Makluman Bertemu Jodoh Pada Tahun Baru 2

Submitted by khairulazam on

Alhamdullilah sebentar tadi inbox kami menerima berita gembira, calon baitulmuslim.com telah memberitahu kami bahawa mereka telah mendirikan rumahtangga , kami di baitulmuslim.com mendoakan semoga baitulmuslim yang dibina kekal ke syurga inshaallah. Berikut adalah salinan mesej yang telah dihantar oleh calon

“ Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah di atas perancangan Allah dan menerusi
laman web ini saya telah berkenalan dan bertemu calon isteri pada tahun lalu
dan Inshaa Allah akan melangsungkan perkahwinan pada bulan xxx kelak. Saya
dan pasangan turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Baitulmuslim.com yang menjadi medium perkenalan di antara kami. Saya doakan
semoga laman ini akan terus menjadi satu platform mewujudkan ikatan ukhuwah
sesama muslimin dan muslimat dalam usaha untuk mendirikan rumahtangga.
Mohon dirahsiakan profile dan permintaan - Saya dan pasangan (kod xxxxx)
memohon untuk diremove dari laman web ini. Sekian. Terima kasih para admin. ”