fbpxTips dan petua | Page 4 | BaitulMuslim.com

Tips dan petua

Kategori ini adalah untuk tips atau petua.

Ramai orang yang sudah berkahwin memberitahu kepada orang yang masih bujang supaya jangan berkahwin dahulu. Alasannya? Sebab nanti apabila sudah berkahwin, mereka tidak bebas...

Kategori Artikel: 

 

Mengenali bakal pasangan anda sama ada serius atau tidak untuk berkahwin merupakan suatu ilmu yang perlu anda tahu. Ini penting bagi mengelakkan anda membazirkan masa dengan si dia namun si dia sebenarnya tidak serius untuk menjadikan anda sebagai pasangannya. Perhubungan tanpa ikatan perkahwinan adalah perhubungan yang sia-sia dan tidak akan ke mana-mana. 

Perkahwinan merupakan suatu perkara yang amat dituntut. Melalui perkahwinan jugalah hubungan kita menjadi halal. Pada artikel kali ini, saya akan menyenaraikan 6 tips kepada anda untuk mengenali orang yang tidak serius untuk berkahwin. 

Ketika dalam proses perkenalan, anda digalakkan untuk bertanyakan soalan seberapa banyak dan sedalam yang mungkin kepada bakal pasangan anda itu...

Kategori Artikel: 

Bertaaruf dari segi bahasa bermaksud berkenalan. Perkataan ‘taaruf’ adalah berasal daripada perkataan orang Arab yang bermaksud kenal. Taaruf sebelum kahwin adalah bermaksud satu proses perkenalan diri dengan lebih mendalam bagi kedua-dua pasangan yang mahu berkahwin. Ia boleh dilakukan di antara kedua-dua calon tanpa wakil (menggunakan medium seperti media sosial) ataupun dengan melantik wakil untuk menguruskan proses taaruf tersebut.

Nikah gantung merupakan satu alternatif yang baik dan penyelesaian kepada masalah sosial. Pada hari ini, masalah sosial yang parah boleh menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada pergaulan bebas (zina), rogol dan pembuangan bayi...

Kategori Artikel: 

Anda pernah mendengar tentang istilah ‘Nikah Gantung’? Mungkin sesetengah daripada anda pernah mendengar istilah ini dan mungkin juga ada yang baru pertama kali mendengarnya. Nikah gantung boleh ditakrifkan sebagai pernikahan yang melalui kaedah yang sama dengan prosedur pernikahan biasa. Namun setelah berkahwin, pasangan tersebut tidak tinggal bersama dan tidak terikat dengan tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri.