Perkahwinan

Ini adalah artikel mengenai perkahwinan.

Mahar adalah hak isteri. Ia tidak boleh diambil oleh ibubapa atau suaminya melainkan dengan kebenaran si isteri...

Kategori Artikel: 

Mahar adalah hak isteri. Ia tidak boleh diambil oleh ibubapa atau suaminya melainkan dengan kebenaran si isteri. Mahar berbeza dengan wang hantaran. Mahar wajib untuk bakal isteri sedangkan wang hantaran adalah adat yang biasanya berbetuk wang yang digunakan sebagai kos untuk membiayai majlis perkahwinan. Allah SWT. telah berfirman di dalam surah An-Nisa, ayat yang ke 4;

“Berilah mereka mahar dengan penuh ketulusan. Tetapi jika mereka rela memberikan sebagian dari mahar, maka ambillah dengan cara yang halal dan baik”.

Dalam masyarakat Melayu, amalan adat memberi hantaran atau belanja hangus perlu dibezakan dengan mahar. Apa itu hantaran? Hantaran adalah pemberian...

Kategori Artikel: 

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan cerita dan video yang tular di media sosial mengenai satu pasangan yang tidak jadi untuk bernikah akibat wang hantaran yang disediakan oleh bakal pihak pengantin lelaki tidak mencukupi. Tidak cukup dengan itu, kedua-dua belah pihak keluarga bakal pengantin saling berperang mulut sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan di kawasan masjid tempat untuk menjalankan majlis akad nikah.

Perkahwinan merupakan satu sunnah Rasulullah yang sangat digalakkan untuk menjadi ikutan ummah. Banyak hikmah yang diperolehi oleh individu yang berkahwin selain meramaikan ummah nabi Muhammad...

Kategori Artikel: 

Perkahwinan merupakan satu sunnah Rasulullah yang sangat digalakkan untuk menjadi ikutan ummah. Banyak hikmah yang diperolehi oleh individu yang berkahwin selain meramaikan ummah nabi Muhammad. Orang yang bernikah kerana Allah, Allah tidak akan sia-siakan pernikahan tersebut.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil. Apabila tanggungjawab para pemuda bertambah dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih banyak.