fbpxJANGAN ANGGAP CINTA SEPERTI TUHAN!

JANGAN ANGGAP CINTA SEPERTI TUHAN!

JANGAN ANGGAP CINTA SEPERTI TUHAN!

"mereka lebih mengagungkan cinta lebih daripada segala-galanya"

Dikarang oleh 91468 | Dakwah
Kongsi artikel ini: 
Cinta

Mari kita fikir sejenak, siapa yang telah menciptakan “Cinta” pada manusia? Sudah tentu, Allah SWT kan? Allah SWT yang telah mencipta manusia, hati dan juga akal fikiran. Namun, dari ‘hati’ itulah timbulnya perasaan cinta sesama manusia. Tapi, pernahkah kita terfikir kenapa manusia dianugerahkan naluri cinta ini?

Apa yang disalahertikan oleh masyarakat sekarang apabila mereka lebih mengagungkan cinta lebih daripada segala-galanya, sedangkan ianya jelas bahawa bukan semua kehendak cinta patut kita patuhi. Anda semua kena ingat, apabila cinta melanggar batas-batas rasional, nilai-nilai kemanusiaan dan yang paling utama melanggar syariat, kehendaknya mesti dihentikan.

Ianya jelas, cinta itu buta, anda boleh bila-bila masa sahaja jatuh cinta akan suami/isteri orang, tetapi jangan pula sampai buta mata hati untuk mengawal dan mengendalikan rasa cinta itu, kerana hanya anda yang mampu berbuat demikian. Adakah demi cinta anda sanggup berdosa?

Malangnya, pada masyarakat kita pada zaman ini, mereka lebih utamakan cinta, malah disanjung hingga ke langit. Demi cinta, mereka sanggup lakukan apa sahaja. Sebab itu seperti yang kita dapat lihat di dada akhbar, banyak kes pembuangan bayi yang makin berleluasa sekarang, kenapa? Sebab, mereka terlalu memartabatkan cinta lebih daripada segala-galanya.

Tanpa kita sedari, pengaruh daripada filem atau drama juga mampu membuatkan mereka terjebak dengan perasaan cinta yang obses sehinggakan sanggup menobatkan cinta sebagai Tuhan dalam kehidupan. Inilah impak atau bahana kalau kita terlalu terpengaruh dengan filem atau drama ini. Kalau ikut babak klise, si hero dan heroin sanggup merentasi apa jua halangan demi penyatuan cinta mereka. Sanggup berkorban apa sahaja demi cinta. Wajarkah begitu?

Oleh itu, ketahui dahulu apa tujuan cinta? Kenapa Allah mewujudkan perasaan cinta dalam diri setiap manusia? Ingat, JANGAN JADIKAN CINTA SEPERTI TUHAN!!

 
Kongsi artikel ini: