AYAHKU KAHWIN LAGI….

AYAHKU KAHWIN LAGI….

"di cop tua gatal, di cop tidak tahu malu"

Dikarang oleh Inaaina | Dakwah

Cinta itu hadir tanpa di minta, datang tanpa di duga. Tidak kira tua ataupun muda. Namun di saat yang muda, cinta yang hadir di terima masyarakat. Tetapi berlainan pula pada yang berusia. Mereka yang berusia kadang kadang di cop tua gatal, di cop tidak tahu malu, dan banyak lagi pandangan yang menyebabkan mereka kekal untuk bersendirian sehingga ke akhir usia.

Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.

Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.

Namun tanpa lidah,

CINTA ternyata lebih terang

Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya

Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA

Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya

Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur

CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan

Antara sebab penting masyarakat harus meraikan dan membenarkan golongan berusia kembali bercinta adalah:

Anak anak kadang kadang sibuk dengan kerjaya

Untuk mencari nafkah bagi menyara kehidupan mereka, anak anak mungkin terlupa mereka sibuk dengan kerjaya masing masing. Kadang kadang sedikit sahaja masa yang di berikan kepada orang tua mereka dan sukar untuk mereka menjaga orang tua mereka sepenuhnya.

Mereka memerlukan teman yang menjaganya ketika sakit



Kadang kadang mereka segan untuk memaklumkan pada anak anak mereka berada dalam kesakitan kerana tidak mahu menyusahkan atau lain lain alasan. Oleh kerana itu kerap mereka pendamkan, dalam masa yang sama mereka terpaksa menahan kesakitan itu berseorangan. Apalah salahnya sekiranya mereka mempunyai peneman hidup yang dapat menjaga mereka sewaktu mereka sedang sakit.

Mereka memerlukan teman untuk meluahkan perasaan hati

Adakalanya mereka terkilan atau terasa hati. Bak kata orang, semakin tua, semakin cepat hati mereka terguris. Mereka mengharapkan pujukan. Namun kadang kadang sukar seorang anak memahami bagaimana ingin memujuk mereka. Dengan adanya pasangan ini, si anak boleh meminta jasa baik ibu/ayah tiri mereka untuk bantu mereka memujuk orang tuanya itu.

Mereka perlu di berikan peluang untuk berbahagia seperti pasangan pasangan yang lain

Sekiranya anak anak boleh berbahagia bersama pasangan tercinta, dapat berkongsi cerita bersama mereka, adakah satu kesalahan sekiranya mereka juga menginginkan sedemikian rupa. Mereka juga berhak. Mereka mempunyai perasaan seperti kita, kehendak seperti kita. Jadi berilah mereka hak mereka untuk berbahagia di saat umur mereka semakin bertambah,

Masih ada ramai lagi yang masih belum berkahwin dan memerlukan suami/isteri

Sekiranya anda rasa ianya bukan untuk mereka, fikirkan juga. Berapa ramai wanita yang sudah lanjut usia belum berkahwin. Berapa ramai pula yang menjanda dalam masa yang sama menanggung tanggungan. Dengan perkahwinan ini, bukan sahaja kita mampu membantu orang tua kita, bahkan kita juga dapat membantu golongan golongan sebegini.

Kesimpulannya, janganlah kita menjadi penentang bahkan menjadi satu penghalang besar sekiranya mereka berhajat ingin berkahwin kembali. Bahkan sepatutnya kita sebagai anak memberikan semangat. Ingatlah sejauh mana mereka berkorban untuk kita. Sekaranglah masanya kita membalas.

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar