Apakah terma/perjanjian bagi calon cari jodoh?

1. Saya mengakui bahawa semua maklumat yang saya nyatakan di sini adalah benar dan tidak ada sebarang pemalsuan yang dibuat. Saya sanggup menerima tindakan undang-undang jika maklumat yang saya berikan adalah tidak betul

2.saya bersetuju bahawa pihak baitulmuslim.com tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah yang dihadapi ketika menyertai carian jodoh dan selepasnya. Semua masalah adalah atas tanggungjawab saya sendiri

3. Saya berjanji TIDAK AKAN memberitahu atau menunjukkan kepada sesiapa sekalipun apa-apa maklumat atau gambar yang saya perolehi daripada program cari jodoh baitulmuslim.com. Saya mengaku semua maklumat di sini adalah sulit dan persendirian

4. Saya bersumpah bahawa tujuan saya mengisi borang ini adalah untuk mencari jodoh dan bukannya main-main atau hanya sekadar kerana hendak melihat gambar yang dipamerkan