fbpxAMALKAN GURAU SENDA ANTARA SUAMI ISTERI

AMALKAN GURAU SENDA ANTARA SUAMI ISTERI

AMALKAN GURAU SENDA ANTARA SUAMI ISTERI

"Rasulullah SAW yang sentiasa bergurau senda"

Dikarang oleh 91468 | Dakwah
Kongsi artikel ini: 
Gurau, Senda, Suami, Isteri

Mereka yang bakal menempuhi alam perkahwinan tidak lama lagi secara automatik juga akan merubah status mereka kepada seorang suami ataupun isteri. Sudah pasti pada permulaannya mereka masih lagi berasa janggal dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri, kalau sebelum ini bergerak solo sahaja namun sekarang, bila dah jadi suami atau isteri orang, lain pula tanggungjawabnya.

Ada sesetengah pasangan yang baru sahaja diijabkabulkan ianya merupakan perkara biasa apabila mereka bergurau senda antara suami isteri, yelah, sebab mereka baru sahaja mengenali secara lebih rapat antara satu sama lain. Masa itu, saat bulan madu pun belum habis. Namun, bukan semua pasangan yang baru berkahwin merasai saat ini, ada yang mula-mula, kalau suami bergurau benda remeh pun si isteri mudah ambil serius, kenapa? Sebab masing-masing orang cakap belum ada pengalaman lagi, namun, apa yang anda kena ingat, gurau senda juga merupakan salah satu rahsia dalam mengekalkan hubungan rumah tangga yang bahagia!

Gurau senda antara suami isteri sepatutnya dikekalkan setiap masa, setiap hari, kerana ia bukan sahaja merupakan sunnah Rasulullah malah ia juga dapat mengekalkan hubungan kasih sayang antara si suami dan juga isteri. Sebagai contoh yang paling dirasai adalah daripada Rasulullah SAW yang sentiasa bergurau senda untuk mengekalkan keceriaan dan suasana yang bahagia bersama isteri-isteri Baginda dan juga anak-anak Baginda.

Kita sebagai umat Baginda seharusnya mencontohi perilaku kehidupan keluarga Baginda tidak kira sama ada terhadap isteri ataupun anak, dan cucu bagi mendapat pedoman yang paling tepat dalam mengekalkan kemesraan bersama keluarga.

Prinsip Rasulullah dalam bergurau senda dengan isteri-isteri Baginda ialah dengan sentiasa menghormati dan menjaga perasaan isteri-isteri Baginda. Bayangkan betapa besarnya penghormatan Rasulullah SAW terhadap isteri-isteri Baginda, mampukah lelaki di muka bumi ini mencontohi Rasulullah? Sedangkan apa yang kita tahu, kebanyakan mereka suka mencabar isteri mereka semata-mata kerana mengetahui akan kuasa yang mereka ada sebagai seorang suami.

Rasulullah amat membenci suami-suami yang suka memukul isteri mereka. Baginda menegaskan, “Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isteri, padahal dia lebih patut diseksa oleh Allah”

Perbuatan untuk sentiasa bermesra, bergurau senda, dan sentuhan kasih sayang dengan isteri adalah amalan yang patut dipratikkan pada saat anda melangkah ke alam perkahwinan lagi, perbuatan ini dapat diibaratkan sebagai kekuatan bagi hubungan yang mesra dan penuh kasih sayang. Sebagai contoh, si suami boleh memberikan pujian pada si isteri sebelum tidur, seperti “cantik awak malam ini”, hal ini dapat memberikan senyuman pada si isteri yang penat menjalankan tanggungjawabnya seharian, maka hilang segala kepenatan apabila dilemparkan dengan kata-kata pujian itu. Selain itu, tindakan bergurau dengan isteri sebelum tidur menjadikan minda ada tenang dan dapat tidur dengan lena, namun ingat, bergurau mestilah tanpa mengguris hati si isteri.

Gurauan yang dilakukan oleh Rasulullah dengan isteri Baginda, Saidatina Aisyah r.a dengan berlumba lari bersama. Dengan gurau senda juga mampu mengurangkan tekanan yang dialami. Gurau senda melahirkan suasana yang harmoni bersama pasangan. Gurau senda merupakan sunnah yang dituntut dalam Islam.

Untuk bakal suami di luar sana, amalkan sikap bergurau senda dengan bakal isteri anda untuk menjamin keharmonian rumah tangga kelak. Insha Allah. Bagi yang dah mendirikan rumah tangga, terapkan amalan ini dalam diri anda dan pasangan, ianya bagi mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara anda dan pasangan :)

Kongsi artikel ini: