Apa itu 'Baitul Muslim'?

'Baitul' bermaksud rumah manakala 'Muslim' bermaksud orang Islam. Ia perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud keluarga orang Islam dan merupakan percakapan harian orang Arab. Di Malaysia, perkataan Baitul Muslim digunakan oleh persatuan pelajar dan organisasi Islam sebagai biro atau unit mencari jodoh. Percakapan yang biasa digunakan ialah "bila nak berbaitul muslim?" untuk yang belum berkahwin atau "selamat membina baitul muslim" bagi yang sudah berkahwin. BaitulMuslim.com mengambil konsep ini dan menjadikannya sebagai perkhidmatan mencari jodoh untuk semua Muslim di Malaysia.