Nasihat Untuk Menjemput Jodoh Yang Baik Menurut Islam
Cinta adalah suatu perasaan ikhlas lahir daripada hati setiap insan. Cinta seorang ibu kepada anaknya menyebabkan dia sanggup melakukan apa-apa sahaja. Walaupun sakit melahirkan, masih sanggup melahirkan lagi dan lagi.
Cinta ini kita kena tahu bagaimana untuk disalurkan dengan betul. Mestilah kita perlu guna method seperti yang digariskan dalam al-Quran dan juga hadis.
Dalam surah An-Naba’ ayat 8, Allah SWT berfirman:
Dan kami telah menjadikan kamu berpasang-pasangan.