Apabila anda sudah membuat pembayaran kepada baitulmuslim.com, anda mesti mengemailkan bukti pembayaran kerana maklumat pembayaran yang kami terima tidak semestinya lengkap dan bimbang penyata bayaran anda bertukar dengan bayaran orang lain.
1. JIKA MEMBAYAR MELALUI ONLINE BANKING/WEBSITE BANK
- pastikan anda meletakkan email "info@baitulmuslim.com" pada ruangan email penerima bayaran.
- apabila bayaran sudah dilaksanakan dan laman web bank mengeluarkan pernyataan bahawa bank transfer sudah dibuat, terus Print Screen (pada keyboard anda, ada laptop yang perlu menekan keypad "Fn" sebelum menekan butang Print Screen/PrtSrn)
- jika anda tersilap logout selepas membuat pembayaran, bukti transaksi masih boleh dilihat di laman web bank berkenaan. Tempat dan nama senarai rekod transaksi lalu adalah bergantung kepada bank. ada yang menggunakan nama "Online Transaction History" dan ada yang menggunakan nama "Successful Transaction".
- terus ke aplikasi Paint (Start > All Program > Accessories > Paint) atau MS Word dan 'paste'(ctrl + v) pada panel. Kemudian save gambar Print Screen tersebut.
- Emailkan kepada info@baitulmuslim.com dan attachkan gambar print screen bukti pembayaran tersebut.
2. JIKA MENGGUNAKAN CASH DEPOSIT MACHINE
- pastikan anda menyimpan slip bukti pembayaran
- gunakan scanner atau kamera atau handphone berkamera untuk mengambil gambar slip pembayaran itu.
- emailkan bukti pembayaran itu kepada info@baitulmuslim.com
3. JIKA MENGGUNAKAN PAYPAL
- sama seperti bank transfer, priintscreen maklumat pembayaran dan emailkan kepada info@baitulmuslim.com
Sebarang masalah pembayaran sila hubungi info@baitulmuslim.com