Bolehkah saya mencari jodoh untuk ahli keluarga/rakan saya?

Kami berharap semua orang boleh berdikari sendiri untuk mengisi borang cari jodoh tapi ianya mungkin tidak dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat. Ini kerana ada orang yang tidak boleh mengisi borang untuk diri sendiri kerana:

1. Malu

2. Tidak pandai menggunakan internet

3. Terlalu sibuk

4. Dan lain-lain sebab

Jadi kami sediakan satu platform untuk orang terdekat yang ingin menolong golongan tersebut mencarikan jodoh di baitulmuslim.com. Orang terdekat itu mungkin:

1. Ibu bapa

2. Adik beradik

3. Saudara mara

4. Kawan rapat

5. Dan lain-lain

Platform cari jodoh online ini ada baik dan buruknya. Baiknya ialah anda boleh menolong orang terdekat untuk dicarikan jodoh untuknya. Buruknya ialah mungkin ada dikalangan calon cari jodoh baitulmuslim yang agak janggal untuk berhubung dengan orang tengah dan bukannya calon itu sendiri. Apapun, kami serahkan kepada calon baitulmuslim.com sendiri sama ada hendak berhubung atau tidak.

Kepada calon baitulmuslim.com, anda akan dapat melihat sama ada profil calon yang dilihat mewakili diri sendiri atau wakil dengan melihat profil/borang calon. Maklumat ini diletakkan ditempat teratas selepas gambar untuk memastikan calon baitulmuslim tahu adalah profil itu mewakili diri sendiri atau wakil. Ini adil untuk calon baitulmuslim.

Cara mengisi Borang:

Isi borang sepertimana peserta lain, cuma di ruangan 'Maklumat Pengisi Borang', mesti di isi ruangan:

1. Status Pengisi Borang

2. Email Pengisi Borang

3. No Telefon Pengisi Borang

Jika anda mengisi borang untuk diri sendiri, jangan isi kesemua ruangan di bahagian 'Maklumat Pengisi Borang'

Kami sangat-sangat mengharapkan borang di isi sebagai wakil jika memang orang yang ingin mencari jodoh itu tidak boleh mengisi borangnya sendiri. Selagi dia boleh mengisi borangnya sendiri, diharap dapat berbuat demikian.