PEREMPUAN MAHUKAN LELAKI GENTLEMAN
PEREMPUAN MAHUKAN LELAKI GENTLEMAN
"bila dah start cinta akan seseorang, agak sukar bagi mereka untuk berdalih pada yang lain"
Setiap perempuan di luar sana mengimpikan seorang lelaki yang gentleman untuk dijadikan teman hidup mereka. Mereka mahukan yang terbaik antara yang terbaik. Namun sejauh mana impian itu? Adakah ianya mudah untuk dicapai? Sudah menjadi lumrah buat kaum perempuan yang mahukan lelaki gentleman ini.
Keistimewaan yang ada pada seorang perempuan ini adalah mereka mempunyai hati yang setia dalam bercinta. Cinta mereka sangat suci dan tulus. Bila dah start cinta akan seseorang, agak sukar bagi mereka untuk berdalih pada yang lain.
Ianya menjadi seperti bonus buat perempuan apabila mendapat seorang lelaki yang gentleman. Konsep lelaki yang gentleman ini adalah seperti seorang yang berani, mempunyai kenyakinan yang tinggi, karismatik dan mempunyai wawasan hidup.
Namun, jangan disalah ertikan dengan konsep ini, sehingga mencari yang telalu sempurna, sehingga menjadi buta hati dalam menilai konsep ‘gentleman’ yang sebenar.
Seorang lelaki seharusnya meluahkan perasaannya secara terbuka, namun ianya bukan mudah bagi mereka, kenyakinan yang tinggi perlu ada didalam diri mereka. Mereka yang benar-benar yakin dan berani sahaja yang mampu meluahkan perasaan mereka secara terbuka.
Selain itu, konsep ‘gentleman’ ini bukan hanya berani dalam meluahkan perasaan secara terbuka, namun, seorang lelaki yang mampu berdepan dengan orang tua si perempuan yang diminatinya. Kalau sekadar gentle di depan perempuan sahaja, ianya tidak cukup. Perlu lah gentle dengan orang tua mereka juga.
Oleh itu, apabila si perempuan merasakan seorang lelaki itu sudah bagus di sisi agama, bahkan berani dalam melamar terus kepada ayah dan ibu, anda disarankan untuk menerima lelaki gentleman itu.
Selain itu, lelaki yang gentleman sentiasa menunjukkan minat dalam berjumpa keluarga si perempuan. Ada yang gemar berhubung dengan ayah, abang, emak si perempuan. Nescaya lelaki itu ikhlas dalam hubungan percintaan.
Justeru itu, cuba lihat di sekeliling anda, ada ramai lelaki yang benar-benar gentleman tak? Jawapannya, MESTILAH ADA ;)
Belum ada jodoh?