Terma dan Syarat

Apabila saudara-saudari mendaftar di  baitulmuslim.com sama ada untuk sistem cari jodoh, pembelian online atau pendaftaran biasa, saudara-saudari bersetuju dengan terma dan syarat berikut:

 

1)    Umum

 

Wang yang telah dibayar untuk perkhidmatan (bukan barangan) baitulmuslim.com tidak akan dikembalikan.

Terma dan syarat ini mungkin berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Pihak pelanggan dan pengunjung bertanggungjawab untuk selalu menyemak terma dan syarat baitulmuslim.com. Pertukaran terma dan syarat tidak memerlukan pengumuman kepada umum sebelum dilaksanakan.

Pihak pelanggan dan pengunjung baitulmuslim.com mestilah bersetuju untuk mempertahankan dan tidak mengenakan tindakan kepada baitulmuslim.com atas tuntutan, gantirugi, kos dan perbelanjaan termasuk belanja guaman hasil dari penggunakan laman web baitulmuslim.com.

Baitulmuslim ingin memperingatkan pengunjung supaya mengambil langkah yang amat berhati-hati ketika berkongsi segala maklumat peribadi kepada pengguna yang lain. Baitulmuslim tidak mempunyai obligasi untuk menjalankan sebarang semakan latar belakang kepada pengunjung dan pengguna laman sesawang ini. BAITULMUSLIM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGESAHKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH MANA-MANA PENGGUNA UNTUK MEMASTIKAN KESAHIHAN MAKLUMAT TERSEBUT TETAPI BAITULMUSLIM BERHAK UNTUK MEMBUAT SEMAKAN KE ATAS LATAR BELAKANG PENGGUNA LAMAN SESAWANG INI SEKIRANYA BAITULMUSLIM MERASAKAN PERLU

 

2)    Cari Jodoh

 

Pihak baitulmuslim.com tidak bertanggung jawab atas sebarang masalah yang dihadapi oleh pihak anda apabila menyertai program cari jodoh baitulmuslim.com. Sebarang masalah yang berlaku kerana perhubungan dengan pihak lain sama ada secara bersemuka atau melalui perhubungan internet atau melalui talian adalah terletak kepada pihak anda sendiri

Maklumat anda sama ada gambar atau profil atau maklumat perhubungan adalah sulit. Baitulmuslim.com tidak bertanggungjawab sekiranya maklumat anda dicerobohi secara langsung atau tidak langsung  kerana pelbagai masalah yang berlaku di internet tetapi baitulmuslim.com akan sentiasa berusaha supaya maklumat anda kekal sulit.

Pihak baitulmuslim.com berhak untuk menyenaraihitamkan mana-mana calon cari jodoh yang didapati melakukan penipuan ATAU memperdaya ATAU mempermainkan orang ATAU apa sahaja yang mendatangkan masalah kepada calon yang lain. Pastikan anda tidak melakukan apa-apa perkara yang menimbulkan silap faham kepada calon yang lain. 

Tugas untuk menyemak kesahihan maklumat yang diberikan oleh ahli baitulmuslim.com adalah tanggungjawab peserta cari jodoh sendiri. Pihak baitulmuslim.com tidak bertanggungjawab terhadap ketulenan maklumat yang diberikan oleh peserta cari jodoh.

Akaun cari jodoh tidak boleh bertukar tangan kepada orang lain. Satu akaun hanya untuk satu pengguna sahaja. 

 

3)    Jualan Online

 

Barangan yang dibeli di baitulmuslim.com boleh di pulangkan dalam tempoh 10 hari selepas penerimaan. Sebarang pemulangan yang diterima selepas tempoh ini tidak akan dilayan.

Barangan yang diterima mestilah dalam keadaan baik,tidak kotor, tidak rosak, tidak koyak melainkan kerosakan yang berlaku sebelum dan semasa penerimaan di pihak pelanggan.

Kos pemulangan barangan yang rosak adalah ditanggung oleh pelanggan sendiri. Sebagai balasan, pihak baitulmuslim.com mungkin akan menyertakan saguhati sebagai tanda minta maaf atas permasalahan penghantaran produk tersebut.

Pihak pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan produk yang dijual di baitulmuslim.com bersesuaian dengan keperluan mereka.

Wang tidak di pulangkan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan (services/bukan barangan) yang ditawarkan oleh baitulmuslim.com

 

4)   Link

 

Kami tidak bertanggungjawab kepada sebarang bahan bertulis yang tidak datang dari website atau facebook rasmi baitulmuslim.com.

 

5)    Hak Cipta

 

Melainkan dimaklumkan, semua material di dalam laman web baitulmuslim.com dan juga medium lain seperti facebook baitulmuslim.com seperti gambar, poster, penulisan, video, audio dan perkara lain adalah merupakan hakmilik baitulmuslim.com dan memerlukan kebenaran bertulis daripada baitulmuslim.com untuk menggunakannya melainkan jika terdapat logo atau dinyatakan bahwa karya itu adalah milik baitulmuslim.com

 

6) DISCLAIMER

 

Disclaim Of Liability

 

BAITULMUSLIM does not warrant or represent that the information contained in this site is accurate, complete, correctly sequenced, reliable or timely, or that the site will be uninterrupted or free of errors and/ or viruses. Use of the site is at the sole risk of users. BAITULMUSLIM shall under no circumstances be responsible or liable, contingent or otherwise for any injury or damages, whether caused by the negligence of BAITULMUSLIM its employees, licensor or otherwise, arising in connection with the use of the website hereof nor shall BAITULMUSLIM be responsible or liable for any lost profits, punitive, incidental or consequential damages or any claim against BAITULMUSLIM by any party.