Kriteria gambar yang dibenarkan di ruangan cari jodoh baitulmuslim.com

Kami terpaksa membekukan banyak borang cari jodoh baitulmuslim.com kerana masalah pada gambar yang diupload. Di sini di senaraikan ciri-ciri gambar yang hendak diupload:

Pastikan gambar yang diupload memenuhi kriteria dibawah:
1. JELAS. Tidak terlalu gelap atau kabur.
2. Hendaklah bahagian MUKA memenuhi ruangan gambar.
3. Posisi yang sesuai dan sopan. Pakaian pastikan MENUTUP AURAT dan TIDAK SEKSI.
4. Gambar yang dihantar mestilah SEORANG sahaja. Jangan masukkan gambar BERDUA dan lain-lain.
5. Gambar BERPURDAH/ PELITUP MUKA (MASK) atau memakai CERMIN MATA GELAP (gambar jenis ini boleh mengelirukan calon lain) tidak akan diluluskan oleh admin.

Ada masalah kemaskini gambar? klik sini untuk Whatsapp Admin.


Antara sebab mengapa kami meminta anda menghantar gambar yang jelas ialah:

1. Dalam Islam, apabila proses meminang, Rasulullah sangat menggalakkan untuk dilihat muka dan tapak tangan
2. Membenarkan sebahagian peserta cari jodoh untuk tidak menunjukkan muka yang sebenar akan menyebabkan ketidakadilan kepada peserta cari jodoh yang lain
3. Tidak ada nas dalam Islam yang melarang untuk menunjukkan muka bagi tujuan cari jodoh. Sila tunjukkan nasnya jika ada

Sebarang permasalahan sila whatsapp di link baitulmuslim.com/whatsapp atau hubungi info@baitulmuslim.com