fbpxTips dan petua | Page 57 | BaitulMuslim.com

Tips dan petua

Kategori ini adalah untuk tips atau petua.

"Persediaan perkahwinan yang paling baik, adalah kita ambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh perkahwinan"

Kategori Artikel: 

Sebelum sesuatu perkahwinan berlangsung, pasti ramai antara kita yang akan berkahwin sibuk menguruskan hal-hal berkaitan perkahwinan mereka. Persediaan perkahwinan yang paling baik, adalah kita ambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh perkahwinan. Di sini, kami senaraikan beberapa senarai semak untuk bakal pengantin.

1. Tarikh kahwin.

"Mereka akan membuat persiapan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum majlis"

Kategori Artikel: 
Masyarakat Melayu pada zaman sekarang lebih mementingkan adat dalam perkahwinan. Sesuatu perkahwinan akan dianggap tidak lengkap sekiranya adat resam diketepikan. Kalau ikut cara Islam, perkahwinan itu mudah. Tetapi kita sendiri yang menyukarnya. Islam hanya mewajibkan mahar ataupun mas kahwin sahaja. Mengikut hukum Islam, seorang lelaki yang mahu menikahi seorang perempuan WAJIB memberikan mas kahwin mengikut kadar kemampuannya dalam akad nikah.   Namun, masyarakat melayu masih mahu mengekalkan adat itu dalam sesebuah perkahwinan. Disini ada sedikit perkongsian bagi ‘Tips Jimat Kahwin’ untuk pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan yang masih mahu mengikut adat resam.
Kategori Artikel: 

Sudah menjadi satu pengetahuan umum bahawa lelaki dan wanita berbeza. Namun tahukah anda betapa bezanya lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita bukan sahaja berbeza dari aspek fizikal semata mata. Mereka juga berbeza dari aspek emosi dan cara pergaulan.

Berikut antara perkara perkara yang berbeza pada kebiasaan lelaki dan wanita;

1) Keupayaan
- Lelaki suka keupayaannya di perakui dan di hargai. benci di cemuh dan di pinggirkan
- Wanita suka perasaannya di perakui dan di hargai, dan benci perasaannya di cemuh dan di pinggirkan