Aktiviti Baitulmuslim

Baitulmuslim.com telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan kami telah dijemput oleh beberapa stesen televisyen dan akhbar tempatan untuk berkongsi mengenai perkhidmatan yang kami sediakan.

Pada Januari 2017, kami telah dijemput oleh stesen televisyen Al Hijrah bagi program ‘Assalamualaikum’. Dalam program ini, wakil dari baitulmuslim.com telah berkongsi mengenai perkhidmatan cari jodoh online kepada para penonton.

Pada Oktober 2016, kami telah diberi peluang untuk muncul dalam stesen televisyen terkemuka, iaitu TV3 bagi program  ‘Nona’. Program ini juga turut menemu bual calon Baitulmuslim.com yang telah bertemu jodoh melalui platform yang disediakan oleh kami.

Pada 21 Mac 2016, akhbar Utusan Malaysia telah menyiarkan tentang konsep perkhidmatan kami dan turut menceritakan mengenai kisah calon daripada baitulmuslim.com yang telah bertemu jodoh di website kami.

Pada tahun 2015, kami telah diberi peluang oleh stesen televisyen TV9 bagi slot ‘Safiyya’ untuk mendalami tentang konsep yang dijalankan oleh baitulmuslim.com dan mereka juga turut memaparkan mengenai kisah calon yang telah bertemu jodoh di website kami.

 

Kami mengalu-alukan pihak media untuk membuat liputan mengenai baitulmuslim.com. Jika ada sebarang soalan dan mahu berhubung dengan kami, boleh KLIK DI SINI