TANDA CALON SUAMI & AYAH YANG BAIK UNTUK KELUARGA
TANDA CALON SUAMI & AYAH YANG BAIK UNTUK KELUARGA
"untuk mendapat seperti yang didambakan, sudah pasti kita mesti menilai dan menelaah sikap dan perangainya"
Setiap wanita pasti mendambakan seorang lelaki yang baik budi pekerti untuk dijadikan suami dan ayah kepada anak-anak mereka. Namun, untuk mendapat seperti yang didambakan, sudah pasti kita mesti menilai dan menelaah sikap dan perangainya. Berikut adalah antara tanda dia adalah calon suami dan ayah yang baik untuk keluarga.
Tahap keimanan
Seperti yang kita tahu, seorang lelaki yang baik adalah mereka yang taat akan perintah yang Maha Esa, mereka menunaikan perkara wajib dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Nya. Kalau dengan Allah sendiri mereka tidak mampu menunaikan tanggungjawabnya, bagaimana pula tanggungjawab terhadap anda?
Perangai
Semasa dalam tempoh perkenalan, sudah pasti sedikit sebanyak kita sudah dapat kenal akan perangai mereka. Seorang lelaki atau ayah yang baik memiliki sifat lelaki yang terpuji serta mampu mengendalikan emosinya dengan baik. Kalau dah sikit-sikit nak naik angin, pasti si dia jenis yang baran.
Berfikiran matang/dewasa
Anda dapat kenalinya berdasarkan cara si dia berfikir, lebih-lebih lagi ketika membuat sebarang keputusan apabila berlakunya sebarang masalah. Jika si dia jenis yang berfikiran matang serta mampu menyelesaikan masalah dengan baik, maka si dia juga adalah calon suami dan ayah yang baik kepada anak-anak anda kelak. InshaAllah.
Bertanggungjawab
Kita dapat melihat sekiranya si dia adalah calon yang terbaik atau tidak apabila si dia mengendalikan tugas hariannya dengan penuh tanggungjawab. Sekiranya si dia mengendalikan tugas hariannya pun sambil lewa, macam mana nak jadi seorang pemimpin dalam keluarga kan?
Keluarga diutamakan
Lelaki yang mampu menjadi suami dan ayah yang baik seorang lelaki yang bertanggungjawab akan hal dan perkara yang terjadi kepada keluarganya. Apabila mereka lebih mengutamakan keluarga mereka sendiri, maka ini adalah salah satu tanda yang baik. Apabila mereka bersikap ambil peduli dan perhatian akan seluruh keluarga mereka, jelas ianya bererti mereka juga mampu melakukan hal yang sama kepada keluarga anda kelak.
Sederhana
Seorang lelaki yang baik adalah mereka yang sering bersikap sederhana. Sedangkan mereka mampu untuk lebih daripada itu, namun mereka memilih untuk hidup lebih bersahaja, ini kerana, hidup dalam keadaan sederhana lebih nyaman dan sudah cukup untuk bahagia.
Cara melayan budak-budak
Sekiranya si dia gemar melayan budak-budak, ianya jelas terbukti si dia seorang yang bersikap penyayang. Seorang lelaki yang penyayang mampu untuk menjadi suami dan ayah yang baik kepada keluarga mereka.
Berikut adalah antara tanda-tanda lelaki yang baik untuk dijadikan suami dan ayah kepada keluarga anda. Sebelum membuat apa-apa keputusan, bertindak dan berfikir secara rasional dahulu, jangan terlalu cepat dalam membuat keputusan.
Belum ada jodoh?