Soalan Selalu Ditanya

1. Di bahagian Menu, klik butang "Setting"

2. Kemudian klik settings

3. Kemudian skrol ke bawah di bahagian penghantaran email, tanda (tick) pada kotak 'Berhenti menghantar sebarang email kepada saya'

4. Kemudian, klik simpan.

 

Selepas selesai anda tidak akan menerima sebarang email dan notifikasi lagi daripada pihak kami.

 

Kami berharap semua orang boleh berdikari sendiri untuk mengisi borang cari jodoh tapi ianya mungkin tidak dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat. Ini kerana ada orang yang tidak boleh mengisi borang untuk diri sendiri kerana:

1. Malu
2. Tidak pandai menggunakan internet
3. Terlalu sibuk
4. Dan lain-lain sebab

Jadi kami sediakan satu platform untuk orang terdekat yang ingin menolong golongan tersebut mencarikan jodoh di baitulmuslim.com. Orang terdekat itu mungkin:

1. Ibu bapa
2. Adik beradik
3. Saudara mara
4. Kawan rapat
5. Dan lain-lain

Platform cari jodoh online ini ada baik dan buruknya. Baiknya ialah anda boleh menolong orang terdekat untuk dicarikan jodoh untuknya. Buruknya ialah mungkin ada dikalangan calon cari jodoh baitulmuslim yang agak janggal untuk berhubung dengan orang tengah dan bukannya calon itu sendiri. Apapun, kami serahkan kepada calon baitulmuslim.com sendiri sama ada hendak berhubung atau tidak.

Kepada calon baitulmuslim.com, anda akan dapat melihat sama ada profil calon yang dilihat mewakili diri sendiri atau wakil dengan melihat profil/borang calon. Maklumat ini diletakkan ditempat teratas selepas gambar untuk memastikan calon baitulmuslim tahu adalah profil itu mewakili diri sendiri atau wakil. Ini adil untuk calon baitulmuslim.

Cara mengisi Borang:

Isi borang sepertimana peserta lain, cuma di ruangan 'Maklumat Pengisi Borang', mesti di isi ruangan:

1. Status Pengisi Borang

2. Email Pengisi Borang

3. No Telefon Pengisi Borang

Jika anda mengisi borang untuk diri sendiri, jangan isi kesemua ruangan di bahagian 'Maklumat Pengisi Borang'

Kami sangat-sangat mengharapkan borang di isi sebagai wakil jika memang orang yang ingin mencari jodoh itu tidak boleh mengisi borangnya sendiri. Selagi dia boleh mengisi borangnya sendiri, diharap dapat berbuat demikian.
 

 

Kami terpaksa membekukan banyak borang cari jodoh baitulmuslim.com kerana masalah pada gambar yang diupload. Di sini di senaraikan ciri-ciri gambar yang hendak diupload:

Pastikan gambar yang diupload memenuhi kriteria dibawah:
1. JELAS. Tidak terlalu gelap atau kabur.
2. Seelok-eloknya ruangan MUKA memenuhi gambar.
3. Posisi yang sesuai dan sopan. Pakaian pastikan MENUTUP AURAT dan TIDAK SEKSI.
4. Gambar yang dihantar mestilah SEORANG sahaja. Jangan masukkan gambar BERDUA dan lain-lain.
5. Gambar BERPURDAH atau memakai KACA MATA HITAM (gambar jenis ini boleh mengelirukan calon lain) tidak akan diluluskan oleh admin.

Ada masalah kemaskini gambar? klik sini untuk Whatsapp Admin.

Antara sebab mengapa kami meminta anda menghantar gambar yang jelas ialah:

1. Dalam Islam, apabila proses meminang, Rasulullah sangat menggalakkan untuk dilihat muka dan tapak tangan
2. Membenarkan sebahagian peserta cari jodoh untuk tidak menunjukkan muka yang sebenar akan menyebabkan ketidakadilan kepada peserta cari jodoh yang lain
3. Tidak ada nas dalam Islam yang melarang untuk menunjukkan muka bagi tujuan cari jodoh. Sila tunjukkan nasnya jika ada

Sebarang permasalahan sila whatsapp di link baitulmuslim.com/whatsapp atau hubungi info@baitulmuslim.com

1. Di bahagian Menu, klik "Kemaskini Gambar"

2. Klik butang "Remove" untuk buang gambar lama

3. Klik "Klik di sini" atau "Choose File" untuk muatnaik gambar yang terbaharu

4.Tunggu sehingga gambar anda dipaparkan, kemudian barulah klik butang "Simpan"

PERHATIAN: sebarang perubahan pada gambar atau maklumat lain yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan profil anda dibekukan

Ada masalah kemaskini gambar? klik sini untuk Whatsapp Admin.

1. Sila tunggu email dalam masa beberapa minit. pastikan sekali lagi melalui butang 

2. "Send/received" atau "get email" atau mana-mana butang untuk mendapatkan email yang baru

3. Lihat pada SPAM/JUNK mail. mungkin email masuk ke dalam bahagian ini

4. Klik pada link yang disediakan di dalam email untuk pengesahan

Jika masih belum berjaya, sila whatsapp di link baitulmuslim.com/whatsapp atau hubungi info@baitulmuslim.com dan pihak admin akan mengesahkan email untuk anda

Mungkin terjadi kerana beberapa sebab:

1. Tersalah masuk username atau password atau lupa password

2. Tidak pernah mendaftar di baitulmuslim.com

Penyelesaian:

1. Boleh request new password pada bahagian sebelum login (jika salah masuk password atau username). Password dan username anda akan dihantar melalui email. Kalau tak jumpa sila berhubung dengan admin

2. Jika belum mendaftar, sila mendaftar terlebih dahulu

3. Cuba masukkan username dan password sekali lagi. Anda mungkin tersalah taip atau tertekan CAP Lock

4. Jika belum dapat masuk, Whatsapp Admin bertugas untuk bantuan dengan klik link ini : baitulmuslim.com/whatsapp 

 

PERINGATAN

1. Kadang-kadang kita tidak meletakkan username yang betul ataupun ada huruf besar pada username itu. Jadi pastikan jika guna huruf besar, masukkan huruf besar. Kami cadangkan jangan guna sebarang huruf besar pada username

2. Kadang-kadang browser membawa masalah. Sila cuba gunakan browser yang berlainan seperti firefox, chrome, opera dan sebagainya

JIKA MASIH BERMASALAH kami berharap anda whatsapp admin bertugas untuk bantuan dengan klik link ini : baitulmuslim.com/whatsapp atau emailkan kepada info@baitulmuslim.com 

 

 

  1. Di bahagian Menu, klik butang "Setting"
  2. Kemudian klik butang “Padam Profil Cari Jodoh” yang berwarna merah dan refresh page.

PERHATIAN: Jika anda adalah ahli premium, keahlian premium anda akan kekal sehingga tamat tempoh masa yang anda langgan.

Jika anda berubah fikiran, anda boleh log in dan isi semula borang untuk menggunakan servis seperti biasa.

1. Saya mengakui bahawa semua maklumat yang saya nyatakan di sini adalah benar dan tidak ada sebarang pemalsuan yang dibuat. Saya sanggup menerima tindakan undang-undang jika maklumat yang saya berikan adalah tidak betul

2.saya bersetuju bahawa pihak baitulmuslim.com tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah yang dihadapi ketika menyertai carian jodoh dan selepasnya. Semua masalah adalah atas tanggungjawab saya sendiri

3. Saya berjanji TIDAK AKAN memberitahu atau menunjukkan kepada sesiapa sekalipun apa-apa maklumat atau gambar yang saya perolehi daripada program cari jodoh baitulmuslim.com. Saya mengaku semua maklumat di sini adalah sulit dan persendirian

4. Saya bersumpah bahawa tujuan saya mengisi borang ini adalah untuk mencari jodoh dan bukannya main-main.

5. Wang tidak akan dikembalikan selepas akaun sudah dinaiktaraf ke ahli premium

 

1. Pergi ke website https://baitulmuslim.com/

2. Klik butang "Klik Untuk Mendaftar" yang berwarna biru

3. Isi Telefon bimbit, Username, Email & Password pada ruang yang disediakan

4. Untuk password, password tidak boleh sama dengan email atau username

5. Tick kotak “Saya Terima Terma & Syarat Penggunaan”

6. Klik button "DAFTAR" yang berwarna hijau

7. Satu email akan dihantar ke akaun email yang telah diisikan ruangan kosong. Klik link yang telah diberikan untuk mengesahkan email

 

Selain itu, anda juga boleh melihat video di link ini cara-cara untuk mendaftar https://www.youtube.com/watch?v=LrwoLXy_ddg

Terdapat 2 jenis gambar di baitulmuslim.com iaitu gambar borang cari jodoh dan gambar pada bahagian mesej

1. Untuk edit gambar pada borang cari jodoh, sila klik "Menu" > "Kemaskini gambar". Kemudian remove gambar yang sedia ada dan upload gambar yang baru.

2. Untuk edit gambar pada bahagian mesej, klik "Menu" > "Setting". Tick box pada bahagian gambar dan upload gambar yang baru

 

Mengapa saya gagal upload gambar? Ada dua sebab:

1. Gambar melebihi jumlah kilobit yang dibenarkan

2. Walaupun termasuk dalam kilobit yang dibenarkan, pixel (cth 300x300pxl) terlalu besar

 

 

Bagaimana cara mengecilkan gambar?

1. Boleh ke http://www.picresize.com untuk kecilkan gambar

 

Jika tidak berjaya upload:

1. Boleh whatsapp admin untuk admin tolong uploadkan dengan klik link ini : baitulmuslim.com/whatsapp 

2. Atau emailkan gambar kepada info@baitulmuslim.com dan kami akan tolong uploadkan gambar anda

  1. Di bahagian Menu, klik butang "Setting"
  2. Masukkan kata laluan semasa di ruang "kata laluan semasa"
  3. Kemudian masukkan kata laluan yang baru dalam 2 ruangan yang disediakan dan klik “SIMPAN”