DIAM, MERUPAKAN SALAH SATU MUSUH TERBESAR DALAM HUBUNGAN

DIAM, MERUPAKAN SALAH SATU MUSUH TERBESAR DALAM HUBUNGAN

"perkara yang paling menakutkan adalah diam"

Dikarang oleh Inaaina | Berita
DIAM, MUSUH, CINTA, HUBUNGAN

Pasti para pembaca berasa hairan kenapa tiba-tiba sahaja dikaitkan dengan diam? Benarkah ianya merupakan musuh terbesar di dalam sebuah hubungan? Tapi, apa kaitannya? Kalau difikirkan, macam tidak logik pun ada, namun, secara hakikatnya, DIAM, memainkan peranan yang sangat penting dalam sebuah hubungan, sejauh mana kebenaran itu? Sama ada ke arah yang baik atau pun tidak? Teruskan baca artikel ini.

Dalam sebuah hubungan, perkara yang paling menakutkan adalah diam. Mereka lebih memilih untuk tidak mengatakan apa yang mereka rasa walhal perkara itu boleh menjurus mereka ke arah menghancurkan hubungan yang sedang dijalani. Hubungan yang dimaksudkan bukan hanya hubungan antara suami dan isteri, malah juga dispesifikasikan kepada hubungan antara anda dan sahabat, anda dan girlfriend/boyfriend malah antara anda dan keluarga sendiri.

Ramai orang lebih memilih diam dari bersuara, dan memberikan sikap acuh tak acuh ketika marah atau terluka mahupun terasa hati akibat daripada kesalahan yang disebabkan pasangan. Secara realitinya, sikap ini sangat tidak baik dan tidak digalakkan kerana ia mampu menimbulkan kebencian serta akan mengurangkan keintiman sebuah hubungan.

Ada sesetengah individu yang pernah mengutarakan perasaan mereka kepada pasangan, sama ada dari segi permasalahan atau sebaliknya, namun ianya tidak membuahkan apa-apa hasil, hanya timbul perasaan tidak puas hati sahaja, jadi, apa tindakan yang sewajarnya yang patut di ambil?

Mereka beranggapan bahawa ianya tidak akan ada sebarang perubahan seperti yang diinginkan, justeru, mereka merasa semakin kesal dan frust, lantas mereka memilih untuk berdiam diri dan berasa ini adalah cara terbaik untuk menyelamatkan hubungan yang telah lama dibina.

Apa tindakan yang patut anda lakukan?

Adakah masih timbul perasaan biarkan sahaja perkara ini berlalu? Atau, tutup mata sahaja seolah-olah hubungan anda dan pasangan elok sahaja? Atau, tabahkan hati, menangis senyap-senyap, sampai tersiksa jiwa raga?

Apa yang patut anda lakukan? Anda dan pasangan harus melihat dari sudut pandangan masing-masing melalui dua cara ini:

Pertama, anda dan pasangan harus membicarakan permasalahan dengan sebaik mungkin. Awasi pertuturan dan bahasa tubuh anda, dua perkara ini memainkan peranan yang sangat penting dalam berkomunikasi, kesalahan dari segi pertuturan mahupun bahasa tubuh mampu menimbulkan perasaan kurang senang antara anda dan pasangan, malah akan merumitkan lagi masalah yang dialami.

Kedua, cuba cari sebuah tempat yang tenang dan jauh dari segala gangguan, ianya dapat membantu anda dan pasangan berfikir dengan lebih rasional berbanding di tempat lain, yang boleh meningkatkan lagi tahap stress anda. Duduk berhadapan dan tatap matanya (ini boleh dilakukan bagi hubungan yang sudah halal sahaja), perkara ini mampu menimbulkan keintiman untuk berbincang dan menemukan penyelesaian antara anda dan pasangan mengenai masalah yang dihadapi.

Ingat, dalam apa jua masalah, jangan biarkan ‘diam’ mengatasi segala-galanya, ini kerana, dengan ‘diam’, tidak mampu mengubah apa-apa, kerana pasangan anda mahupun anda akan tidak peka akan perkara yang terjadi, dan risiko untuk ianya berulang kembali adalah sangat tinggi, oleh itu, apa jua yang tidak menyenangkan anda, luahkan pada pasangan anda. JANGAN HANYA SEKADAR DIAM sahaja!



P/s: Kebanyakan mereka yang lebih suka berdiam diri adalah dari golongan lelaki, mungkin mereka merasakan jikalau mereka bersuara, maka merajuklah si perempuan itu. Tak, jangan sesekali beranggapan sebegitu, kerana ianya akan menimbulkan krisis di dalam hubungan anda kelak. Wallahualam.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar