih hidup) atau bercerai mati (bercerai kerana kematian suami). Stigma masyarakat umumnya merasakan janda adalah pembuat masalah. Mereka adalah golongan yang menggatal, ingin menumpang kasih pada suami orang dan lain lain pandangan negatif yang di lemparkan.

"apabila seseorang lelaki memilih bakal isteri yang solehah dan baik, nescaya mereka akan mendapat jaminan kebahagiaan rumah tangga"

Kategori Artikel: 

Islam telah menggariskan panduan dalam pemilihan jodoh bagi kaum wanita dan juga lelaki. Ianya juga sudah tertulis di dalam hadis. Berikut adalah ciri-ciri jodoh dalam Islam bagi kaum lelaki dan juga wanita.

Lelaki

Bagi golongan lelaki, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Hadis ini telah direkodkan oleh kedua-dua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.

"sejak kita masih berada di dalam rahim ibu lagi jodoh kita sudah ditentukan oleh Allah SWT"

Kategori Artikel: 

Mereka yang belum kahwin pasti masih setia menantikan jodoh mereka yang belum kunjung tiba lagi. Namun yang sering berlegar di fikirannya, apakah jodoh kita sudah ditetapkan oleh Allah SWT? Jawapan nya, YA. Sejak kita masih berada di dalam rahim ibu lagi jodoh kita sudah ditentukan oleh Allah SWT. Sebagaimana yang di riwayatkan oleh Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud r.a yang menjelaskan tentang hadis ini: